"Shamika! Tolong mak kat dapur ni." Mak terjerit di dapur sambil memotong sayur kailan. Katanya nak masak sayur kegemaran aku. Kailan ikan masin! Aku membelek tudungku. Tudung chifon berwarna blue pearl tersarung kemas dikepala. Aku tersenyum melihat cermin.
Ya. Ini hari pertama aku mula bekerja di Tadika Cemerlang ni. Ala...sebagai part time je sementara menunggu peluang pekerjaan di peringkat yang lebih tinggi dan sesuai dengan sijil ijazahku.
"Mika, kamu tak dengar ke mak panggil kamu?" Jenguk mak dibilikku. Aku terkejut. "Mak ni buat Mika terkejut je. Sorry mak...Mika tak boleh tolong mak hari ni. Mika dah nak kena pergi kerja ni." Aku memandang mak dengan wajah yang sayu. Sorry mak...
Mak menepuk dahinya. Terlupa sesuatu ke?
"Lupa pulak mak. Kamu start kerja hari ni. Takpelah kamu pergi kerja elok-elok tau. Jangan buat hal kat sana pulak." Bebel mak. Aku tergelak.
"Mak ni. Mika bukannya macam adik tu. Dia memang selalu buat masalah." Balasku. Memang ternyata adik lelakiku yang seorang ni memang troublemaker! Tak habis-habis nak sepahkan rumah, balik lewat lepas tu selalu bagi mak dan abah sakit kepala. Sampaikan aku pun pening dibuatnya.
Aku menyalam tangan mak. Dah nak gerak ni. Nanti lambat pergi kerja pulak. Sudahlah hari ni first day.
"Ingat pesan mak. Kamu tu dahlah kerja kat tadika. Jangan cederakan anak orang sudah." Nasihat mak. "Ya Allah mak ni. Mak jangan merepeklah. Tak mungkinlah Mika nak cederakan anak orang. Mika ni suka budak-budak tau." Aku tersengih. Macam-macam mak ni.
Selepas itu aku menyarung kasut sarungku yang baru dibeli dua hari lepas. Hari first day kerja memang banyak buat persiapan. Semuanya kena baru. Baju baru, tudung baru dan kasut baru. Bak kata orangkan persepsi pertama orang kepada kita ialah melalui pakaiannya. Jadi, aku nak kelihatan kemas pada hari ni!Tiga jam kemudian...
"Asyraf! Jangan main kat luar. Kotor tu! Dina, jangan buang sayur kat atas lantai..." pening aku dibuatnya dengan kerenah budak-budak ni. Tak tahu nak duduk diam langsung! Terpaksalah aku terkejar ke sana sini melayan kerenah budak-budak. Tiba waktu kelas bermula Kak Sha yang tolong jagakan. Dapatlah aku berehat sebentar. Penat sungguh!
Aku menuju ke dapur lalu mencari air minuman. Dahaga betul tekak aku ni. Secawan air kosong sejuk cukup untuk menghilangkan dahaga. Wah...leganya.
"Penat nampak?" Seseorang menegurku. Aku hampir tersedak kerana terkejut dengan sapaan yang secara tiba-tiba itu. Aku menoleh ke belakang. "Kak Leha rupanya. Terkejut saya dibuatnya." Aku mengusap dada. Kak Leha tertawa sinis melihatku. "Macam mana first day? Okey?" Tanya Kak Leha. Aku menarik nafas dahulu. Ambik angin...
"Penat jugak layan budak-budak. Saya ingat tak jadi masalah kalau saya jaga budak-budak ni sebab saya memang suka budak. Tapi, tak tahu pulak susah jugak jaga budak ni." Aku meluahkan pendapat. Kak Leha masih memberiku senyuman sinis."Biasalah tu. Jangan ingat sebab kita suka budak kita boleh handle diorang macam petik jari je. Sebab kadang-kadang diorang ni susah diduga jugak." Luah Kak Leha. Aku mengangguk kepala tanda setuju.
Akhirnya tiba jugak waktu pulang. Aku dan tiga lagi cikgu tadika yang lain menghantar anak-anak buah kami pulang di pintu pagar. Sempat lagi kami menyapa ibu bapa mereka.
Aku menunggang skuter putih kesayanganku untuk pulang ke rumah. Hari yang panjang tetap dilalui dengan penuh kesabaran.
"Penatnya..." omelku di atas sofa. Terselak habis kain baju kurungku ke atas. Alah...bukan ada siapa-siapa pun kat rumah ni. Jam baru pukul 3 petang. Adik pun belum balik lagi. Abah pulak habis kerja pukul 5 petang. Mak tak habis-habis dengan ahli mesyuarat tingkapnya tu. Mak ni dah tua pun tahu gosip jugak. Kalah aku!
Pin! Pin!
Aku terdengar bunyi motosikal di luar rumah. Siapa pulak yang datang ni? Desisku. Aku menjenguk ke luar tingkap.
"Posmen rupanya..." bisikku.
Aku segera membuka pintu.
"Adik nama Nik Shamika bt. Nik Aziz?" Tanya posmen itu. Aku mengangguk. Posmen itu kemudiannya memberiku sepucuk surat. Aku segera mengambilnya.
"Surat apa ni?" Bisikku.
"Adik bukak dan bacalah mana tahukan kot-kot surat nikah ke. Hehe..." Celah posmen itu. Hish...penyibuk jugak abang posmen ni. Jelingku.Perlahan-lahan aku mengoyak bahagian atas surat itu. Berdebar-debar jugak jantung ni.
"Tahniah, anda diterima untuk bekerja ke dalam syarikat kami sebagai penolong eksekutif di bahagian produk..." bacaku satu persatu.
Aku dah diterima bekerja?!
Tak percayalah!*
*
*
Ok tak prmulaan cerita ni?
Kalau suka jgn lupa vote!
Thanks kerana sudi baca cerita saya.#suamikusengal?
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomansaDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif