Aku melilit tudung shawl berwarna merah jambu lembut. Malam ini kami akan menjamu selera di sebuah kafe yang hot atau popular la dekat Ipoh ni. Secalit lipstik merah yang nipis cukup membuat penampilan aku nampak sederhana pada malam ini. Tak perlu nak bergaya lebih-lebih. Waktu malam macam ni orang tak nampak sangat pun kalau kita bermekap tebal. Aku melihat Nora di sebalik cermin. Amboi...bergaya sangat tu. Nak goda siapa akak oii...
"Kau bergaya sakan malam ni nak goda siapa weh? Tak pernah pulak aku tengok kau macam ni." Tanyaku. Terdengar suara Nora ketawa. Nampak sangat tak ikhlas ketawa dia tu. Nora memusingkan badannya ke arahku. Dia sudah siap mencalit lipstik pink neon dibibirnya. Pink neon beb!
"Mika, this is how you do it to tackle a man. A hot...man." katanya diselangi tawanya yang sinis itu. Seram pulak aku tengok minah ni. Macam ni ke gaya dia nak mengurat lelaki? Wah...hardcore beb. Tapikan...siapa pulak lelaki yang dia nak goda sangat tu? A hot man? Seseorang yang aku kenal ke?
"Nora, kau guna taktik ni boleh berjaya ke? Pernah ke kau dapat boyfriend dengan taktik ni?" Asal banyak pulak yang aku tanya ni? Macamlah aku nak ikut jejak langkah dia tu. Hish...jangan buat malu keluarga sudahlah Mika oii...
Nora tersengih. Dia menggenggam bahuku. Matanya merenung tepat ke dalam mataku. Apahal serius sangat muka dia ni. Jangan kata taktik dia ni menjadi. "Mika...of course lah taktik aku ni pernah menjadi." Balasnya dengan bangga. Seeriuslah?! "Yup...tapi hubungan tu tak lama." Sambungnya selamba. What?! Biar betul kawan aku ni. Dia ni memang jenis nak main-main je ke sampai ke tua? Hish...teringat pulak kat bos. Bos ni sama spesies dengan Nora. Suka main-main.
"Dahlah jom kita keluar cepat nanti Mikael dengan Din marah pulak. Kang tak pasal diorang tak nak belanja kita makan." Bebelku seraya mengheret minah hardcore ni keluar dari bilik.
--------
Shaqif memandu Fordnya itu dengan gelisah dan tak tenteram. Mana taknya tahu-tahu je si Mika pergi trip dengan mamat hari tu. Memang tak amanlah Shaqif dibuatnya. Menurut Hafiz, yang dari tadi asyik stalk ig Mika menyatakan bahawa Mika on the way nak pergi dinner di sebuah kafe. Itulah maklumat yang diterima Hafiz melalui story ig Mika. Amboi...sampai ke situ stalknya. Ni pun kira over protective ni. Hurm...tiada siapa boleh halang Shaqif dari mengejar cintanya. Shaqif ni kalau dah angau memang tak boleh diselamatkan lagi dah. Dia je betul dan orang lain je yang salah. Ok fine. Do what you want Shaqif even author can't stop you.
"Hafiz, papa nak kena lalu jalan mana ni? Lama lagi ke nak sampai?" Tanya Shaqif dari tadi lagi. Jari telunjuk Hafiz ligat bermain dengan iPad papanya itu. "Kejap papa. Hafiz tengah search kafe tu. Rasanya lagi 10 minit sampai kot." Balas Hafiz dengan matanya fokus pada skrin iPad itu.
"Mika...where and what are you doing right now...not with that man." Bisik Shaqif. Dia mengetap bibirnya. Tak tenteram jiwanya memikirkan keberadaan Mika.
------
"Korang semua order je apa yang korang nak makan malam ni. Aku belanja." Pergh...nampak gentleman lah Mikael bila dia cakap macam tu. Well, kalau lelaki yang belanja selamanya gentleman. Hahaha..
Brrrr....brrrr.....brrrrr.....
Siapa pulak spam mesej aku malam-malam ni? Aku nak makan pun tak senanglah. Detus Mika. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket lalu membaca spam mesej yang diterimanya itu.
Mata Mika terbeliak.
"Apa yang aku baca ni? Betul ke ni? Seriuslah?" Ujar Mika tiba-tiba. Kawan-kawannya yang lain memandang Mika dengan pelik.
-Mika!!!!
-Where r you?
-tell me what u doing right now
-i want to know so badly
-kalau Mika tak balas mesej abang ni Mika tak boleh ambil cuti dah
-lepas ni!
-faham tak?
-Mika?
-Mika?!
Alamak?! Bos yang spam aku? Kenapa mesej dia ni macam ugut aku je? Bos ni gilalah sampai aku tak boleh cuti dah kalau tak balas mesej dia ni. Hish....kenapalah bos ni creepy kadang-kadang. Selamatkan daku ibu....
Ehem. Baik aku balas mesej bos ni.
-saya tengah makan bos tapi saya dekat ipoh ni. Ada short trip dengan member. Ada apa bos? Mesej macam ada emergency je.
Ok, send. Mintak-mintaklah bos tak marah aku. Payah aku nak pujuk nanti. Bos bukannya betul sangat pun. Lebih-lebih lagi kalau dia merajuk. Susah kot nak pujuk. Habis keluar semua ilmu memujuk di dada.
Brrr.... getaran mesej baru diterima. Aku segera membaca mesej bos itu.
-I saw u
Apa?! Apa bos merepek ni? Bos nampak aku? Tapi aku dekat Ipoh jauh dari KL. Pergh...creepy kot. Ke bos main-main dengan aku. Yelah bos pun bukan betul sangat orangnya. Mamat sengal katakan.
Aku melihat sekeliling kafe itu. Betul ke bos nampak aku? Kalau betul macam mana? Apa aku nak jawab nanti...wait. Kenapa aku rasa macam aku tengah curang dengan bos ni? Takkanlah? Hahaha...lama-lama aku boleh jadi gila bila asyik dengan bos je.
"Aunty Mika!" Jerit seseorang. Telingaku laju menangkap suara itu. Weh...kenal sangat suara ni. Hafiz ada kat sini? Means betullah mesej bos tu. Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Alamak...
Dengan langkah yang tampak sungguh bergaya dia berjalan ke arah Mika dengan lenggokan gaya seorang model pakaian. Dia menanggalkan kaca mata hitamnya lalu disisip pada poket bajunya yang berwarna khaki gelap. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar bagi menonjolkan lagi aura seksi dan kaya pada dirinya. Semua wanita yang berada di kafe itu memandang dia dengan penuh perhatian. Lagaknya persis seperti pelakon dan gitaris band Korea iaitu LEE...JUNG...Shin...
"Mama, laki tu hotlah."
"Korang, dia milik aku!"
"OMG. Akhirnya mata ni dapat dicuci jugak."
Itulah komen-komen pelanggan wanita di kafe itu saat melihat Shaqif berjalan di dalam kafe itu. Tetapi...di mata Mika....
"Alamak! Bos jalan macam kengkang lagi. Ada makna tu..."
"Dia masuk tangan dalam poket?! Jangan kata ada lolipop kat dalam tu?"
"Gila apa bos pakai spek mata hitam malam-malam ni? Orang buta ke?"
Langkah Shaqif terhenti. Dia kini sudah berada di hadapan Mika. Mika dan kawan-kawannya memandang Shaqif dengan pelik. Tapi wajah Mika dah kecut seribu. Mana taknya, Shaqif sanggup datang ke Ipoh demi berjumpa dengannya. Padahal semalam baru jumpa kat office.
"Bos! Ada apa sampai jumpa saya kat sini?" Tanya Mika dengan senyuman palsunya itu. Shaqif tidak membalas pertanyaan Mika itu sebaliknya dia memandang Mika dengan pandangan yang tajam. Shaqif mengeluarkan sebatang lolipop dari dalam poket kanan seluarnya itu lalu memakannya selepas membuang plastik balut itu.
"Mi...ka..." panggilnya. Seram!
"Bro, kau buat apa ni?" Celah Mikael tiba-tiba.
Apa?! Mamat bajet kaya ni tiba-tiba je menyampuk? Berani nampak...
"Kau sibuk kenapa?" -Shaqif
#suamikusengal?!
Vote
Comment
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif