Gugup

9.5K 277 2
                                    

Nafas Shaqif kedengaran tercungap-cungap sepertinya dia baru habis berlari 10 km!

Aku memandang bos aku dengan teliti. Peluh sejuknya membasahi pipinya yang putih dan kelihatan gebu itu. Bila aku pandang bos lama-lama macam ni bos aku nampak comel pulak.

Mukanya seperti budak kecik. Pipinya gebu bibirnya pulak berwarna merah jambu. Susah nak tengok jejaka zaman sekarang ni berbibir merah macam bos aku.

Tiba-tiba bos memandang aku. Aku tersentak.

"Kantoi..." sindirnya. Pipiku memerah menahan malu. Bos nampak pulak aku curi pandang dia. Mana nak letak muka ni? Hish! Aku menggaru kepala. Padahal tengah tahan malu! Hihihi!

Pintu diketuk beberapa kali. Aku segera membukanya.

"Mak dengan ayah sampai pun." Tegurku sambil menyalami kedua orang ibubapaku.

Aku membawa ayah dan mak ke tempat duduk mereka. Aku memandang bos. Bos nampak gugup depan mak dan ayah. Aku tersenyum kecil.

"Apa khabar mak cik dan pak cik." Salam Shaqif. Dia menyalami tangan ayah. Aku kembali duduk di sebelahnya.

"Jadi, kamulah Shaqif yang nak kan Mika?" Tanya mak dengan nada dingin. Aku tersenyum kecil melihat wajah cuak bos.

Macam budak kecik! Getusku.

"Ya saya, mak cik. Tujuan saya berjumpa dengan pakcik dan makcik ni sebab saya ada keinginan yang beso." Ujar Shaqif dengan sopannya.

Beso? Sejak bila pulak bos aku ni cakap berloghat?

Muka mak kelihatan tegang. Dari tadi mak asyik jeling je bos aku. Mak tak suka ke?

"Mak cik dengar kamu pernah kahwin sebelum ni?" Tanya mak lagi. Wahhh dah macam detektif menyoal penjenayah! Mak aku ni eksyen je lebih padahal...

"Ya betul tu." Balas Shaqif sambil mengangguk. Gugup bos tak habis lagi ke? Takut pulak aku tengok mak menyoal bos.

Eh? Nanti giliran aku pulak yang kena soal nanti! Aku pun nak kena jumpa ibu dan ayah bos. Masak aku!

Seram pulak aku...

Mak menenung Shaqif sekali lagi. Tetapi kali ini dengan pandangan yang lebih tajam.

"Hurm...kamu ni yakin ke boleh jaga Mika? Mika ni bila dia buat sekali jangan harap kamu boleh pujuk dia. Mika ni suka ikut kepala sendiri je. Degil!" Bebel mak.

Adusss....
Apa mak cakap ni? Mak nak malukan aku depan bos ke? Hish....segannya aku kat bos.

Shaqif tersenyum.

Jangan nak gelakkan aku!
*ketap bibir

"Degil? Setahu saya Mika okey je. Tak pernah pulak saya dengar dia bantah cakap saya semasa kerja?" Sambung Shaqif. Dia menjongket keningnya. Memanglah bos tak tahu aku ni degil sebab aku tak pernah tunjuk. Nanti kalau aku tunjuk belang tak pasai-pasai aku kena pecat.

Giliran ayah pulak tertawa.

"Memanglah sekarang kamu cakap macam tu. Sebab si Mika ni tak suka tunjuk belang kat tempat kerja. Nanti bila kamu berdua dah serumah kamu tahulah nanti." Beritahu ayah sambil tersenyum sinis.

Apahal semua orang nak malukan aku depan bos?! Malunya....
Hish...mana nak sorok muka ni? Kalau tutup dengan guni beras pun boleh nampak lagi tau tak!

Mak memandangku.

"Kamu ni dah kenapa Mika? Tersorok-sorok? Kamu menyorok dari siapa?" Tanya mak. Pergh...bila mak aku mencekak pinggang terserlah bling bling kat tangannya tu. Kalah mami Jarum!

"Mak dengan ayah ni kenapa malukan Mika depan bos Mika? Sekarang ni Mika tak tahu nak letak kat mana muka ni?" Ujarku perlahan. Menahan malu!

"Eleh...bos. Shaqif ni bakal suami kamu tahu tak. Cuba panggil dengan panggilan manja ke. Sayang, abang takpun abe ke uda ke? Kan sedap bunyinya." Tambah ayah.

Shaqif menahan tawanya. Amboi...dah tak tertahan nak gelakkan orang lain lah tu!

Mataku terbeliak.

Nak aku panggil bos dengan panggilan manja? Eee...simpang 44 malaikat! Sumpah! Aku geli!!!!

Lagipun kitorang kahwin bukan atas sebab cinta. Sebab terpaksa tahu tak?! Kalaulah aku dapat lenyek-lenyek ex wife bos tu dah lama aku lenyek macam lempeng. Geram pulak hati ni.
Grrrr...

Shaqif memandangku.

"Betul cakap mak dan ayah awak. Kita pun tak lama lagi nak kahwin. Tapi...saya tak pernah dengar awak panggil saya abang pun." Ujar Shaqif selamba.

Apa bo labun ni?! Jangan nak bersaya awak boleh tak. Abang? Saya dah ada abanglah!

Mak dan ayah tersenyum.

"Tak ada maknanya si Mika ni nak panggil Shaqif abang. Walaupun diorang tengah bercinta. Mika ni keras jiwa dia. Tak jiwang langsung." Perli mak. Amboi, mak. Bila dapat perli orang langsung tak ingat dunia dah. Pakai cakap je. Hati I terasa tau tak? I tahulah I tak pandai nak bermanja atau bermadah cinta macam abang. Pendek kata romantiklah!

Not my style ok? Tak swaglah kalau asyik-asyik nak bermanja.

"Betul tu mak cik. Saya tak pernah dengar pulak Mika panggil saya abang ke atau apa-apa je ke? Asyik-asyik nak berkasar je." Tawa Shaqif.

Elok....

Semua orang nak pangkah aku hari ni. Kalau aku tahu jadi macam ni memang taklah aku nak kasi bos jumpa dengan mak dan ayah. Tak ada sorang pun nak back up aku. Sob...sob...

Selepas berbincang pasal hari perkahwinan kami akhirnya mak dan ayah setuju aku dan bos berkahwin bulan depan. Tu pun sebab bos cakap nak cepat. Katanya biar cepat asal selamat. Pepatah tu sesuai untuk bos je. Aku tak! Lagi cepat lagi menggunung perasaan takut aku ni. Aku tak boleh bayangkan kehidupan aku selepas bergelar isteri kepada bos.

Memanglah kitorang kahwin hanya untuk mengaburi mata Arissa. Tapi...aku tak harap pun perkahwinan ni kekal lama sebab niat asal kitorang memang tak baik! Ada ke patut nak kahwin sebab nak sahut cabaran orang lain? Sungguh tidak kena.

Sebelum mak dan ayah pulang aku dan bos menyalami tangan kedua-dua orang tuaku itu.

"Shaqif." Panggil mak. "Ya mak cik?" Sahut Shaqif. "Bila kami boleh jumpa dengan mak dan ayah kamu? Semua orang kena jumpa baru boleh bawak berbincang. Mana boleh sebelah pihak je buat keputusan." Tanya mak. Shaqif terdiam.

Wajah bos tiba-tiba je muram. Kenapa? Ada masalah ke?

"Boleh tak Shaqif?" Tanya mak sekali lagi. Shaqif tersentak. "Nanti saya bawa makcik dan pakcik jumpa mereka." Balas Shaqif.

Selepas mak dan ayah beredar aku dan bos pun kembali ke pejabat. Menyambung kerja-kerja yang tertunggak.

Sepanjang perjalanan ke pejabat aku asyik memerhatikan bos. Kenapa bos senyap je? Selalunya dia dah terlompat-lompat macam kera sumbang sana sini. Tapi kenapa sekarang tak? Aneh...

Pamp!

Aku terkejut. Bos tiba-tiba je menghentak pintunya. Aku baru nak ikut masuk pejabat dia sekali. Nampaknya bos nak sendirian. Atau...bos tak suka mak dan ayah aku ke?!

Hish...tak mungkin. Bos aku bukan macam tu orangnya. Bos aku ni peramah. Ringan mulut dengan orang. Tak mungkin punyalah!

"Ehem!" Manager Joey berdehem. Eh? Sejak bila pulak manager Joey ada kat sini?

"Macam mana meeting dengan orang special tadi?" Tanya Joey. Special? Aku tersenyum. "Semua okey. Tapi saya nak kena jumpa parents bos pulak. Bincang pasal ni." Beritahuku.

Dahi manager Joey berkerut.

"Parents Shaqif? Shaqif tak ada beritahu kamu apa-apa ke?" Tanya Joey pula. Keningku terangkat. Apa maksud manager Joey? Beritahu apa?

Joey merapatkan tubuhnya dengan aku. Lagaknya seperti nak berbisik.

"Sebenarnya bos kamu tu anak yatim." Bisik Joey.

Anak yatim?!!!!
Tak mungkinlah!

#suamikusengal



Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now