Bos Aku#1

8.8K 311 5
                                    

Aku menyusun fail yang berselerak di atas meja aku. Hari ni saja aku kena teman bos aku lunch dengan klien lepastu petang ada meeting pulak untuk pelancaran game edisi terbaru. Nampaknya aku tak menang tangan hari ni.

Dari jauh lagi aku dah nampak bos aku yang sengal tu dekat pintu masuk. Haish...sempat lagi mengurat pekerja.

Shaqif memandangku.

"Mika!" Panggilnya dengan nada gembira. Mood baik nampak.

"Bos mood baik hari ni?" Tegurku di pagi hari yang cerah ini. Shaqif tersenyum meleret.
"Well baby, what can I say. Mika cantik hari ni dengan baju pink slow dan tudung lilit ni." Ujarnya sambil mengenyit mata. Itu satu pujian ke?

"Bos, ini minit mesyuarat untuk meeting semalam punya." Aku memberinya sebuah fail yang berketebalan 3 inci itu.

"Mika...minit mesyuarat ni aeak lempar je kat Joey. Bukan stail saya nak check minit mesyuarat ni." Balasnya dengan senyuman lebar. Dia memandang tepat ke arahku. Hish...rasa menyampah pun ada dengan bos aku ni.

"Erm...kalau macam tu saya mintak diri dulu." Pintaku. "Eh? Nak pergi mana?" Seloroh Shaqif. "La...tadikan bos jugak yang suruh saya campak fail ni kat manager Joey. Saya nak pergi campaklah ni." Jelasku. Dahinya berkerut.

"Jangan campak betul-betul." Bisiknya. Takut manager Joey dengar ke encik bos. Sayangkan senior dia lah tu.

Aku tersenyum sinis.

"Gosip apa tu sampai berbisik hah?" Celah Joey tiba-tiba. Aku terkejut tetapi si Shaqif ni lagi terkejut!

Pamp!

Sudah jatuh bergolek bos aku. Tulah...kerusi aku mana boleh main pusing-pusing macam kerusi mahal dia tu. Kan dah jatuh.

"Abang Joey!" Sebut Shaqif kemudian dia memeluk seniornya itu.

"Kau ada kutuk aku ek?" Duga Joey. Mataku terbeliak. Mulut Shaqif terlopong! Matilanak...

"Hihi...mana ada." Shaqif cuba untuk mengelak. Dia mengusap bahu Joey beberapa kali. Banyak ke habuknya.

"Macamlah aku tak kenal kau Shaqif. 8 tahun aku kenal kau. 3 tahun kat kolej lepas tu aku kerja kat syarikat kau ni dah 5 tahun. Mustahil kalau aku tak kenal perangai kau." Bebel Joey panjang lebar. Shaqif tersenyum sinis.

"Manager Joey. Ni minit mesyuarat meeting semalam." Aku memberi Joey fail yang setebal 3 inci itu.

"Thanks. Memang aku datang sini nak ambil fail ni tapi bila tengok muka mamat ni...langsung lupa!" Seloroh Joey. Dia mengusap rambut Shaqif sehingga kusut.

"Jangan!!!"

Hish...dua orang tua bangka ni. Buat show smackdown pulak kat sini. Dekat meja aku pulak tu.

"Aku blah dulu. Kalau aku layan mamat sengal ni sampai ke sudah kerja aku tak siap." Tambah Joey sebelum beredar.

"Babai..." bos aku pulak. Terlambai-lambai macam budak kecik.

Tiba-tiba pandangannya dikalih ke aku semula. Aku mengangkat kening.

"Buat abang latte kelapa. Macam dalam iklan nescafe tu. Okey?" Arahnya. Tak lupa juga dia mengenyit matanya.

Aku menepuk dahi.

Kejap? Latte kelapa?! Mana nak cari ni?!!!

"Lalala... lama betul baby Mika ni bancuh air?" Ujar Shaqif seorang diri. Dia meletakkan majalah 'mangga' ke tepi dan berjalan keluar.

"Air dah masak. Lepas tu tuang je sepaket latte kelapa nescafe ni. Then siap." Bebelku sendirian. Aku mencari mug hitam yang disorok oleh aku. Bos kata mug tu orang lain tak boleh guna. Jadi aku kena sorok kat tempat yang orang lain takkan nampak.

Masalahnya...mana pergi mug tu?!

Aku menyelongkar semua almari. Akhirnya aku jumpa mug tu di kawasan yang paling tinggi sekali. Jem....

Masa bila pulak aku sorok mug bos kat situ? Desisku.

Aku ni dahlah kemetot. Macam mana nak ambil mug tu?

Aku mengambil kerusi lalu memanjatnya. Tangan aku sikit lagi nak sentuh mug tu.

"Sikit je lagi..." teranku.

"Baby Mika! Turun sekarang!" Jerit Shaqif tiba-tiba. Aku terkejut. Tidak semena-mena kakiku terseliuh dan...

Bbuk!

"Adoi..." rengekku. Tak guna bos ni. Bukan nak sambut aku macam dalam drama Korea tu. Boleh lagi dia gelakkan aku?!

"Mika, Mika. Kalau dah pendek tak payah panjat kerusi bagai. Panggil je abang. Abang boleh tolong ambilkan..." selorohnya lagi sambil tangannya yang panjang tu mencapai mug hitamnya.

Jangan gelar diri tu abang boleh tak? Awak tu bos.

Aku bingkas bangun. Habuk pada pakaian dikuis-kuis.

"Saya tak pendeklah. Bos tu yang tinggi." Bentakku. Paling tak suka kalau orang cakap aku ni pendek.

Sebab waktu kat sekolah dulu asyik kena kutuk kemetot.

Shaqif tergelak.

"Mika, Mika...makin comel!" Pujinya sambil tersenyum meleret.

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now