Arissa mengetap bibirnya. Dia mencampakkan putik kapas itu ke atas lantai. Dia merengus.
"Eee...tak guna betul perempuan tu! Apalah yang ada kat minah kampung tu? Sudahlah pendek!" Bebel Arissa di dalam pejabat Shaqif. Dia geram melihat Shaqif rapat dan ambil berat akan diri Mika.
Aku terdiam. Bos sedang melutut dihadapanku. Wajah bos kelihatan muram. Apa agaknya yang difikirkan tu?
"Bos..."
"Saya minta maaf Mika." Celah Shaqif laju. Aku tergamam.
"Maafkan saya. Saya betul-betul tak sengaja tadi. Saya rasa marah sangat sampai lupa segalanya. Maafkan saya Mika?" Shaqif memandang ke dalam mataku. Aku tersentuh.Bos tidak pernah menggelarkan dirinya 'saya' sebelum ini. Aku rasa seperti dihormati dan disayangi. Jantungku berdegup kencang. Aku gugup melihat diri bos yang belum pernah aku kenali. Satu sisi yang amat mengagumkanku.
Aku tersenyum.
"Apa bos cakap ni? Saya okeylah. Tengok luka ni? Sikit je calar. Budak-budak je akan nangis." Ujarku. Untuk melegakan hatinya. Shaqif menggeleng.
"No Mika. I hurted you and that is a sin. I want you to forgive me." Balasnya lembut. Aku tersenyum lagi. Baiknya bos. Hatiku terasa seperti berbunga-bunga.
"Yes mr. Boss. I forgive you." Ucapku dengan senyuman yang lebar. Bos juga turut tersenyum.
Ppang!
Arissa menghempas pintu pejabat lalu berjalan keluar dari syarikat itu dengan perasaan marah yang membuak-buak. Aku dan bos hanya memerhatikan gerak gerinya.
"Mana duit aku?" Tanya Jimie. Arissa menjeling tajam. "Kau ni tahu nak duit je! Kerja satu pun tak nak buat!" Marah Arissa.
"Itu masalah kau. Aku dah tolong kau sampai kena tumbuk ni kau sepatutnya bersyukur tahu tak?! Mana duit aku?!" Suara Jimie bertukar kasar. Dia merentap beg tangan Arissa dan mencari wang. Arissa terkejut.
"Bagi balik beg aku!" Arissa menarik beg tangannya daripada Jimie. Jimie menemui segulung wang kertas lalu melarikannya. "Woi! Tak guna!" Jerit Arissa sekuat hati.
Arissa pasrah. Pasrah dengan keadaannya yang tidak tentu hala sekarang ini. Sudahlah suaminya si Jimie menjadi kaki judi selepas itu dia pula tidak berjaya memenangi hati Shaqif semula.
"Semua orang tak guna!"
-
Kenapa tiba-tiba aku rasa semacam je ni? Awkward pulak. Dahlah bos dari tadi asyik tenung aku je. Dengan senyum herot dia pulak tu!
"Baby Mika nak makan apa? Hari ni abang belanja." Pelawanya sambil tersenyum sinis.
Mai dah sengal dia tu!!!
Aku menjeling. Jangan layan sangat sengal bos ni. Nanti makin menjadi-jadi!
"Saya nak makan lamb chop. Teringin pulak." Tambahku. "Lamb chop? Tak apa. Kalau Mika nak makan paus chop pon boleh. Everything for you sayang." Ujarnya lembut. Amboi! Sweet talker!
Aku memandang menu. Kalau aku pandang muka bos rasanya dah macam tomato muka aku nanti. Merah menyala!
Shaqif tersenyum lebar.
"Comelnya Mika ni. Ni yang rasa tak sabar nak kahwin ni." Selorohnya.
Eee...tolonglah! Aku betul-betul tak dapat bayangkan kehidupan aku selepas kahwin dengan bos nanti. Teringat pulak aku mimpi tempoh hari. Bos terkam aku macam nak makan! Seram!
Aku memandang bos. Aku membuat muka ketat.
"Yes darling? Ada apa?" Tanyanya. Darling pulakkk
"Bos tak nak makan ke? Dari tadi saya je yang order." Tanyaku. Shaqif melebarkan lagi senyumannya. Dah nak sampai ke telinga tu!
"Caring juga baby Mika saya ni. Hihihi...saya tengok muka Mika pun dah kenyang." Pandainya dia berkata-kata! Aku terfall sekejap.
Ehem!
"Jangan nak gediklah." Balasku dingin. Shaqif tergelak besar. Aku mengetap bibir.
"Diamlah sikit, bos. Orang lain tengok kita ni." Bisikku. Malulah orang lain tengok kami berdua.
Shaqif tersenyum lagi. Kali ini senyumannya kelihatan manis sangat.
"Call me abang. I'm ur future husband..." ujarnya lembut.
Aku terkaku!
#suamikusengal
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif