Sampai Hati...

8.3K 243 3
                                    

Hari baru dimulakan dengan azam yang baru. Aku menghirup udara segar dipagi hari yang sungguh nyaman ini. Aku melihat ke langit yang sungguh membiru lalu melenyapkan segala kedukaan dalam jiwa ini. Jiwa yang tidak...

Trut...trut...

Aduh! Siapa pulak call ni? Aku baru nak bersastera kejap. Bukan selalu ayat madah cinta ni melekap kat kepala otak aku.

Aku mengeluh. Aku melihat skrin telefon.

Bos telefon? Awal pagi ni? Kenapa? Tak pernah-pernah bos telefon aku waktu macam ni.

Aku segera menjawab panggilan itu.

"Hello, bos. Ada apa call saya?" Tanyaku.
"Mika! Where's my pen?!" Teriak Shaqif.

Opocot!!!

Bos ni dah kenapa tiba-tiba menjerit? Spoil mood aku pagi ni. Humph!

"Pen apa pulak bos?" Tanyaku pula. Pen apa yang bos cakapkan ni.

"Mana pen saya yang awak janji nak cari tu? Saya dah lama tunggu nak pakai pen tu." Marah Shaqif. Aku tersentak. Jangan kata....pen yang patah tu!!!

Oh man ...
Masak aku!

"Err...nanti saya cari kat office. Sebab saya dekat rumah lagi bos." Beritahuku. Kedengaran suara mendengus ditelefon. Bos marah sangat ke?

"I want it in one hour! Understand?!" Jerit Shaqif lalu mematikan panggilan tersebut.
"Bos! Bos!" Aku memanggil bos berkali. "Bos dah tutup telefon? Apakah?" Aku ternganga.

Tak pernah bos aku meroyan sampai macam ni sekali hanya disebabkan sebatang pen. Bos dah hilang akal ke?!

Aku buntu. Aku bergegas ke pejabat dengan merempit skuterku. Kelajuan maksimum digunakan untuk ke pejabat dengan segera. Pejabat! I'm comiiiinggg....

Aku melihat jam. Tinggal lagi 20 minit. Macam mana aku nak cantumkan pen tu nanti. Dahlah terpatah dua. Mustahil pen tu ada jual kat kedai lain.

Setelah keluar dari lif aku berlari sepantas kilat ke meja kerjaku. Laci paling bawah dibuka lalu aku mengeluarkan pen bos yang patah itu. Aku kelam kabut. Mana pergi gam UHU ni?!!!!!

"Apalah yang Mika buat tu?" Bisik Shaqif di dalam pejabatnya. Dia tertawa melihat Mika yang sedang kelam kabut selepas digertak olehnya.

"Comelnya dia..." bisik Shaqif lagi.

Meja aku berselerak dengan pen bertaburan di atas meja. Semuanya semata-mata nak cari gam UHU! Akhirnya aku menjumpai gam gajah di celah-celah fail. Nantak pi gam UHU tu! Siapa suruh tak muncul-muncul. Stress aku dibuatnya.

"5 minit more, Mika!" Jerit Shaqif dari dalam pejabatnya. Setelah mendengar suara puaka itu aku bertambah kelam kabut.

Tanganku terketar-ketar saat nak meletakkan gam gajah itu diantara dua bahagian pen yang patah itu. Mudah-mudahan tercantum dan tak patah lagi.

......

"Mana pen saya?" Tanya Shaqif dingin. Dia melemparkan pandangan maut kepada aku.

Gulp!

Badanku terketar-ketar. Aku mengeluarkan pen tadi dari poket. Aku menggenggam bahagian tengah pen itu supaya kesan patah itu tidak dapat dilihat oleh bos.

Eleh...nanti bos kau nampak jugak kesan patah tu.

"Ni...ni dia bos." Ujarku perlahan-lahan. Shaqif menghulurkan tangannya.

Kenapa tangan aku taknak lepas pen ni? Hei! Blah cepat dari tangan aku pen!

Mata Shaqif membulat. Kenapa Mika tidak memberinya pen itu?

"Give it to me, Mika." Tekan Shaqif.

Oh tuhan....selamatkan daku!

Tangan Shaqif merampas pen itu dari tanganku. Aku terkejut. Terkejut beruk der!

"Pen fevret aku! Kemana kau menghilang selama ni?" Rengek Shaqif. Dia menggesel-gesel pen itu pada pipinya. Dia melayan pen itu seperti haiwan peliharaan!

"Rindunya aku kat kau..." rengek Shaqif lagi. Aku lega. Bos tak perasan kesan patah tu! Yeah!!!

Krak!

Shaqif terdiam.

Tidakkkkkkkkkkkkkkkk

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now