1,2,........3!!!
"Bangun!!!!" Jeritku di telinga Shaqif.
"Gempa bumi ke?!" Jerit Shaqif sambil matanya melilau ke sana sini. Dia memgangkat selimut ke atas kepalanya. Seolah-olah mahu mempertahankan dirinya dari gempa bumi.
Puf!
Rasa nak tergelak.
"Hahaha! Apa bos buat ni?" Tawaku berdekah-dekah. Sakit perut aku pagi-pagi buta ni. Buat lawak pulak bos dipagi hari ni.
Muka Shaqif bingung.
"Bukan gempa bumi ke tadi?" Tanya Shaqif sambil matanya terkebil-kebil. Maklumlah baru bangun tidur...
"Mana ada gempa bumi." Tawaku lagi. Adoi....sakit perut tadi pun tak habis lagi. Puhahah!
Shaqif bingung.
"Habis tu kenapa terjerit-jerit. Awal pagi pulak tu? Subuh pun belum lagi." Ujar Shaqif. Blur sungguh bos aku ni.
Aku mengeluh.
"Memanglah subuh pun tak masuk lagi sebab kalau dah subuk mana boleh sahur dah." Jelasku satu persatu. Biar bos ni sedar sikit. Dari tadi asyik mamai.
Mata Shaqif terbuntang.
"Sahur?!"
Aku mengangguk laju.
"Ya cik abang. Hari ni dah start bulan puasa. Boleh lupa pulak dia." Menyampah pulak dengan bos ni. Bulan puasa pun boleh dia lupa? Ish..ish..ish...tak patut.
Shaqif tersengih. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Baru nak sedarlah tu.
"Pergi cuci muka cepat. Kita dah lambat nak sahur ni. Nanti nak imsak." Arahku. Aku melipat selimut yang digunakan oleh Shaqif untuk mempertahankan dirinya tadi. Entah apa-apa rupa dia masa tu. Teruk!
Selepas menggerakkan bos dari tidur aku terus menuju ke bilik Hafiz. Nak kejutkan dia makan sahur bersama-sama.
"Hafiz, bangun Hafiz." Ujarku perlahan.
Tiada respon.
Suara aku perlahan sangat ke?
"Kalau awak kejut macam tu sampai esok hari pun dia takkan bangun." Tegur Shaqif tiba-tiba. Aku terkejut.
Bos ni selalu sangat tak bagi salam. Kalau nak mencelah pun at least bagi salam. Ini tak. Mujur aku tak ada sejarah sakit jantung.
Aku mengusap dadaku.
Shaqif mendekati katil Hafiz lalu kepala Hafiz diusap-usapnya.
"Hafiz...bangun." bisik Shaqif ditelinga Hafiz.
Really? Kalau berbisik macam tu Hafiz akan bangun? Rasanya suara aku tadi lagi kuat.
Badan Hafiz tergerak sedikit. Aku terkejut.
Shaqif berbisik lagi.
"Alpha sedang menuju ke hadapan dengan senjata Max Glider ditangan untuk membunuh ketua monster Jaiden yang berkuasa di empayar Joe Kingdom. Alpha gagah menentang askar-askar..."
"...askar-askar Jaiden yang lengkap bersenjata Sword Swing menentang Alpha yang inginkan keamanan." Sambung Hafiz sambil matanya tertutup rapat.
Mulutku terlopong luas. Macam tu ke rupanya cara anak beranak ni kejutkan tidur? Wah...memang gila game betul! Kalau macam ni aku memang kalah.
Shaqif memandangku dengan senyuman lebar. Aku turut membalas senyumannya.
"See? I'm pro in this field." Ujar Shaqif sambil mendabik dadanya. Narsis!
Aku menjeling.
"Cepat, kita dah lambat nak sahur ni." Ajakku sambil berjalan keluar dari bilik Hafiz. Kalau aku melekat dengan anak beranak ni mahu silap bulan aku pun hantu game jugak.
-
"Fuyoo! Lauk sahur macam dinnerlah Hafiz." Seloroh Shaqif. Matanya membulat melihat hidangan yang aku masak untuk pagi ini.
"Mana ada banyak. Ni baru sikit." Balasku tersipu malu! Alah... small matter je kalau bab makanan ni. Mau marah mak kat rumah tu kalau dia dapat tahu aku masak cincai untuk Shaqif dan anak angkatnya tu.
"Asam pedas ada. Kari kepala ikan ada. Wah....tomyam campur pun ada!" Mata Hafiz juga terbeliak melihat juadah untuk sahur pagi ini. Aku tersipu malu.
"Jemput makan semua. Tapi sebelum tu aunty nak dengar Hafiz baca doa makan dulu." Kataku sebelum menjamu selera.
"Amiin."
Kamo semua mengaminkan doa makan yang dibaca oleh Hafiz itu.
Aku melihat bos. Kenapa tak makan lagi? Lauk pun tidak berusik lagi. Dah kenapa?
"Kenapa tak makan, a....bang?" Haish! Kenapalah susah sangat mulut ni nak panggil bos abang?!
Shaqif tersentak. Dia melihat wajahku lama. Alamak...kenapa tiba-tiba pulak pandang aku macam nak telan ni...
Tiba-tiba Shaqif tersenyum lebar.
"Rasanya dah lama saya tak sahur macam ni. Sahur dengan anak tersayang dan isteri tercinta." Katanya. Ikhlas.
Aku terdiam. Cara bos cakap tu memang kedengaran ikhlas sampaikan terkesan di hati ini.
Hafiz mengangguk laju.
"Lepas ni tak payahlah kita nak sahur piza, kfc dan McD kan papa?" Ujar Hafiz dengan mulutnya penuh dengan makanan. "Betul tu Hafiz." Sambung Shaqif.
Tiba-tiba air mata jernihku mengalir. Aku segera mengesatnya.
"Kenapa dengan aku ni?" Bisikku perlahan.
Shaqif terkejut.
"Kenapa ni sayang?" Tanyanya risau. Aku segera menggeleng kepala. "Tak ada apa."
Tak sangka selama ni bos dan Hafiz yang masih kecil ni hanya bersahurkan pizza, kfc dan McD. Sedihnya...
Aku juga perasan Shaqif langsung tidak mengambil orang gaji dalam menolongnya menguruskan rumah setinggi dua tingkat ini. Nampaknya mungkin bos yang mengemas rumah selama ni. Mesti bos penatkan?
"Hafiz macam biasa. Lepas makan pergi cuci pinggan. Jangan lupa pinggan papa sekali. Macam biasa katakan..." arah Shaqif dengan perut yang penuh.
"Papa ni tak habis-habis suruh Hafiz buat kerja rumah. Kemas itulah inilah. Basuh bajulah. Nasib baik aunty dah ada. Barulah Hafiz boleh relax sikit." Keluh Hafiz sambil mengangkat pinggan.
What?!
Selama ni Hafiz yang buat semua kerja?! Aku tarik balik apa yang aku cakap tadi!
Bapak jenis apakah ini...
Shaqif, "Peace yo!"
Err..
#suamikusengal
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif