Chapter 71

43 2 1
                                        

Sepanjang perjalanan, hanya sunyi yang menjadi latar bicara. Eiz senyap tanpa sepatah kata, hanya fokus kepada pemanduan. Ika yang duduk di tempat duduk penumpang memandang ke luar tingkap. Hatinya langsung tak tenang.

Sejak kejadian semalam, Eiz langsung tak bercakap dengannya. Waktu sarapan pagi tadi pun hanya air kosong yang diteguk. Kemudian, terus dia keluar berjoging, meninggalkan Ika sendirian di rumah.

Yang menambah lagi keresahan Ika, Mama dan Papanya tak jadi balik hari ini. Ditunda kepada esok. Katanya, Papa ada hal kerja last minute dan perlu bermalam pula di Melaka. Dia bukannya apa, dengan keadaan Eiz yang dingin begini membuatkan Ika rasa janggal nak tinggal dengan lelaki itu lama-lama. Ika sudahlah tak mahir sangat memujuk.

Hujung mata melirik sekilas ke arah Eiz. Wajahnya masih tiada reaksi, beku dan tidak berperasaan.

Nafas dihela panjang. Ika menggigit bawah bibir. Ingat senang ke nak pujuk Eiz? Suaminya itu susah nak merajuk, tapi sekali dia terasa hati, memang kena silent treatment lah kau.

Eiz kalau merajuk, kalah Isyraf tahu?

Kali terakhir Eiz merajuk adalah sewaktu selepas SPM dulu. Itu pun berpunca daripada dirinya juga, sebab cakap main lepas je. Ika sendiri pun dah tak tahu macam mana mahu mengambil hati lelaki itu sebab selalunya dia yang dipujuk, bukan memujuk.

Beberapa minit kemudian, akhirnya mereka tiba di rumah Puan Aisyah dan Encik Yusuf iaitu Umi dan Abah.

+++++++

Petang itu, Encik Yusuf sedang sibuk di belakang rumah, ditemani oleh anak sulungnya. Semakin berumur ni, semakin giat pula dia bercucuk tanam. Pelbagai jenis tanaman telah ditanamnya di halaman belakang rumah. Senang katanya. Tak perlu lagi bersusah-payah pergi beli sayur di pasar. Nak masak apa-apa, petik je dekat luar rumah.

"Minggu depan Isyraf ada game dekat kompleks sukan. Kalau Along dengan Ika free, jomlah kita pergi tengok sekali."

"Isyraf join apa, bah?" Soal Eiz sambil mengangkat pasu dan meletakkannya di tepi longkang.

"Bola tampar. Macam Along dululah. Along ingat tak?" Tanya Encik Yusuf kepada anak lelakinya itu. Sebuah batas kecil di tepi pagar sudah hampir siap digemburkan.

"Ingat..." Eiz tersenyum. Terkenang dia akan memori zaman sekolah menengah dulu. Walaupun dia taklah ingat semuanya, dia masih ingat dengan jelas bagaimana zaman kegemilangannya itu.

"Isyraf main untuk apa? Wakil sekolah? Ke open tournament?"

"Tak," Abah menghadiahkan senyum sinis sambil mengangkat sebelah kening. "MSSN, wakil negeri."

"Pergh, sumpahlah abah?"

"Ha... Jangan buat main Along. Ingat Isyraf biasa-biasa ke? Setter lagi tau."

Mulut Eiz ternganga luas. Sejurus itu, dia ketawa kecil. Terus dia terbayangkan wajah Isyraf. Siapa sangka budak kuat nangis itu akan mengikut jejak langkahnya? Berbeza dengan Edhan yang lebih memilih untuk menjadi atlet bola keranjang.

"Hebat juga eh dia? Ingatkan lekeh-lekeh je budak tu."

Mendengar kata-kata Eiz, Encik Yusuf ketawa besar. "Itulah, terkejut juga Abah sebenarnya. Itu yang abah ajak Along pergi tengok sekali. Abah nak tengok juga dia main macam mana."

"Memang kena pergi macam ni. Along nak bahan dia kalau dia buat salah." Tertawa kedua-dua beranak itu. Sakan menjadikan Isyraf sebagai bahan gurauan.

"Yang ni nak tanam semua sekali ke, bah?" Eiz bertanya sambil menunjuk ke arah beberapa anak pokok.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: a day ago ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Still With YouCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang