Gaduh

8.6K 259 6
                                    

Langkahku terhenti. Aku memandang ke depan. Sepertinya aku kenal benar dengan beberapa susuk tubuh dihadapanku. Bos dan bekas isterinya?! Arissa?!

"Kau jangan nak dekat dengan Arissa dah!" Jerit Shaqif. Wajahnya merah kerana marah. Arisa berdiri di belakangnya kerana takut dengan ego Jimie.

Aku terkaku. Kenapa dengan aku ni? Kenapa kau berhenti ni, Mika? Kenapa kau nak tengok drama diorang tu? Kau tak ada kena mengena pun.

Desisku.

Jimie mendengus. Semua barannya tertumpu pada Shaqif.

"Kau dengar sini baik-baik, Shaqif. Kalau bukan disebabkan syarikat kau syarikat aku takkan muflis. Disebab kau aku hilang kontrak dengan Taj Holdings. Sekarang ni aku nak kau bayar ganti rugi." Jimie memandang tajam Shaqif. Shaqif sedikit pun tidak gentar dengan ugutan Jimie itu.

"Itu salah kau sebab kau sendiri buat kerja tak bersungguh-sungguh. Syarikat kau? Itu syarikat bapak kaulah! Orang yang paling aku hormat. Lepas kau ganti bapak kau syarikat tj jadi tunggang langgang. Lagi kau nak salahkan aku?!" Tegas Shaqif. Dia cuba menegakkan haknya.

Jimie tersengih.

"Kau tak payah nak cakap banyak. Sekarang ni aku nak Arissa balik dengan aku. Dia tu isteri aku!" Jimie merentap lengan Arissa dari Shaqif. Shaqif terkejut beruk.

"Dia hak aku!" Jerit Jimie.

"Tak guna..." bisik Shaqif.

Bos...

Aku hanya memerhatikan bos dari jauh. Patutkah aku masuk campur? Diorang macam nak bertumbuk je.

Selepas melihat Shaqif dan Jimie berbalas tumbukan, aku mengambil keputusan untuk meleraikan mereka. Mampukah aku?

"Bos! Berhenti." Jeritku. Aku segera menahan tangan bos daripada menumbuk Jimie.

"Mika? Tolong tepi." Ujar Shaqif dingin. Aku tersentak. Bos suruh aku ke tepi? Bos tak pernah cakap dengan aku macam tu.

Shaqif kembali mengepal tumbukannya. Aku yang melihat segera membantut pergerakan bos.

"Ke tepi!" Jeritnya.

Bbuk!!!

Aku mengerang kesakitan. Aku tak sangka bos tergamak mahu menolak aku hingga terjatuh. Apa dah jadi dengan bos?

Keadaan bertambah rumit. Aku segera menelefon sekuriti untuk meleraikan bos dan Jimie daripada bertumbuk.

Tak lama kemudian, sekuriti pun sampai.

-

Aku menyapu ubat losyen pada kesan calar di tanganku. Aku hanya mampu menahan kesakitan ketika menyapunya.

Aku memandang pejabat bos. Tirai cermin yang terbuka sikit membenarkan aku melihat apa yang terjadi di dalam pejabat bos. Walaupun penglihatan agak terhad aku masih dapat melihat bos dan....Arissa di dalam.

"Sakit tak awak?" Tanya Arissa ketika dia mahu menyapu ubat pada kesan lebam Shaqif. Shaqif hanya berdiam diri.

"Awak tak patut gaduh tadi. Habis berlebam muka awak." Ujar Arissa lagi. Shaqif masih menutup mulutnya.

Aku hanya memerhatikan mereka berdua. Tetapi, kenapa aku rasa lain? Macam ada yang tidak kena?

Aku rasa...

Rimas? Rimas melihat bos dengan bekas isterinya itu. Isteri bos cantik bukan macam aku.

Aku memandang lukaku. Sakit. Bertambah sakit apabila mengenang cara bos menolak aku tadi sehingga tanganku terluka.

Aku sedih. Kenapa bos lagi kasihankan Arissa? Aku siapa dimata bos?

Aku terlupa. Aku hanya tunang olok-oloknya. Perempuan yang berada di sebelahnya lebih penting berbanding aku.

"Awak tak sakit ke?" Tanya Arissa. Dia meniup luka Shaqif berkali-kali.
Shaqif masih mendiamkan dirinya. Dia membiarkan sahaja Arissa mengubati lukanya.

Tiba-tiba Shaqif berdiri. Dia ternampak Mika di celah tirai pejabatnya. Mika keseorangan.

Shaqif meraup mukanya. Dia terlupa. Kerana terlalu marah tadi dia langsung lupa siapa Mika lalu menolaknya sehingga terjatuh. Shaqif bergegas keluar dari pejabatnya.

"Awak nak pergi mana tu?" Jerit Arissa.

"Apa aku dah buat ni?" Desis Shaqif.

Kcak!

Aku terdengar bunyi pintu pejabat bos terbuka. Aku segera memandang bos yang keluar dari situ.

Bos berdiri di hadapanku. Wajahnya monyok. Penuh dengan kesan lebam. Aku kasihan melihatnya.

Tiba-tiba bos melutut. Dia mengambil ubat sapu di atas mejaku lalu menyapu sikit pada lukaku. Aku terdiam. Aku tak mampu nak bergerak. Aku hanya bisa memerhati setiap langkah bos.

Selepas selesai membalut lukaku bos memandangku. Matanya redup. Dia menundukkan wajahnya. Terdengar sedikit keluhannya.

"Maafkan saya, Mika." Ucap Shaqif perlahan. Tiba-tiba air mataku mengalir. Aku segera mengelapnya.

Aku tertawa.

"Hish! Kenapa keluar pulak air mata ni?" Desisku. Aku segera mengelapnya.

Aku memandang bos kembali. Bos memandangku. Matanya sungguh redup. Shaqif diselubungi dengan perasaan serba salah.

Aku tersenyum.

"It's ok, bos. Benda kecik je ni." Aku tersenyum. Shaqif juga tersenyum. Dia gembira adanya Mika disisinya.


#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now