Sebenarnya...

10.6K 255 0
                                    

Aku fokus meneliti agenda mesyuarat untuk esok hari. Mata aku dari tadi asyik melekat pada pc je. Tak habis-habis dengan mesyuarat. Habis je meeting pasal ni kena meeting pasal tu pulak. Huh...keluhku.

"Mika, ikut saya ke pejabat Shaqif." Arah manager Joey dengan nada serius. Aku terkejut. Ada apa? Wajah Joey tegang. Tiada langsung tanda-tanda dia akan tersenyum. Nampak macam serius je. Aku segera mengikuti manager Joey ke pejabat bos.

Tuk tuk

Bunyi pintu diketuk.

"Masuk jelah. Pintu tak kunci." Jerit Shaqif dari dalam. Kemudian aku dan manager Joey pun masuk ke pejabat bos.

"Joey? Dengan Mika? Ada apa?" Tanya Shaqif apabila kedua-dua pekerjanya itu tiba-tiba berjumpa dengannya. Tak pernah terjadi situasi ni.

"Tolong jelaskan apa yang berlaku semalam." Ujar Joey tiba-tiba. Pasal semalam? Ooh...yang itu. Aku tersengih. Lah...rupa-rupanya manager Joey sedar apa yang kitorang buat semalam. Shaqif tersenyum lebar sampai menampakkan giginya yang putih itu.

"Ingatkan tak perasan." Shaqif bangun dari kerusinya. Joey pulak memeluk tubuhnya. Wajahnya makin serius.

"Okey, macam ni bro. Kau ingat tak Arisa?" Tanya Shaqif sebelum dia menceritakan kisah di sebalik tabir. Joey terdiam.

"Arisa? Jangan kata ex wife kau." Teka Joey. Shaqif mengangguk. "Bukan dia dah lama menghilang ke lepas korang cerai sebab eksiden tu?" Tanya Joey. Eksiden?

"Betul tu bro. Semalam dia ada kat majlis tu dan dia kata aku masih sayangkan dia semuanya sebab aku tak cari pengganti dia. Masa tu pulaklah Mika muncul. Apalagi? Dia pun kena heret masuk dalam cerita aku sambil memainkan watak cik tunang." Jelas Shaqif satu persatu sambil tersengih. Dei...ni pun kira lawak ke?

Giliran Joey pulak terkejut beruk.

"Kau biar betul beb? Tak percaya aku!" Seloroh Joey. Ya...kalau kau cerita kat sesiapapun mesti diorang pun akan bagi respon yang sama.

"Habis tu sekarang ni kau dengan cik Nik Shamika dah bertunanglah ya. Hahahah..." tawanya sambil berdekah-dekah. Amboi...kuat perli jugak manager aku ni. Jelingku.

Ingatkan bos je 'cekap' menyakitkan hati orang. Tak sangka manager Joey ni pun pandai jugak kasi orang sakit hati. Tak payahlah gelak sampai macam tu sekali. Geram pulak aku.

"Kau jangan cerita kat siapa-siapa pulak yang kitorang ni berpura-pura je." Shaqif mengingatkan seniornya itu. "Ya ya ya aku tahu. Rahsia korang selamat di tangan aku." Sambung Joey sambil menepuk bahu Shaqif. Kemudian dia pun beredar.

Aku memandang bos.

"Bos, betul ke apa yang kita buat ni?" Tanyaku. Yalah, aku dan bos dah kira menipu besar ni. Shaqif menjongket keningnya. Mungkin pelik dengan soalan aku itu.

"Mika, kita buat semua ni sekejap je. Baby tak payah risau. Nanti...hati abang pulak yang gundah gelana." Ujarnya selamba. Gundah gelanalah sangat. Jelingku. Aku terdengar suara ketawa bos.

Dah tiada benda nak dibincangkan lagi aku pun segera menyambung kerja yang tergendala tadi. Manager Joey pulak bila dah dapat apa yang dia nak dia blah macam tu je. Hish...tak patut tak patut. Gelengku.

"Hello, kita jumpa lagi ya?" Tegur seseorang. Aku terkejut.
"Awak yang dekat majlis semalam tu kan?" Tanyaku pula. Risau tersalah orang pulak nanti. Dia tersenyum sambil memandangku.

"Saya nak jumpa dengan tunang awak. Dia ada kat dalam tak?" Tanyanya sambil memandang pejabat bos.

Aku gelabah. Apa aku nak buat ni? Bos mesti tak nak jumpa dengan dia.

"Dia...tengah sibuk kat dalam." Tipuku. Padahal bos tengah sibuk melayan majalah mangganya tu.

"Sibuk?" Sebutnya seraya memeluk tubuh. Kedengarannya dia seperti tidak suka dengan jawapan yang aku beri.

"Saya nak jumpa dia jugak." Tegas Arisa lalu dia laju berjalan ke pejabat Shaqif. Aku terkejut!

"Nanti!"

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now