Allahu akbar.....
Shaqif mula menadah tangannya. Bersedia untuk membaca doa berbuka puasa. Aku juga turut menadahkan tanganku. Aku melihat Hafiz.
Amboi...air liur dah meleleh!
"Sedapnya..." omel Hafiz sambil menjeling juadah berbuka puasa yang berada dihadapannya. Ayam bakar ada, tomyam campur ada, kuih muih pun ada. Yang tak boleh blahnya aiskrim kek pun ada! Murah rezeki Aqil sebab bagi kitorang aiskrim kek ni. Seronoklah si Hafiz tu.
Amiin...
Selepas membaca doa kami bertiga pun mula menjamu selera. Hari ni aku tak masak. Aku dan bos beli kat bazar je. Tiba-tiba hari ni tak ada mood nak masak. Sebab menyampah dengan orang tu.
Siapa?
Rahsia....Shaqif mengambil kuih seri muka itu lalu diletakkan ke dalam pingganku. Aku hanya berdiam diri. Malas nak layan.
"Makanlah kuih ni sikit sayang. Dari tadi asyik ngunyap buah kurma je." Panggil Shaqif. Aku tidak mengendahkannya. Hafiz pula masih dalam dunianya.
Kuih badak berendam yang berada di depan matanya ditenung tajam oleh Hafiz. Tekaknya terliur. Dia menunggu masa yang sesuai untuk menerkam badak hijau yang sedang berendam dalam kuah santan itu.
Grrr....
"Nyap!" Hafiz mengunyah badak berendam itu dengan rakusnya. Sementara itu....ada drama Bollywood pulak kat meja tu.
"Makanlah sayang." Arah Shaqif. Dengan nada manja. Aku mencebik muka.
"Tak mau." Balasku.
"Makanlah..." sambung Shaqif lagi. Dia cuba menyuap aku dengan kuih seri muka itu. Tapi tidak berjaya.
"Tak mau." Jawapan yang sama diberikan kepada aku. Aku kata tak nak maka tak naklah. Yang bos ni nak memaksa dah kenapa?
Akhirnya Shaqif mengalah. Dia hanya melihat Mika berbuka dengan buah kurma dan jus epal madu sahaja.
Poor my wife...
Desisnya. Kesian!Selepas berbuka dan solat maghrib, aku segera menuju ke bilik tidur. Tiba-tiba je kepala ni berdenyut-denyut. Aku terbaring mengiring di atas katil sambil memejam mata.
"Sakitnya..." aduku.
Shaqif menghampiriku. Dia melabuhkan punggungnya disebelahku. Aku hanya berpura-pura tidur. Malas nak layan bos.
Shaqif hanya mendiamkan dirinya. Dia langsung tidak berkata-kata.
"Berapa lama aku nak pura-pura tidur ni?"bisik hatiku. Dahlah kepala tengah berdenyut ni. Sakit...
Huh...
Aku terdengar keluhan Shaqif. Bos dah give up ke?
Petang tadi...
"Plan apa yang dah terbatal ni?" Aku bertanya sekali lagi. Yalah, walaupun aku dah tahu yang diorang berdua tu tengah plan sesuatu tapi aku nak tahu jugak plan apa tu." Getusku.
Shaqif dan Joey terdiam. Masing-masing menundukkan kepala. Ada buat salah ke?
Joey menyiku pinggang Shaqif. Shaqif terkejut.
"Kau ni kenapa?" Bisik Shaqif.
"Bagitahulah kat dia. Dia tu bini kau." Bisik Joey pula.
"Tak mau. I scared!" Bisik Shaqif lagi.
"Kau ni kadang-kadang buat aku keliru jugak." Tambah Joey. Mereka berdua masih dalam mode berbisik.
"Apa yang kau keliru pulak?" Tanya Shaqif. Juga sedang berbisik.
"Kau ni laki ke perempuan?"tanya Joey. Shaqif tercengang.
"Soalan apa tu?" Marah Shaqif.Ehem!!!
Aku berdehem. Mana taknya dari tadi berbisik je dua jembalang ni. Aku tanya tak ada siapa pun nak jawab. Humph!
Aku mencekak pinggang. Rasa nak telan je dua jembalang ni.
Shaqif dan Joey terdiam. Mereka memandang aku dengan wajah takut.
"Siapa nak cakap dulu?" Aku memandang tajam mereka berdua.
Gulp!
Joey menolak Shaqif ke depan. Shaqif terkejut beruk.
"Err..." Shaqif terketar. Dia memandang isterinya iaitu aku. Dengan muka simpati!
"Cepatlah cakap." Tekanku. Dingin. Shaqif tersengih.
Aku tengah marah dia boleh tersengih pulak?! Nak kena bos ni...
"Ooh...plan tu. Erm...Joey yang cadang! Dia suruh abang jangan layan Mika! Pastu nak buat Mika jeles dengan abang. Pastu..."
"Woi! Tuduh aku pulak! Kau pun bersubahat." Teriak Joey. Mujur kitorang kat dalam pejabat bos. Kalau tak...
"Betullah. Joey yang suruh jangan layan Mika." Sambung Shaqif nak menang.
"Amboi...siapa yang suruh aku cari idea dulu? Siapa? Hah?" Tanya Joey dengan mata menjegil ke arah Shaqif.
"Mana ada. Kita tak bersalah tau. Sampai hati tuduh kita." Rajuk Shaqif. Pulak dah!
Shaqif dan Joey bertekak sepanjang masa itu sampaikan aku dah tak tahan.
"Enough girls!!!!" Jeritku. Sekuat hati!
Shaqif dan Joey terkaku. Mereka terkaku macam patung.
"Why 'girls'?" Tanya Joey. Pelik.
"Sebab korang gaduh macam perempuan. Tekak sana tekak sini. Rimaslah!" Menyampahnya dengan dua jejaka ni!
Aku menyilang tangan.
Tiba-tiba Shaqif tersengih. Diikuti dengan tawa kecil Joey. Akhirnya semakin kuat tawa mereka berdua kedengaran.
"Hahahah!" Tawanya.
Aku menggeleng kepala. Macam macam bos aku dan manager aku ni. Biarpun bergaduh tetapi tidak lama. Selepas itu mereka terus berbaik semula.
"Sorry, bos." Pinta Joey. Dengan senyuman lebar.
"Sorry jugak, bro. Hihi!" Tawa Shaqif.Aku pun turut tersenyum. Jeles pulak aku dengan keakraban bos dan manager Joey. Happy je setiap masa. Kan best aku pun macam tu jugak.
"Mika!" Panggil Joey. Aku segera menyahutnya. "Ya?"
"Jom wefie !" Ajak Shaqif.
Masa bila pulak bos dah ready dengan kamera ni?
Kcak!
Waktu itu merupakan momen terindah buat aku. Tetapi...
Tidak lama kemudian...
Aku mencebik muka.
"Mika nak murtabak." Pintaku. Shaqif menggeleng. "No. I tak makan murtabak." Katanya. Fine aku mengalah.
5 minit kemudian...
"Abang! Cantiknya agar-agar tu. Macam rainbow. Mika nak belilah." Pintaku lagi.
Shaqif menggeleng.
"Tu pun abang tak makan."
"What?! Itu ini tak boleh. Semua tak makan. Gediklah bos ni. Aku nak jugak agar-agar dan murtabak tu! Huwargh!!!!
*menggedik jap.Itulah puncanya kenapa aku tarik muka dengan bos bila sampai kat rumah. Malas nak layan bos. Dah lama aku teringin nak murtabak. Akhirnya tal dapat jugak. Mengidam kot!!!
#suamikusengal
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomansaDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif