Biar Betul?!

8.1K 242 3
                                    

Aku mengetap bibir. Aku mengingati perbualan bos dan manager Joey di atas bumbung tadi. Diorang berdua berpakat nak perangkap aku! Apa salah aku?!

Dari jauh lagi aku ternampak bos di pintu masuk pejabat. Amboi...berjalan macam model baju! Mentang-mentang hensem. Humph!

Aku mengalih pandangan ke komputer. Malas nak pandang wajah bos aku tu. Ingatkan baik tapi dalam diam nak kenakan aku! Betullah kata mak selama ni. Jangan mudah percaya dengan orang biarpun orang tu layan kita dengan baik sekali. Tak rugi aku rijek bos!

Shaqif hanya berlalu dari situ tanpa menghiraukan aku. Aku tersentak. Bos tak tegur aku macam biasa?! Nampak sangat dia nak kenakan aku.

"Sabar Mika...kau tak patut berharap dengan bos. Tengoklah, sebelum kau rijek bos. Bos layan kau baik sangat. Tapi bila dia dah tahu perasaan kau dia blah macam tu je. Nampak sangat dia tak ikhlas sukakan kau. Tengoklah macam tadi. Ber'dear' bagai. Betullah apa yang aku dengar selama ni." Bisikku sendirian.

"Apa yang awak dengar Mika?"

Pufff!!!!

Siapa kat belakang aku ni?!

Aku memusingkan kepala ke belakang perlahan-lahan. Suara tadi tu macam bos pun ada. Janganlah bos dengar apa yang aku cakap tadi.

"Bos! Ada apa?" Selorohku. Aku cuba tersenyum selebar yang mungkin bagi menutup perasaan tak bersalah ni.

Topeng dua muka kau ni Mika!

Dahi Shaqif berkerut. Dia memandang aku dengan pandangan yang penuh dengan syak wasangka.

Dah kenapa ni?

"Awak ada rahsiakan apa-apa ke dari saya, Mika?" Tanya Shaqif. Suaranya kedengaran mendatar. Aku tertelan liur. Bos yang rahsiakan sesuatu dari aku!

Giliran aku menenung bos dengan pandangan maut. Shaqif tersentak.

"Ke bos yang ada sorokkan sesuatu dari saya?" Aku sengaja mengangkat kening. Hahaha! Muka bos cuak!

"Err...mana ada." Shaqif meraup wajahnya. Matanya melilau ke sana sini. Hahaha! Nampak sangat bos tengah menipu! Bos...bos.... usahlah macam tu.

"Mana kad kahwin yang saya mintak tu?" Shaqif cuba untuk menukar topik. Aku mencebik muka.

"Saya dah bagi pagi tadilah bos. Jangan kata bos tak tengok lagi." Tanyaku. Bos laju menepuk dahinya. "Saya lupa. Sorry Mika." Pinta bos kemudian dia kembali ke pejabatnya. Aku memandang bos sehingga dia masuk ke dalam pejabatnya.

Clumsy jugak bos ni. Hihihi....

Ppang!

Bunyi pintu ditutup.

Nafas Shaqif tercungap-cungap sepertinya dia baru habis lari dari maraton.

"Apa aku buat ni? Hampir-hampir je nak kantoi tadi." Ujar Shaqif sendirian. Dia segera mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor telefon Joey ditekannya.

"Halo, Joey?"
"Kau nak apa ni? Aku tengah sibuk berwasap dengan awek aku ni." Ujar Joey.
"Macam mana ni? Aku tak pastilah nak buat ke tak plan tu." Sambung Shaqif. Joey mengeluh.
"Apa kau sembang ni? Dah sampai tengah jalan kau nak beehenti pulak." Balas Joey. Shaqif menarik nafas panjang.
"Aku...aku...aku tak bolehlah nak layan Mika aku macam orang dingin. Aku tak boleh nak marah dia. Kesian pulak aku dibuatnya." Shaqif mengeluh.
"Aku tengok kau yang kesian adalah. Kau nak Mika tu jeles kat kau tapi kau takut hati dia terluka. Apa cerita ni?" Joey mengetap bibirnya. Apa kena dengan junior aku ni?
"Masalahnya kau nak ke tak dia jatuh cinta kat kau?" Tanya Joey. Penat pulak dia sembang dengan bos dia tu.
"Aku nak tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Sekarang ni kau dengar je cakap aku. Okey?" Tanya Joey lagi. "Okey..." "Bagus."

Panggilan dimatikan.

Ttut....

Shaqif mengeluh kasar. Dia memandang gambar selfinya bersama Mika di majlis makan malam pada beberapa minggu lalu.

"Cantik Mika aku..." bisiknya sendirian. Sah! Shaqif memang dah angau dengan Mika.

Shaqif dan Joey berpakat mahu membuat Mika cemburu dengan Shaqif. Shaqif yakin bahawa Mika juga sukakan dia cuma egonya sangatlah tinggi. Dengan itu, mereka berdua telah mencipta satu plan yang agung bagi menyedarkan Mika akan perasaannya.

Maka, dengan ini....

Plan start!!!

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now