Alamak...apa aku nak buat ni? Bos dengan Mikael macam nak bergaduh je. Hish...bos pun satu. Dia yang kacau ketenteraman orang lain tapi dia pulak berlagak macam ketenteraman dia yang terganggu. Aku tahulah bos ni sengal tapi janganlah jadi orang tak betul pulak. Bos...please jangan buat kacau.
"Kau Mikael kan?" Tanya Shaqif dengan matanya yang terbeliak. Marah sangat ke bang.
Mikael mengangguk.
"Ya, aku Mikael. Kau kenapa datang sini tiba-tiba lepas tu buat Mika takut. Aku tahulah kau ni bos Mika tapi hari ni Mika cuti. Kau bagilah Mika sedikit ruang nak rehat." Mikael cuba bertegas dengan Shaqif. Tapi, mahu ke si Shaqif ni nak dengar cakap Mikael?
Shaqif tersengih. Tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Mikael tu. Shaqif menarik nafas dalam sebelum berbicara. Berbicara ke bertekak? Dia memandang Mikael dengan tajamnya.
"Well, aku datang sini bukan sebagai bos Mika." Balasnya ringkas. Mikael, Mika dan kawannya yang lain terkejut. Bukan sebagai bos? Habis tu sebagai apa?!
"Bos datang sini sebagai apa?" Celah Mika. Dia terpinga melihat Shaqif. Dahlah muka confident je lebih. Shaqif tersenyum sinis pula. Dia memandang Mika lalu mendekatinya.
"I'm here as your future husband, Mika." Katanya selamba tapi penuh dengan nada yang menggoda.
"Auch! Mika kau dah nak kahwin ke?! Sampai hati kau tak bagitahu aku, beb. Kawan jenis apa kau ni?" Lantang Nora mencelah tiba-tiba. Aku tersentak. Future husband?
Baru aku teringat. Beberapa hari yang lalu aku dengan bos ada buat kontrak pasal kahwin tu. Tapi...kenapa bos bagitahu kat sini?! Depan kawan-kawan aku pulak tu. Depan Mikael pulak tu! Apa aku nak cerita nanti dekat diorang? Kalau diorang tanya benda merapu macam mana? Kenapa aku kahwin dengan bos? Rela ke terpaksa? Macam mana boleh ada keinginan nak bersuamikan bos? Damn...aku tak boleh jawab semua soalan tu dan aku tak nak tipu kawan-kawan aku. Bos ni memang cari pasallah dengan aku. Eee...geramnya!
Sementara kawan-kawan aku ni sedang berbincang pasal hubungan aku dengan bos, aku segera mengheret bos pergi jauh dari situ. Bos memang nak kena diajar ni. Bos belum rasa lagi lidah pedas dan tangan ringan aku ni. Eee...geram betullah!
"Awak nak bawak saya ke mana ni, Mika?" Tanya Shaqif terkejut tetapi dalam hati...
"Yeyeah! Mika pegang tangan aku walaupun cuma lengan baju je. Hihihi! Seronoknya!" Getus hati Shaqif. Berbunga-bunga hati dia. Amboi...
Wajah Mika masam mencuka. Dia memandang tepat ke arah bosnya itu. Bibirnya diketap rapat. Dia memberi wajah bengis kepada Shaqif. Geram sangat tu.
"Err...kenapa Mika pandang abang macam tu? Mika ni kalau marah pun nampak seksi jugak eh. Hihihi..." tawa Shaqif gembiranya. What?! Seksi?! Tak pernah bos cakap aku seksi sebelum ni? Hei...I pakai tudung dan baju labuh ok. Apa yang seksinya?
"Bos. Boleh tak jangan main-main sekarang ni? Saya nak tanya bos kenapa bos bagitahu dekat kawan saya yang kita ni nak kahwin? Of course mengikut kontrak tu kita akan kahwin minggu depan tapi bos tak boleh buat macam ni kat saya. Saya pun ada maruah jugak dan saya nak rahsiakan hal ni daripada kawan saya. Tapi, bos dah bocorkan rahsia tu. And one more thing, apa yang buat bos sanggup datang jumpa saya kat sini? Sini Ipoh bukan KL dan jaraknya jauh. Please explain to me." Ujar Mika tanpa henti sesaat pun.
Penat sebenarnya melayan kerenah bos ni. Bos bukannya budak-budak tetapi dewasa. Kenapalah perangai mengalahkan budak. Boleh stress dengan bos kalau macam ni.
Shaqif terdiam. Dia terdiam seribu bahasa. Betul apa yang dikatakan Mika itu. Dia sangat bersalah dalam hal ni. Mika juga mempunyai privasinya sendiri tetapi itu bukan bermakna dia boleh menceroboh privasi itu sesuka hati walaupun mereka akan berkahwin dalam seminggu lagi.
Shaqif melangkah setapak ke hadapan. Jaraknya semakin dekat diantara dirinya dengan Mika. Wajahnya kelihatan serius. Tiba-tiba dia mendekatkan wajahnya dengan Mika. Mika terkejut.
"Bos buat apa pulak ni?" Detus Mika. Dia gelabah dengan sikap bosnya yang secara tiba-tiba itu.
Shaqif melangkah setapak lagi dan itu membuatkan Mika terpaksa undur setapak ke belakang. Keadaan itu berlarutan sehinggalah Mika terpaksa bersandar pada dinding. Wajah Shaqif sangat dekat dengan dirinya. Lampu jalanan yang sedikit malap membuatkan wajah Shaqif samar-samar di mata Mika.
Mika gelabah. Apa trick bos kali ni?
Mika menelan liurnya. Takut.
"Bos, kenapa ni?" Tanya Mika. Suaranya tersekat-sekat. Mika memandang ke sekeliling. Orang ramai yang berada di kafe agak jauh dari keberadaan mereka ketika ini. Mika buntu. Kalau dia nak menjerit kesian pulak bos sebab bos bukan stranger. Nanti kalau bos kena tangkap lepas tu habis Mika kena pecat dari bekerja sebab bos ni kuat berdendam juga orangnya. Mika buntu. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang ini.
"Bos..." panggil Mika perlahan.
"Mika." Panggil Shaqif.
"Ya...?" Sahutnya teragak-agak.
"I do all this because I love you."
----------
I do all this because I love you?!!!
Tidakkkkkkkkkk!!!!!!
#suamikusengal?!
Comment
Vote
![](https://img.wattpad.com/cover/68191236-288-k462271.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif