Makin lama makin menyampah pulak aku tengok kerenah bos ni. Aku baru kasi minyak Yuyee sekarang ni makin melarat pulak penyakit mental dia ni!
"Sayang, tolong sapukan boleh? Tangan abang lenguhlah." Rengek Shaqif.
Aku menjeling. Mana taknya tangan awak tu lenguh kalau dari tadi asyik usap je perut tu. Nasib baik aku ni jenis yang bertanggungjawab. Kalau tak...dah lama aku biar bos mengerang kesakitan kat situ.
"Auch! Lembutlah sikit sayang." Bisik Shaqif ditelingaku.
Ek eleh. Mentang-mentanglah kedudukan kitorang sekarang ni sangat dekat suka hati je dia nak 'merapatkan lagi silaturahim'. Padahal gatal!
Aku menjeling bos lagi. Bos tersengih. Dah macam kerang busuk aku tengok. Menyampah pun ada.
Tiba-tiba terlintas sesuatu difikiranku. Inilah masanya untuk aku berbincang dengan bos. Sekarang ni juga!
"Abang." Panggilku. Tiba-tiba aku terdengar suara Shaqif ketawa. Dah kenapa?! Sewel ke?
"Yes! Akhirnya tak perlu saya ingatkan awak lagi. Awak dah pandai panggil saya abang. Hihi..." tawanya.
Hish! Bos ni...buat aku segan silu pulak!
"Saya nak cakap satu benda ni. Penting sangat." Ujarku. Shaqif mengangguk.
"Benda penting? Penting sangat ke?" Tanyanya pula. "A ah. Penting sangat." Balasku laju.
Shaqif terdiam. Kemudian dia merapatkan wajahnya denganku.
"Penting sangat tu...pasal kita ke?" Bisiknya. Aku terkejut. Aku tertelan liur.
"Kalau pasal Arisa tu ada kena mengena tak dengan kita?" Tanyaku pula. Shaqif terkejut. Dahinya berkerut.
"Arisa? Kenapa dengan dia? Dia ada buat hal lagi ke? Ke pasal dia kacau sayang petang tadi?" Tanya Shaqif bertubi-tubi. Jelas kelihatan riak wajahnya yang risau itu. Ternyata Arisa memang pembawa masalah dalam hidupnya. Kini, hidup aku juga.
Aku mengangguk perlahan.
Shaqif mengeluh kasar. Dia membetulkan gaya duduknya lalu dirapatkan sedikit denganku. Amboi...ingat aku tak perasan gatal dia tu? Cubit pinggang tu baru tau!
Dia bermain lagi dengan janggut tiga helainya tu. Tangan kanannya tiba-tiba pula diletakkan atas bahuku. Amboi...dia buat scene yang selalu orang buat kat wayang tu. Nasib baik kau ni laki aku. Kalau bukan dah lama perut tu bertebuk. Bukan sakit je. Bertebuk terus!
"Arisa cakap apa dekat awak tadi?" Tanya Shaqif. Dia memandangku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Dia cakap dia nak cari bukti yang kita kahwin sebab nak jeleskan dia. Tapikan bang, betul ke kita kahwin sebab nak jeleskan dia? Mika rasa pelik pulak." Beritahuku. Aku menyilang tangan begitu juga dengan kakiku.
Shaqif tersengih.
"Siapa kata kita kahwin sebab nak jeleskan dia?" Tanya Shaqif sekali lagi. Pulak dah...dia putar-putar ayat pulak.
Aku menggaru kepala. Gatal pulak rasanya bila fikirkan perempuan tu.
"Habis tu?" Aku mengetap bibir.
Shaqif tersenyum lagi.
"Bukan kita kahwin sebab saya sukakan awak dan awak sukakan saya ke? Apa kena mengena Arisa dalam kisah hidup kita ni?" Tutur Shaqif. Perlahan.
Gulp!
Biar betul bos aku ni?!
Aku memandang bos lagi. Keningku terangkat.
"Apa awak cakap ni? Sekarang ni saya nak bincang dengan awak pasal Arisa. Bukan pasal kita." Tambahku.
Wajah Shaqif berubah. Dia menarik tangannya daripada bahuku.
Kenapa ni? Takkan bos marah kot?
"Sekarang ni bagi awak Arisalah yang paling penting daripada diri kita? Fine! Awak nak cakap sangat pasal dia. Okey, start now." Suara Shaqif mula meninggi. Matanya tajam menjelingku.
Aku tertelan liur sekali lagi. Kali ni bos betul-betul marahkan aku.
"Err..." aku terdiam. Aku mati akal. Apa aku nak cakap ni? Hilang terus mood aku nak cakap pasal Arisa.
"Kenapa diam?" Dengus Shaqif. Nampaknya angin bos memang dah datang.
Aku tertunduk.
Aku tak tahu nak teruskan lagi bercakap pasal Arisa ke tidak? Tengoklah sekarang ni angin bos dah lain.
"Maaf bang. Mika bukan nak buat abang marah ke apa. Tapi, kalau kita tak selesaikan hal kita dengan Arisa tu nanti takut-takut dia ada rancangan lain pulak." Jelasku. Aku minta maaf bos. Tidak. Abang...
"Rancangan apa?" Tambah Shaqif. Dia masih tidak mahu memandangku.
"Rancangan nak pisahkan kita?" Dugaku. Kot...
Tiba-tiba Shaqif memandangku. Dia tersenyum lebar.
Aku terkejut. Bos ni dah kenapa buat perangai macam orang gila? Seram!
Lupa pulak aku. Sekarang ni kan bos aku dah tukar title. Title baru dia adalah...suamiku sengal. Tak gitu.
"Rancangan nak pisahkan kita?" Ulang Shaqif. Bos ni dengar ke tak apa aku cakap tadi. Ya! Aku mengangguk.
"Ingatkan dah tak sayang kita tadi. Hihi..." tawa Shaqif kecil.
Omo!
Bos gelak?!
Kejap? Aku cakap apa tadi sampaikan bos tersengih ni?
#suamikusengal
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif