"Abang, kita dekat mana ni?" Kata Amirah Bazilah sebaik dia membuka kelopak matanya. Puas dia tidur sepanjang perjalanan balik. Tapi dia sedikit hairan dengan perjalanan pulangnya ke hotel kali ini. Lama. Dia memandang Amzar Naufal dengan penuh tanda tanya. Dia mengharapkan jawapan dari lelaki yang berada di sebelahnya itu. Amzar Naufal tersenyum.
"Tengoklah dekat depan tu." Kata Amzar Naufal sambil menjuih bibirnya ke luar tingkap di hadapannya. Amirah Bazilah mengamati pemandangan dihadapannya itu. Pantai? Oh My Allah! Pantai kot! Kalau kita dekat pantai, means kita dekat Pantai Cherating! Hooray! Dia menguntum senyuman. Wajah Amzar Naufal dipandang semula.
"Abang, serius?" Tanya Amirah Bazilah lagi.
Amzar Naufal hanya mengangguk.
"Abang, terima kasih, terima kasih, terima kasih!!!" Lengan lelaki yang dipenuhi otot pejal itu digoncang laju.
"Abang tak penat ke? Abang kata masa kat kedai tadi penat?" Amzar Naufal hanya menggelengkan kepalanya tanda menafikan tuduhan tak berunsur itu.
"Abang ni, kenapa suka susahkan diri abang? Kesian Mira tengok abang ni. Nanti abang drive jauh-jauh, kalau sakit macam mana?"
"Abang saja je nak datang sini. Lama dah tak datang. Mira suka tempat ni?" Amirah Bazilah hanya diam di kerusi. Pandangannya masih kaku di wajah lelaki itu. Dadanya sebak. Hatinya tersentuh. Terharu! Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi.
"Mira suka, suka sangat." Kata Amirah Bazilah dengan suaranya yang sedikit bergetar. Air mata wanita itu diseka oleh lelaki itu. Amzar Naufal tersenyum memandang wanita yang tampak cantik bertudung labuh gaya budak sekolah yang bewarna putih dan berbaju kurung.
"Mira, kenapa nangis ni sayang? Abang tak suka tengok sayang nangis. Dah berapa kali dah abang cakap. Don't cry." Amzar Naufal terus menyeka air mata yang jatuh membasahi pipi wanita itu.
"Abanglah buat Mira nangis."
"Me? Why?"
"Yelah, dah abang suka buat benda sweet-sweet dekat Mira. Mira ni dahlah cengeng orangnya."
"Abang ikhlas sayang. About all the cengeng things, Syed Amzar Naufal setuju sebab... Amirah Bazilah memang cengeng tahap gaban orangnya." Berseloroh Amzar Naufal. Bahu lelaki itu dipukul lembut oleh Amirah Bazilah.
"Jomlah sayang. Kita jalan dekat sana nak? Boleh main air sekali." Ujar Amzar Naufal sambil menunding jari ke arah persisiran pantai itu.
"Hmm... bolehlah. Tapi kalau basah nanti, Mira tak bawa baju lebih."
"Don't worry be happy. Abang dah siapkan semuanya."
"Hah? Bila masa abang balik hotel ambil baju? Mira tak tahu pun."
"Abang tunggu Kak Sal dekat parking lot je tadi. Dia yang ambil baju dekat bilik hotel and macam mana Mira nak tahu kalau dari tadi je Mira tidur." Siapa yang packing baju? Kak Sal? Ya Allah... malunya. Desis Amirah Bazilah dalam hati. Mukanya sudah berona merah.
"Kenapa suruh Kak Sal yang pack baju Mira? Senganlah."
"Abang tak suruh Kak Sal lah. Abang yang packkan barang Mira dan barang abang masa abang balik kerja tadi."
"Oh yeke? Ingatkan suruh Kak Sal."
"Jomlah sayang kita pergi sana. Buat apa duduk dalam kereta ni. Tak best. Jom." Kata Amzar Naufal. Dia menguak pintu kereta milik Amirah Bazilah. Lalu memboloskan diri keluar. Amirah Bazilah juga turut keluar dari kereta. Dia menghampiri susuk tubuh Amzar Naufal yang tidak jauh darinya. Jari jemari lelaki itu digenggam erat selepas dia memautkan lengannya ke lengan milik Amzar Naufal.