Aku memegang sehelai kertas. Kertas yang perlu diisi segera. Aku memandang wajah bos. Bos juga turut memandangku. Aku menarik nafas panjang...
"Bos ni borang untuk...untuk..." aku tergagap. Entah kenapa tiba-tiba je aku terasa segan semacam nak bagi kertas borang ni kat bos.
Kening Shaqif terangkat.
"Borang apa, sayang?" Tanya Shaqif selamba. Aku menggaru kepala. Erm...sayang?!
"Sebenarnya saya nak bagi bos borang untuk kursus kahwin minggu depan." Ujarku laju. Bila dengar je perkataan 'sayang' tu hilang pulak rasa malu ni. Mungkin sebab menyampah sangat kot dekat bos ni. Panggil aku Mika cukuplah! Kita bukannya orang yang tengah hangat bercinta.
Tetapi...kenapa aku tak mampu nak cakap semua tu dekat bos?! Alih-alih marah dalam hati je. Mana perginya keyakinan kau yang tinggi bak gunung Kilimanjaro ni? Hah? Mana dia?!
"Mika, kenapa ni? Muka berkerut seribu. Takut abang tak boleh pergi kursus kahwin ya..." Shaqif tersengih. Dari tadi dia asyik memerhatikan Mika yang berada di hadapannya. Comel jugak Mika si the cat.
"Mana ada muka saya berkerut." Balasku. Baik aku pergi dari sini sebelum bos aku yang tak berapa nak betul ni merepek lagi. Nanti macam-macam nama aku dapat.
"Mika nak pergi mana tu? Why so soon? I don't get to see ur beauty yet." Ujarnya dalam nada romantik.
Eeh???!!!
Jin mana dah rasuk bos aku ni?! Jin Notti ke? Tiba-tiba nak bersweet pulak. Sah bos aku ni miang.
Aku segera mendekati pintu. Tombol pintu dipulas. Lagak aku macam orang yang larikan diri dari penjahat. Atau kata lain...si miang.
Shaqif memanggil nama aku berkali-kali tapi aku tidak mengendahkannya.
Maaf bos. Kali ni je saya tak dengar cakap bos. Bisik hatiku.
"Mika! Sayang! My baby! My sunshine! Sweetheart! Apple of my eye. Amboi, boleh buat lirik ni." Panggil Shaqif. Sedar-sedar Mika sudah pun tiada.
-
Pintu kereta dibuka. Lalu enjin kereta dihidupkan. Shaqif melayan telefon pintarnya dahulu sebelum bertolak untuk makan tengah hari. Dia menelefon anak angkatnya itu.
"Hafiz, ayah on the way nak ambil kamu ni. Kita pergi makan shellout nak?" Tanya Shaqif di telefon. "Mestilah nak!!!" Teriak Hafiz sehingga gegendang Shaqif hampir nak pecah. "Woi, woi. Slow sikit suara tu. Karang pekak telinga ayah ni siapa nak tanggungjawab. Ayah tak kahwin lagi ni." Seloroh Shaqif. Kedengaran bunyi tsk! di telefon. Amboi, budak kecik ni?!
Selepas bercakap dengan Hafiz telefon Shaqif pun mula fokus kepada pemanduan keretanya. Dia membetulkan cermin belakang yang sudah senget itu. Anak jembalang mana pulak yang pergi sengetkan cermin kereta aku ni?
Tuk! Tuk!
Tiba-tiba cermin kereta Shaqif diketuk. Shaqif terkejut. Dia segera melihat ke luar.
Arissa?
Cermin kereta diturunkan.
"Kau nak apa?" Tanya Shaqif dingin. Arissa menarik nafas panjang. "Shaqif, tolong saya." Pinta Arissa. Kening Shaqif berkerut. Tolong apa?
"Tolong kembali kepada saya." Sambung Arissa. Suaranya sayu. Dia kelihatan begitu ikhlas untuk kembali ke pangkuan Shaqif.
"Apa kau merepek ni?" Tanya Shaqif. Arissa menanggalkan kaca mata hitamnya sehingga menampakkan kesan lebam di mata kirinya. Shaqif terkejut.
"Please, Shaqif." Rayu Arissa. "Siapa yang buat kau jadi macam ni?" Tanya Shaqif risau. Dia terus keluar dari perut keretanya. Dia mendekati Arissa.
"Tell me Arissa. Who did this to you? Jimie?" Tanya Shaqif. Dia risau melihat keadaan Arissa yang parah itu. Bukan hanya kesan lebam di mata malah di tangan, kaki dan leher Arissa. Semuanya lebam.
Arissa diam. Dia tidak mahu menyebut nama lelaki durjana yang memperlakunya seperti binatang.
"I'm hurt, Shaqif." Tangis Arissa. Dia merasakan semua ini balasan untuk dirinya selepas dia telah menyakitkan hati Shaqif dahulu. Shaqif risau. Dia memegang bahu Arissa.
"Betul ke Jimie yang buat semua ni pada kau? Jawab Arissa!" Tanya Shaqif lagi. Kali ini kemarahannya tidak dapat dibendung.
"Memang aku yang buat. Kau nak buat apa dekat aku? Nak tumbuk? Terajang? Aku ada haklah. Arissa tu isteri aku! Kau tu dah tak ada apa-apa dengan dia! Jangan sibuk boleh tak?!" Jerit Jimie yang tiba-tiba memunculkan diri. Shaqif dan Arissa terkejut.
"Jadi kaulah bangsat yang buat Arissa jadi macam ni?" Shaqif mengenggam tangannya. Bila-bila masa sahaja dia akan melayangkan tumbukannya.
Jimie ketawa.
"Bangsat? Yes! Akulah bangsat tu. Kau tahu sebab apa? Sebab kaulah Arissa nak lari dari aku. Sebab dia nak kejar balik cinta budak-budak korang tu. Hahaha!" Jimie sudah hilang akal.
"Tak guna..." bisik Shaqif.
Bbuk!
Jimie terjatuh. Dia terjatuh selepas Shaqif melayangkan tumbukan keramatnya tepat pada muka Jimie.
"Kau jangan kacau Arissa lagi! Dia tak berhak dilayan macam binatang. Kau pukul dia, kau maki dia, sepatutnya kau yang yang kena pukul dan maki!" Marah Shaqif. Wajahnya merah akibat menahan marah.
Jimie tertawa. Dia sudah hilang akal.
Shaqif memegang tangan Arissa lalu beredar dari situ. Dia geram dengan Jimie yang tidak berguna itu. Tiba-tiba...
"Mika?"
"Bos..."
#suamikusengal
ANDA SEDANG MEMBACA
Suamiku Sengal?!
RomansaDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif
