Jari Shaqif laju menaip sesuatu pada telefon pintarnya. Dahinya berkerut dan bibirnya terkumat kamit seperti membaca semacam jampi. Dia kelihatan seperti tergesa-gesa saja. Tak senang duduklah ceritanya.
Mata Mika dari tadi lagi asyik menenung lagak Shaqif yang tidak senang duduk itu. Apalah yanv difikirkannya? Mika meneruskan lagi pemerhatiannya terhadap Shaqif. Menurut penelitian dan beberapa pengiraan yang dilakukannya dalam beberapa saat lagi pasti Shaqif akan mengetap bibirnya.
"Apa yang Joey cakap ni? Hish....tak berapa nak fahamlah." Omel Shaqif sendiri lantas dia mengetap bibirnya.
Haaaa!!! Tengok. Kan dia dah ketap bibir tu. Hahaha...pandai jugak aku mengagak bos ni. Senyum Mika seorang diri. Ni kalau orang lain tengok ni sah cop ingatkan Mika ni dah gila. Senyum sorang-sorang lak tu. Nasib Shaqif tak nampak kalau tak mesti kena bahan ni.
"Errr...bos." panggil Mika dari atas katil pesakit. Shaqif segera memalingkan wajahnya ke Mika.
"Yes, ada apa Mika? Mika sakit kepala lagi ke?" Tanyanya risau. Dahinya masih berkerut seribu. Apalah yang dirisaukan sangat tu...
Mika mengeluh.
Shaqif terkejut. "Kenapa Mika mengeluh ni? Sebab abang tak sempat nak layan Mika ke? Alolo...tunggu kejap ye. Lepas abang settle masalah dengan Joey ni abang terus pergi ke Mika ye. Alolo...comelnya baby Mika abang ni." Ujar Shaqif sambil dia memuncungkan bibirnya. Geram la tu. Hahaha...
Mika mencebik muka. Bos ni memang tak kan penat ke nak usik aku. Kalau dah kahwin nanti lagi teruk aku kena usik. Apalah...nasib kau ni Mika? Tak tahulah nak cakap malang ke bertuah kalau dapat bersuamikan bos ni.
Mika menggeleng kepalanya.
Trut....trut.....
Telefon Shaqif berbunyi. Dia mendapat panggilan daripada manager Joey. Dah kenapa Joey ni? Bukan kita tengah bermesej ke. Kenapa sampai nak bertelefon ni. Desis hati Shaqif. Dia segera menjawab panggilan itu.
"Dah kenapa telefon aku pulak ni? Kan kita tengah chat kat whatsapp ni." Bebel Shaqif.
"Aku telefon kau ni sebab aku ada benda penting nak bagitahu ni. Kalau bagitahu kat chat tak best pulak." Balas Joey. Suaranya kedengaran cemas pula.
Shaqif mengangkat keningnya. Benda penting?
"Apa yang oenting sangat tu?" Tanya Shaqif. Kedengaran suara Joey menarik nafas dalam dari telefon. Bunyi macam serius sangat tu. Tak boleh jadi ni. Harap-harap bukan perkara buruk la.
"Kau nak tahu tak. Arissa apply job kat company kau. Resume dia ada kat tangan aku sekarang ni." Beritahu Joey. Resah.
Mata Shaqif terbuntang. Betulkah apa yang dia dengarkan dari Joey ni? Arisaa minta kerja di syarikatnya? Helah apa pula yang Arissa mahu lakukan kali ni? Ya Allah...dugaan apa lagi kali ni?
Shaqif menarik nafas panjang. Dia memejam sebentar matanya. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.
"Joey..." Sebut Shaqif.
"Ya, bro." Sahut Joey.
"Biarkan dia kerja." Balas Shaqif.
"Apa? Kau dah hilang akal ke? Tu Arissa weh your ex wife?! Kau kenal tak?! Dia penyebab kau nak jatuh dulu. Kau tak ingat ke?" Marah Joey. Shaqif berdiam diri.
Kenapa dengan bos tu? Tadi dahi berkerut sekarang terpejam mata pulak. Ada masalah besar ke?
Shaqif mengalih pandangannya ke arah Mika. Matanya redup dan wajahnya sayu. Dia memejam matanya sekali lagi lalu dia tersenyum.
"Tak apalah, aku kan dah ada Mika." Sambung Shaqif sambil dia memberikan senyuman herot kepada Mika.
"Apa bos merepek lagi ni. Dia ada aku?" Bisik Mika. Wajahnya memang kelihatan tidak senang.
"Kau serius ni, bro?" Tanya Joey lagi.
"Ya, Joey. Biarkan je dia kerja." Jawab Shaqif dengan tenang.
Dia bertambah tenang setelah memandang wajah Mika yang kemerah-merahan itu. Wajah orang yang dicintainya. Dia yakin akan rasa cintanya terhadap Mika. Oleh itu, dia langsung tidak berasa tergugat sama sekali akan kehadiran Arissa. Wanita yang pernah menghancurkan hidupnya suatu ketika dahulu.
Kini, dia sudah ada Mika disisinya. Tak lama lagi mereka akan berkahwin dan niatnya untuk berkahwin dengan Mika adalah ikhlas bukannya seperti yang dirancang sebelum ni. Berkahwin untuk menyakitkan hati Arissa. Dia juga berharap Mika dapat mengahwininya dengan niat dan perasaan yang sama. Dia tidak mahu menipu dirinya sendiri lagi.
Shaqif berjalan perlahan menuju ke katil pesakit Mika. Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil Mika. Dia merenung wajah Mika sedalam-dalamnya. Mika bingung dengan lagak Shaqif yang secara tiba-tiba itu. Bos ni kalau serius sumpah menyeramkan.
"Mika, abang...cintakan Mika dan abang nak Mika terima abang dengan sepenuh hati Mika. Bukan atas alasan untuk cemburukan Arissa. Alasan tu dah tak ada gunanya lagi. Sekarang, abang ikhlas nak kahwin dengan Mika. Dan abanv nak Mika tahu perasaan abang yang sebenarnya. Please, Mika. Accept me in your life for forever." Nafas Shaqif kedengaran agak kuat kerana tiba-tiba sahaja ruang dalam bilik itu menjadi sunyi sepi.
Mika terkaku. Tidak menyangka Shaqif akan berkata sedemikian terhadapnya. Bos...betul-betul sukakan aku?
#suamikusengal
Vote
CommentSorry guys. Lama gila dah tak update cerita Shaqif ngn Mika ni. Apps ni sebenarnya dah lama tak install kat phone. And adalah jugak terlupa yang citer ni sebenarnya tak habis lg. Maafkan saya. Sekarang idea nak tambah citer ni dah datang balikkk. So, enjoylah baca citer suamiku sengal ni ya. Jangan lupa vote😉
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif