Kisah Lama 2

8.4K 273 0
                                        

Shaqif mengemas barangnya. Dia memasukkan baju-baju yang dilipat ke dalam bagasinya. Jam tangan yang terikat kemas dikerlingnya. Masih sempat lagi untuk dia mengejar penerbangan ke Bali.

"U tengah buat apa? I rindulah kat U. Kita jumpa malam ni nak?"

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Shaqif tidak percaya. Dia tidak percaya isteri yang baru dikahwini seminggu lalu berlaku curang dengannya.

Dan satu perkara lagi. Arisa tidak pernah menggunakan panggilan I dan U ketika bercakap dengannya.

Shaqif mencengkam stereng kereta. Dia memandu keretanya dengan kelajuan yang tinggi. Hatinya sebak. Dia harus berjumpa dengan Arisa sekarang ini juga. Dia mahu meminta penjelasan dari Arisa tentang apa yang sudah terjadi.

"Risa, malam ni U temankan I pergi dinner boleh? Kesianlah kat I sebab I makan sorang-sorang." Ujar Jimie sambil memeluk tubuh Arisa. Bukan ada sesiapa pun di taman itu. Arisa tersenyum gembira berada di dalam dakapan Jimie. Kekasih gelapnya.

"Ya Allah..." Shaqif pasrah. Selama ini dia cuba bersangka baik terhadap isterinya itu kerana dia betul-betul cintakan Arisa. Tetapi...semuanya hanyalah sementara. Kasih sayang Arisa terhadapnya tidak lama.

"Awak?" Arisa terkejut. Dia terkejut dengan kehadiran suaminya di taman itu. Sungguh. Baginya pada waktu itu bukanlah masa yang sesuai untuk Shaqif mengetahui segalanya.

"Beritahu saya apa yang saya nampak ni semuanya adalah tipu." Shaqif masih tidak mahu menerima kenyataan. Arisa menunduk wajahnya. Setitis air jernih mula jatuh di pipinya.

"Sa...saya minta maaf." Pinta Arisa perlahan. Shaqif geram. Bukan itu yang dia mahukan. Dia terlalu percayakan Arisa selama ini sehingga dia sanggup melepaskan Arisa ke Bali seorang diri kerana dia tahu isterinya itu tidak akan mengkhianatinya.

"Kenapa awak buat semua ni?!" Jerit Shaqif. Amarahnya sudah tidak boleh dikawal. Arisa terkejut. Belum pernah dia melihat Shaqif naik angin.

"Sa...saya minta maaf." Pinta Arisa sekali lagi dengan air mata laju bercucuran. Shaqif menggeleng kepalanya. Dia meraup wajahnya.

"Kau ikut aku balik sekarang." Suara Shaqif kedengaran mendatar. Wajahnya juga tegang. Dia menarik tangan Arisa.

Jimir terkejut. Dia segera menahan Shaqif daripada membawa Arisa pergi.

"Rileks bro. Dia tu perempuan. Janganlah kasar sangat." Ujarnya tenang. Shaqif tersentak apabila mendengar suara lelaki itu. Hidup lagi rupanya. Shaqif memaling ke belakang.

"Kau jangan nak sibuk. Ini antara aku dan isteri aku." Balas Shaqif dingin. Jimie melontarkan senyuman sinis kepadanya.

"Kau tahu kenapa Risa datang dekat aku? Sebab kau tak mampu nak bagi kemewahan. Dengan aku, Risa boleh dapat macam-macam selain cinta aku. Kau pulak. Mintak modal kat syarikat bapak aku." Ujar Jimie selamba. Dia menarik Arisa kepadanya. Shaqif terkejut.

"Apa maksud kau?" Shaqif menahan kemarahannya. Buku limanya sudah tergenggam kemas.

"Maksud aku kau tu tak ada apa-apa. Syarikat kau tu pun belum tentu lagi ada masa depan. Kartun dan game? Kau jangan buat lawaklah. Siapa nak labur kat syarikat macam tu." Jimie meletuskan tawanya sambil mengutuk diri Shaqif yang pada zahirnya memang tiada apa-apa.

"Kau jangan merepek. Arisa ikut aku balik sekarang!" Shaqif mula meninggikan suaranya. Dia menarik Arisa ke keretanya.

"Saya tak nak balik! Lepaskan saya!" Arisa meronta-ronta untuk dilepaskan. Shaqif terkejut dengan tindakan Arisa itu. Kenapa dengan tiba-tibanya Arisa berubah? Setahunya Arisa bukanlah perempuan yang gilakan harta. Kini, perempuan itu lebih pentingkan lelaki yang berharta berbanding dirinya yang tiada apa-apa.

Shaqif tidak kira. Dia menarik juga Arisa ke keretanya. Jimie segera menumbuk pipi Shaqif yang mengasari Arisa. Arisa terkejut. Walau apapun yang terjadi Shaqif tetap menarik Arisa ke kereta biarpun dia ditumbuk berkali-kali oleh Jimie.

"Awak dah gila ke?!" Arisa menengking Shaqif yang sedang memandu itu. Hujan pula sedang lebat diluar sana.

"Kau diam!"

Arisa terdiam. Nafas Shaqif tercungap-cungap. Otaknya bercelaru memikirkan jalan penyelesaian.

"Kau suka sangat dengan harta tapi kenapa kau kahwin dengan aku? Atau kau sengaja nak sakitkan hati aku?" Tiada lagi gelaran saya dan awak yang digunakan oleh Shaqif. Hatinya sudah terluka teruk.

Pin!!!!!!

..............

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang