Benarkah?

2K 66 1
                                    

"Apa bos cakap ni?" Mika keliru. Kata-kata Shaqif itu seakan-akan perkara yang benar bukan perkara yang dibuat-buat. Tapi adakah Shaqif menekankan maksud yang sama? Takkanlah lelaki itu betul-betul mencintainya? Tetapi kenapa? Ramai lagi perempuan lain yang lebih layak di luar sana. Tetapi kenapa dia?

Mika mahu mendapatkan kepastian dari Shaqif.

"Mika, awak tak nampak lagi ke yang saya sukakan awak. Saya betul-betul ikhlas cintakan awak. Saya layan awak tak sama macam saya layan perempuan lain. Please Mika..." Hati Shaqif terasa seperti berada dalam dilema apabila dilayan hambar oleh Mika. Apalagi yang boleh dia lakukan. Dia sudah banyak kali meluahkan perasaannya kepada Mika tetapi entah kenapa Mika tetap tidak menghiraukan perasaannya.

Mika mengeluh.

"Tapi bos...saya tak boleh nak anggap bos lebih dari seorang majikan. Entahlah...tapi saya memang tak boleh. Please, bos...tolong jangan desak saya." Mata Mika berair dengan sendirinya. Dia berasa pelik dengan perasaannya ketika itu. Jujur. Memang dia senang dengan perangai Shaqif yang sengal tu sebab kadang-kadang dia rasa gembira walaupun annoying. Tetapi itu bukan satu penyebab untuk dia boleh sukakan bosnya itu.

Shaqif mendiamkan diri. Hatinya terguris dengan kata-kata Mika itu. Tapi apa yang mampu dia lakukan. Dia hanyalah insan 'luar' di hati Mika. Mika seorang yang berpendirian tetap dengan prinsip hidupnya. Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan Shaqif bingung. Takkanlah dia mahu menghiraukan saja perasannya itu. Tetapi Shaqif bukan orang yang sedemikian.

Wanita itu. Sudah lama dia menaruh perasaan kepadanya. Sudah lama juga dia ingin memulihkan hatinya yang sudah terluka lama. Cukuplah hanya seorang sahaja yang menyakiti hatinya. Dia tidak mahu Mika menjadi yang kedua. Shaqif tekad. Dia akan berusaha membuatkan Mika jatuh hati kepadanya.

"Mika, saya janji saya takkan paksa awak. Tapi, satu je saya nak minta dari awak." Suara Shaqif kedengaran mendatar. Mika mendengar dengan setia.

"Apa dia bos?" Tanya Mika.

"Tolong jangan bencikan saya." Setelah berkata sedemikian Shaqif terus beredar dari situ. Dia mahu mencari sedikit ketenangan. Jiwanya gundah jikalau suatu hari nanti Mika akan membencinya.

--------

Suasana di dalam bilik persiapan itu kelihatan sangat haru biru apabila tarikh akhir untuk pelancaran game baharu hanya tinggal 2 hari saja lagi. Sejak seminggu yang lalu mereka semua telah bekerja keras untuk menjayakan projek pelancaran game tersebut. Sepanjang masa itu jugalah Shaqif dan Mika hanya bekerja saja. Langsung tiada perbualan personal antara mereka. Kalau dulu, mahu tiap-tiap hari juga mereka bersembang perkara yang personal.

Mika mencari fail draf asal untuk game itu di pejabat Shaqif setelah diarah oleh Shaqif. Pada hari ini saja Mika sudah berulang alik ke pejabat Shaqif berkali-kali untuk mengambil dokumen. Tak menang tangan dibuatnya.

Setelah mendapatkan fail yang dicari Mika segera kembali ke bilik persiapan. Dia meletakkan fail itu di sebelah Shaqif.

"Mika, minit mesyuarat untuk dua hari lepas punya tu mana? Saya nak periksa balik agenda mesyuarat tu." Pinta Manager Joey. Dia pun sibuk juga mengalahkan orang lain apabila pelancaran game kali ini diberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada dia. Serabut jugak tengok Manager Joey ni tapi penampilan diri tetap terjaga. Kemas je hari ni.

"Minit mesyuarat? Eem..." Mika terkejut. Sebenarnya dia tidak sempat menyiapkan minit mesyuarat itu. Ini semua gara-gara abang kat rumah tu. Adik nak buat kerja pakai laptop, dia pulak ambil laptop adik dia lepas tu tengok WWE sampai 3 pagi. Memang tak terbuatlah jawabnya minit mesyuarat tu.

"Kenapa Mika? Ada problem ke?" Tanya Manager Joey. Matanya dan tangannya sibuk memeriksa dokumen lain.

"Saya tak sempat nak siapkan minit mesyuarat tu. Sorry..." Baik aku minta maaf kalau tak memang dah kena marah ni. Cuak Mika dibuatnya apabila riak wajah Manager Joey berubah.

"Apa dia?" Tanyanya. Mika gelisah. Habislah kalau Managee Joey mengamuk. Sudahlah orang lain stress buat kerja.

Mika terdiam.

"Siapkan dalam masa 10 minit." Manager Joey tidak bercakap panjang lebar lagi. Dia terus straight to the point. Pada waktu terdesak macam tu kalau marah pun tiada guna lagi.

Padahal....

(Sebelum itu....)

Manager Joey memandang Mika dengan pandangan yang tajam. Kenapa Mika boleh tak siapkan minit mesyuarat tu? Nak kena budak ni. Orang lain sibuk dengan deadline dia boleh pulak rileks.

Belum sempat Manager Joey mahu memarahi Mika dia ternampak sesuatu di belakang Mika. Suatu susuk tubuh yang sedang memberi isyarat badan kepadanya.

"Kau marah dia siap kau aku kerjakan." Itulah isyarat yang cuba diberitahu Shaqif kepada Joey.

"Dia ni...kalau tak back up 'awek' dia memang tak sah!" Getus Joey. Langsung tak jadi dia nak marah Mika.

Sepantas kilat Mika mengeluarkan laptopnya lalu menaip segala agenda dalam minit mesyuarat itu. Kelam kabut dia dibuatnya. Memang tak menang tangan semua orang pada hari ini.

Tiba waktu makan tengah hari semua pekerja di dalam bilik persiapan itu berehat sebentar sebelum keluar untuk makan.

Pap! Pap! Pap!

Kedengaran bunyi orang bertepuk tangan. Semua orang memandang Shaqif apabila dia yang sedang menepuk tangan itu.

"Tahniah, korang sebab dah kerja keras dari pagi tadi sampailah sekarang. I dah tengok passion and effort korang dalam melaksanakan pelancaran game kali ni. So, I wanna treat all of you a lunch. What about that?" Tanya Shaqif dengan kening kirinya terangkat. Sempat lagi dia tersengih macam kerang busuk.

"Thank you, bos!" Jerit semua pekerja di situ. Tetapi kebanyakannya pekerja wanitalah. Maklumlah...si Shaqif ni kan kacak lepas tu kaya pulak. Mana tidaknya kalau Shaqif ni popular di kalangan staf perempuan.

Tetapi Mika langsung tidak menghirau semua itu. Dia masih menyiapkan minit mesyuarat itu. Kalau lambat siap nanti kena marah dengan Manager Joey.

Shaqif memandang Mika. Dia melambai-lambai tangannya kepada Mika.

Tiada respon.

"Mika...oh...Mika." panggil Shaqif. Ada sedikit nada menggedik di situ.

Masih tiada respon.

"Mika ni khusyuk betul buat kerja sampai aku panggil banyak kali dia buat tak tahu je. Kiss karang baru tau." Omel Shaqif.

Mika terkejut. Kiss?!

Dia segera memandang tepat kepada Shaqif.

"Bos cakap apa tadi?" Tanyanya. Amboi, garangnya dia.

Shaqif tertawa kecil. Walaupun matanya terjegil macam dah nak terkeluar tetapi Mika masih nampak comel.

"Abang cakap...abang nak makan nasi berlauk dengan budu. Boleh tak Mika tolong orderkan." Selamba je Shaqif menyuruh Mika untuk membeli makanan tengah harinya.

"Sekejap. Abang lupa. Korang yang lain ni nak makan apa?" Tanya Shaqif kepada staf lain.

"Kami nak makan pasta!" Jerit mereka semua.

Mata Mika terbeliak. Dia mengalih pandangannya kepada Shaqif semula.

"Bos nak saya pergi belikan ke?" Tanyanya dengan sangat tidak percaya. Kalau boleh minta-mintalah bos ni main-main je. Gila apa dia nak suruh aku pergi beli lunch. Sorang-sorang pulak tu?!

Shaqif melemparkan senyuman nakal kepada Mika. Langsung tiada perasaan serba salah.

"Nak kena bos ni. Geramnya!" Detus hati Mika. Kalau boleh mahu dia terbalikkan je meja kat depan ni. Tanda protes!

#suamikusengal?!

Comment
Vote



Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now