Amirah Bazilah mengemas bajunya lalu diletakkan ke dalam begnya. "Okay, dah siap." Ujar Amirah Bazilah lalu menapak ke dapur. Susuk tubuh Pak Rusidi yang duduk di meja makan itu di pandang sayu. Amirah Bazilah menghampiri Pak Rusidi yang sibuk membaca surat khabar itu. "Walid." Sapa Amirah Bazilah perlahan.
"Mira, dah nak berangkat ke?" Ujar Pak Rusidi dengan nada biasa. Tapi bagi Amirah Bazilah nada iti hanya untuk menutup rasa sedih dalam hati ayahnya itu. Dengan tidak semena-mena Amirah Bazilah memeluk Pak Rusidi erat.
"Kamu ni kan Mira, setiap nak balik rumah kamu je nangis." Ujar Pak Rusidi. Bibirnya masih lagi di perjuangkan untuk senyum walaupun hatinya bagai tidak mahu melepaskan anaknya pergi.
Pak Rusidi tahu anaknya akan di jaga baik oleh keluarga suaminya. Jika sebelum ini, setiap Amirah pulang ke rumah sewanya di KL hatinya pasti risau. Tapi tidak kali ini. Suaminya pasti akan jaga Amirah dengan baik.
"Walid jaga diri elok-elok tau. Kalau walid tak sihat terus call Mira tau." Sungguh dia nyatakan bahawa sukar untuk dia meninggalkan ayahnya kerana Pak Rusidi baru sihat dari sakit lututnya. Amirah teramatlah risau akan kesihatan ayahnya.
Tubuh Pak Rusidi di rangkul sekali lagi. Lantas dua beranak itu menapak keluar dari rumah kayu itu. Kelihatan susuk tubuh Amzar Naufal sudah pun menunggu sambil bersandar di kereta.
"Amzar, mari sini nak." Panggil Pak Rusidi. Amzar Naufal menapak menuju ke arah lelaki itu.
"Kamu jaga Mira elok-elok ye Amzar." Pesan Pak Rusidi. Huluran tangan Pak Rusidi di sambut lalu Pak Rusidi menarik Amzar Naufal ke dalam pelukannya. Pelukan erat itu di lepaskan.
"Mira nanti bila suami kamu drive, berborak dengan dia. Kamu Amzar kalau mengantuk jangan paksa diri." Amzar Naufal dan Amirah Bazilah hanya mengangguk.
"Kirim salam dekat mama ye." Ujar Pak Rusidi. Susuk tubuh mereka berdua hilang dari pandangan sebaik mereka memasuki perut kereta mewah milik Amzar Naufal itu. Hon dibunyikan lalu kereta itu hilang sebaik menyusuri jalan raya.
Amirah Bazilah hanya membatu di kerusi hadapan kereta mewah itu. Amirah Bazilah hanya melemparkan pandangannya ke jalan raya. Ekor mata milik Amzar Naufal memerhati wanita itu. Mesti dia lupa pesan Walid ni.
"Awak dah lupa pesan Walid dekat awak?" Kata Amzar Naufal memecah suasana yang sunyi giler itu.
"Pesan apa?" Pandangannya dipalingkan kearah suaminya itu.
"Berborak dengan saya masa saya drive."
"Nak cakap apa. Saya tak ada idea nak cakap asal apa." Kata Amirah Bazilah mendatar.
"Kenapa awak terima saya sebagai jodoh awak?" Soal Amzar Naufal pandangannya masih tertumpu di jalan raya.
"Sebab Walid. Keputusan Walid adalah yang terbaik buat saya."
"Walaupun orang tu adalah orang yang paling jahat dalam dunia."
"Yup. Sebab saya rasa semua patut di beri peluang."
"Kenapa Awak cakap macam tu?" Soal Amirah Bazilah kehairanan.
"Saja." Kata Amzar Naufal selamba.
Suasana antara mereka diam seketika. Mungkin tiada apa yang dibicarakan. Perut Amirah Bazilah berkeroncong minta diisi. Amirah Bazilah memgeluarkan bungkusan roti dalam begnya. Bungkusan roti coklat itu di buka lalu di suapkan ke dalam mulutnya.