Flying Kiss

8.6K 263 4
                                    

Aku termenung seketika. Apa patut aku buat hah? Takkan aku nak biarkan macam tu je. Nanti dah bermasalah baru nak menyesal.

Aku mencari kelibat Shaqif di dalam bilik. Ada perkara yang harus aku bincang dengan dia. Perkara ini sungguh mustahak. Ada kena mengena dengan yang hidup. Yang hidup jelah mati tak ada.

Zzup!

"Wei, mak! Kelibat apa tadi tu?!" Aku terkejut. Baru sekejap tadi aku macam terlihat kelibat yang lalu dibelakangku. Dia berlari masuk ke dalam bilik air. Aku takut.

Takut!!!

Aku cuba mendekati pintu bilik air itu perlahan-lahan. Dengan langkah demi langkah aku menuju ke arah kelibat itu tadi. Kemudian aku mendekatkan telingaku pada pintu bilik air itu. Cuba memastikan jika ada tanda-tanda kehidupan di dalam bilik air.

"Ugh...ergh...argh..."

Bunyi apa tu?! Hantu tu tengah meneran ke? Hish....kenapa tak pergi tumpang bilik air rumah sebelah? Bulu roma aku dah menegak ni. Takut!

Aku cuba mendengar lagi.

"Ergh...tak nak keluarlah pulak."

Omo! Hantu ni dah pandai bercakap la pulak?! Mak....tolong Mika, mak. Rumah ni berhantu!

"Argh!!!" Jeritku sepuas hati.

Aku terus melompat ke atas katil lalu menyelimuti diriku dengan selimut tebal. Hantu...jangan kacau aku! Daging aku tak sedap!

"Kenapa Mika jerit?" Ujar Shaqif sendirian. Selepas dia selesai menunaikan hajatnya yang terBESAR itu dia terus keluar dari bilik air itu.

Shaqif pelik. Dia ternampak Mika berselubung dalam selimut. Dah kenapa bini aku ni?

Aku terdengar bunyi derapan kaki dari arah bilik air. Janganlah dia kacau aku! Semangat aku dahlah tak kuat ni. Kalau dia kacau aku...

Psst!

Amboi! Dia main psst pulak! Apa aku nak buat ni? Nak baca surah aku pulak tengah tak berapa nak bersih ni. Aduh....hantu. Pi jauh jauh!

"Mika..."

Dia tahu nama aku?! Alahai...berapa kali aku nak ulang ni?
Ja...ngan...ka...cau...a...ku!!!

Jeritku dalam hati.

Tiba-tiba aku terasa kakiku dipegang. Kemudian aku tersedar selimutku juga ditarik perlahan-lahan.

Nak jerit ke tak ni? Ke nak diam je. Desisku.

"Mika...ooo...Mika." panggilnya.

Huh! Hah! Huh! Hah!

Tak cukup nafas aku dibuat hantu ni! Nanti ada jugak yang kena sepak ni...

Shaqif pelik. Dah kenapa dengan bini aku ni? Badan menggigil. Siap berselimut lagi. Demam ke? Getus Shaqif.

Tiba-tiba...

Aku terasa sesuatu merayap pada tubuhku. Adakah dia cuba nak tindih aku sekarang ni?!

"Tolong! Hantu!" Jeritku.

"Aargh!!!" Jerit Shaqif pula.

Bbuk!

Aku terus keluar dari persembunyianku. Berani hantu ni nak kacau aku ya. Sekejap! Kenapa aku ada dengar suara bos menjerit?

Sedar tak sedar aku ternampak bos dah tertiarap kat atas lantai.

"Bos buat apa kat bawah tu?" Jeritku. Tadi bukan ada hantu ke yang nak kacau aku?

Jangan kata...

"Pandai betul awak bagi flying kiss kat saya ya?" Ujar Shaqif. Wajahnya berkerut. Jelas menunjukkan dia sedang kesakitan.

"Flying kiss?" Sebutku. Masa bila pulak aku bagi flying kiss kat bos. Rasanya tadi aku ada buat flying kick. Jangan kata lagi...

"Bos ke hantu tadi?!" Aku menekup mulutku. Terkejut bukan pailang lagi. Macam mana boleh bos jadi hantu tadi?

"Hantu? Mana datang hantunya? Dari tadi saya duduk kat dalam bilik air tu. Tak ada hantu pun. Aduh...sakitnya." jelas Shaqif sambil dia mengurut perutnya yang kesakitan tu.

"Jadi...yang saya tendang tadi tu bos lah?" Tanyaku. Jangan bilang iya.

Shaqif mengangguk perlahan.

Omo!

Apa aku buat ni?!

-

Kepalaku tertunduk.

Malunya nak pandang muka bos selepas apa yang aku dah buat tadi. Dosa besar kot. Macam manalah aku boleh sangka yang bos tu hantu? Bila fikir balik macam tak logik je. Luar dek akal.

Shaqif masih mengurut-ngurut perutnya. Bos ni sengaja je nak bagi aku rasa bersalah.

"Bos..." panggilku. Perlahan.

"Abang." Katanya.

Aduh...awok tak bise lagi nak panggil laki awok ni abang.

Ehem!

"A...bang." panggilku lagi.

"Ya sayang. Nak apa sayang?" Sahut Shaqif. Laju.

Tiba-tiba rasa geli.

"Err...sakit lagi ke?" Tanyaku lagi. Berdebar pulak hati ni.

Shaqif memandangku dengan mula kasihan. Muka minta gula-gula. Lemah aku dibuatnya! Kenapa bos ni hensem sangat!

"Mestilah sakit. Ganas jugak flying kiss sayang ya? Hihi..." sengihnya.

Mukaku merah. Ganas? Memang ganas pun...

"Abang...elok-eloklah. Sakit ke tak?" Tanyaku lagi. Bos ni main ayat sindiran pulak.

"Sakit sikit je ni. Setakat kena flying kiss benda kecik je. Boleh handle lagi." Beritahunya.

Aku rasa bersalah. Kenapa aku jahat sangat ni? Kaki ni pun satu. Suka sangat sepak orang.

Aku mendekati bos. Aku mengeluarkan minyak Yuyee Cap Limau dari poketku. Aku terus menghulurnya kepada bos.

"Ambil ni. Kalau sapu nanti mungkin boleh kurang sikit rasa sakitnya." Ujarku.

Shaqif tersenyum lebar. Tiba-tiba dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Aku tersentak.

Tiba-tiba hinggap satu ciuman hangat darinya pada dahiku. Aku terkaku. Terdiam seribu bahasa.

Aku memandang wajah bos lagi. Dia memberi senyuman yang paling indah sekali. Aku terdiam sekali lagi.

"Terima kasih isteriku..." ucapnya.

Aku cair!

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now