Aku terjaga dari mimpi. Siapa pulak yang muncul dalam mimpi aku tadi? Samar-samar je muka dia.
Aku mengeluh. Jam masih pukul 6 pagi.
"Hari ni aku dah kena start kerja. Jadi PA pulak tu. Aku ni kalau boleh jawatan PA lah yang paling aku tak nak dekat. Alih-alih kat syarikat komputer tu jugak aku dapat jawatan ni.
Syarikat yang bernama JoKing ni adalah syarikat komputer atau game yang paling femes kat negara aku ni. So, ramai yang cuba nak dapat kerja kat syarikat ni. Bukan senang nak dapat kerja kat sini. Aku ni sepatutnya bersyukur dapat kerja kat situ walaupun sebagai PA. Jadi PA CEO pulak tu! Memang ternyata bukan senang!
-
Punat pada dinding lif segera aku tekan. Kata cik manis kat kaunter pertanyaan tu aku kena pergi tingkat 10 sebab pejabat CEO kat situ.
Bangunan ni tak tinggi mana pun. Semuanya ada 11 tingkat. Dengar khabarnya pemilik syarikat ni gayat. Takut tinggi. Betul ke?
"Kejap! Jangan tutup pintu lif lagi!" Jerit seseorang. Aku yang berada dalam lif ni sorang-sorang segera mengelak pintu lif daripada tertutup. Mujur sempat...
"Thanks baby!" Ucapnya. Aku terkejut. Aku segera memandang wajah empunya badan itu. CEO?! Bos yang sengal tu?! Bak kata Joey...
"Baby?" Sebutku. Tak percaya?!
Dia menjongket keningnya.
"Why? Tak bolehke? Awakkan PA saya." Balasnya selamba. Aku ternganga. Apa yang 'bos' aku ni merepek?
Tiba-tiba dia ketawa.
"Hodoh jugak muka awak ni bila blur. Macam kera kebingungan. Hahaha!" Tawanya. Apa?! Kera kebingungan? Ayat apakah itu.
Aku mencebik muka. Kalau sebab dia bukan bos aku, dah lama aku sepak terajang dia ni.
Haish! Sabar jelah.
Tin!
Lif sudah tiba ke tingkat 10. Pintu lif dibuka dan kami berdua segera keluar dari lif itu. Aku membuntuti bos aku ke pejabatnya. Sekejap! Kenapa aku tak tahu nama bos aku ya? Tak guna betul dapat pekerja macam aku ni.
*geleng kepala"Kerja kat sini tak perlu geleng kepala ya." Tegurnya tiba-tiba. Aku tersentak. Masa bila pulak dia nampak?
"Dekat sini semua orang kerjanya angguk je. Geleng kepala is prohibited. Sebab menggeleng kepala ni tanda negatif. But all we need is positive! Mostly at work. Am I right?" Tanyanya. Aku segera mengangguk. "See! Awak dah angguk kepala. Hahaha! Pandai jugak saya brainwash awak." Tawanya berdekah-dekah.
Brainwash? Dia brainwash aku ke tadi? Haha! Memang mengena.
*dah gilaAku mengekorinya lagi.
Tiba-tiba dia berhenti mengejut. Opocot mak kau! Kenapa berhenti pulak?! Mujur aku tak langgar mak cik yang sedang mengemop tu.
Tiba-tiba jari telunjuknya diangkat. Seperti menunjuk ke atas. Aku apalagi. Langut ke ataslah jawabnya.
"Hahaha! Awak terkena. Mana ada apa pun kat atas tu." Tawanya lagi. Sinis pulak tu.
Dia ni memang suka buat lawak bodoh ke? Kalau macam ni tiap-tiap hari jangan kata dia je sewel. Aku pun sewel jugak!
Aku menepuk dahi. Dia tersenyum sinis sambil menggigit jari. Apakah?
"Sorry...but can you be faster. I really need to do my job right now. Please..." rayunya sambil membulatkan matanya. Dia fikir dia kucing?! Jadi manusia cukuplah. Aku mengeluh.
Aku melihat mejanya.
Berselerak! Fail penting dan majalah bercampur aduk! Patutlah dia tanya soalan ni semalam. Rupanya dia suka layan majalah. Dan fail penting campak ke tepi?! Bos aku ni tak serius buat kerja ke? Macam manalah syarikat ni boleh maju? Aku pun tertanya-tanya.
"Baby Mika, in 5 minute I'll see you ok?" Ujarnya. Aku mengangguk. Pergh...tempat kerja ni semuanya memang kena angguklah. Sekalipun aku dah tak geleng lepas dia tegur aku tadi.
Dia sudah berjalan keluar dari pejabatnya. Macam terkejar sesuatu pun ada.
Pandangan aku dikalih ke arah meja kerja bos aku. Semaknya...kasi 5 minit pun tak cukup.
Sekejap. Aku macam miss something je?
Tadi dia panggil aku baby Mika ke?
???!!!!!
*gigit jari sebab geram sangat dapat bos otak tak betul macam dia tu.#suamikusengal?
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif