Dugaan Hari Pertama

10K 375 7
                                    

Aku mengasingkan fail-fail kerja yang penting mengikut abjad. Selepas itu aku menyusun ke semua majalah hiburan ke atas meja tetamu. Sepatutnya tetamu yang baca majalah ni sementara nak tunggu jumpa bos. Ini tak. Bos aku pulak yang rajin ngadap majalah. Pelik sungguh.

Aku melihat mejanya. Wah...dah bersih kemas. Habuk sikit pun tak ada. Hahaha! Inilah dia hasil kerjaku yang agung.

Tiba-tiba aku terpandang satu papan nama yang terletak betul-betul di hadapan dan ditengah meja kerjanya itu.

"Muhammad...Shaqif." sebutku perlahan. Ooo...jadi inilah nama bos baru aku. Aku terangguk sendirian di dalam pejabatnya itu.

Kcak!

Aku memandang ke arah pintu. Mai dah bos aku...

Dia berlari keanak-anakan sambil mendekatiku. Memang sengal bos aku ni. Keluhku.

"Mika! Cepat betul awak buat kerja ya? Bagus sangat. Ni yang buat saya sayang ni." Ujarnya sambil mengenyit mata.

Apakah?

Aku mencebik muka. Kenapalah aku dapat bos macam ni? Kadang-kadang sengal kadang-kadang gatai!

Dia mula duduk di kerusi pusingnya. Siap main pusing lagi. Eleh, ingat orang akan jeles ke? Aku berdiri di hadapannya sambil memandang bos baru aku ni.

Dia mengusap-usap pipinya sambil memandangku juga. Aku berasa pelik. Dia berdehem.

"Ehem!" Matanya meliar memandangku dari atas hingga ke bawah.

"Bos pandang apa tu?!" Aku terjerit. Ops!

Kelihatannya bos aku terkejut. Mungkin sebab aku tiba-tiba jerit tak? Dia mengangkat keningnya.

"Awak ada masalah ke? Baby Mika." Tanyanya. Baby Mika lagi. Hish...aku tak sukalah dipanggil macam tu. Stop boleh?

Aku menarik nafas panjang.

"Saya tak suka cara bos pandang saya tadi. And one more, please don't call me Baby Mika. Saya...gelilah." jujurku. Kalau aku tak cakap sekarang mesti dia akan buat selalu punyalah. Tak pasal-pasal nama aku tertukar jadi Baby Mika pulak. My name is Nik Shamika okey?

Bos aku terdiam.
Terasa ke?

"Hahaha!" Tawanya. Aku pulak yang rasa seram. Bos aku ni betul ke tak? Tiba-tiba je gelak macam saintis gila.

Tawanya terhenti. Penat ke?

"Okey, habis tu awak nak saya panggil awak apa?" Tanyanya lagi sambil memuncungkan bibirnya. Hish...jangan buat benda peliklah.

"Panggil saya cik Nik." Bos aku terdiam.

"Tak mau. Tak sedap. Nama lain?" Tanyanya sekali lagi. Aku menepuk dahi. Tak sedap pulakkk

"Okey, cik Sha." Rekomenku.
Dia menggeleng kepala. "Cik Sha dah ada. Dia PA Joey. Nama lain takkan tak ada. Nama Baby Mika sedap apa?" Katanya. Hish...dia ni nak panggil aku baby Mika jugak. Aku mengeluh.

"Mika? Buang perkataan baby tu." Cadangku. Dengan orang yang baru aku kenal aku tak biasa jika mereka memanggil aku dengan nama Mika. Hanya family aku saja yang memanggil aku dengan nama tu.

"Ok!" Balasnya laju. Sambil memetik jari. Aku terkejut.

"Okey, Mika. Sekarang saya nak awak buatkan saya kopi kapucino. Jangan lupa kurang manis ya? Nanti kaki saya kena potong kesian awak pulak kena dukung saya setiap hari. Hihihi..." tawanya sambil menutup mulut.

Aku tercengang.

Makin menjadi-jadi miangnya!

"Yes my boss." Akurku.

Aku berjalan ke pintu untuk membancuh kopi kapucino yang dimintak oleh tuan besar. Banyak songeh betul.

Sebelum keluar aku sempat memandang ke belakang.

"Jalan elok-elok Mika." Katanya lembut sambil tersenyum herot.

Hish! Sabar jelah.

*bergegas keluar sebab menyampah dengan bos yang asyik buat muka comel tu.

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now