Tang! Tang! Tang!
"Hafiz!!! Hafiz buat apa dalam bilik dengan bising-bising sangat tu?" Jerit Shaqif dari luar kamar anak angkatnya itu. Apalah yang dibuatnya dalam bilik tu dengan bunyi bising lagi. Shaqif risau.
Dia mengetuk pintu bilik Hafiz berkali-kali tetapi tidak dibuka oleh si kecil tu.
"Hafiz!!!" Panggil Shaqif lagi.
Dum! Dum! Dum!
Sudah bunyi lain pulak...
Shaqif berhenti dari terus mengetuk pintu bilik anak angkatnya itu. Dia segera berpatah balik ke biliknya untuk mengambil sesuatu. Laci meja kerjanya dibuka lalu dia mengambil sepasang anak kunci yang sudah lama tersimpan. Ya, itulah kunci pendua bilik Hafiz. Nak kena Hafiz ni. Main-main kunci pintu pulak. Ingat papa dia yang kacak lagi segak ni tak simpan kunci pendua ke?! Tunggu kau Hafiz...
Shaqif berdiri di hadapan pintu bilik Hafiz. Dia mengetuk pintu bilik itu sekali lagi.
"Hafiz, bukak pintu ni. Papa bagi last warning kalau tak nak bukak jugak papa tutup wi-fi. Baru tak boleh main game. Padan muka. Hahahaha!" Shaqif ketawa jahat. Budak ni kalau tak ugut memang takkan kalah. Lagi-lagi kalau nak ugut kena pakai wi-fi. Itulah kelemahan si monster kecik ni.
"Hafiz..." Panggil Shaqif sekali lagi. Tapi kali ni suaranya agak garang sedikit.
Tik!
Bunyi kunci pintu dibuka. Perlahan-lahan Hafiz menolak pintu biliknya. Shaqif berasa lega. Tengok. Tak ada benda lain lagi dah kalau nak ugut si Hafiz ni. Dengan wi-fi lah!
Hafiz membuat wajah sedih dengan linangan air mata yang tidak lama lagi akan jatuh bercucuran juga.
Aduh...budak kecik ni buat muka kesian pulak. Tak jadi aku nak marah dia. Desis Shaqif.
Shaqif menghela nafas panjang lalu dia melutut di atas lantai dan memegang bahu Hafiz dengan lembut.
"Hafiz, papa bukannya nak marah. Tapi, Hafiz jangan kunci pintu bilik suka hati lepas tu bila papa suruh bukak Hafiz diam je. Itu yang papa marah. Lain kali kalau Hafiz buat lagi papa terus tutup wi-fi. End of story. Ok?" Pujuk Shaqif dengan lembutnya.
Tiba-tiba air mata Hafiz jatuh bercucuran. Shaqif kaget.
"Kenapa Hafiz menangis ni? Papa kan tak marah Hafiz. Dah dah jangan menangis lagi." Pujuk Shaqif lagi. Dia segera mengelap air mata Hafiz yang jatuh di pipi lembut anak angkatnya itu. Nasib budak ni comel walaupun tengah menangis.
"Papa jahat! Papa tak nak main dengan Hafiz dah! Papa ada mama baru so papa tak nak main dengan Hafiz dah. Huwarghhhh!" Teriak Hafiz tiba-tiba. Shaqif tersentak.
"Hah? Mama baru? Apa Hafiz cakap ni?" Shaqif keliru. Siapa dia kata? Mestilah...
"Cikgu Mika! Huwarghhh!" Teriak Hafiz lagi.
Cikgu Mika?
Shaqif tertawa sinis. La...ingatkan siapalah tadi.
"Hafiz jeleslah ni papa ada mama baru kan? Hahaha...Hafiz, Hafiz. Nanti tak lama lagi cikgu Mika tu tinggal dengan kita. Nanti Hafiz ada papa dengan mama. Kan dah tambah seorang lagi kawan Hafiz. Kalau papa sibuk, mama boleh main dengan Hafiz. Kalau mama sibuk pulak papa yang akan main dengan Hafiz. Takdelah Hafiz sunyi lagi macam sekarang, kan?" Shaqif cuba memujuk Hafiz sekali lagi.
Hafiz menggosok matanya dengan hidungnya merah akibat menangis teresak-esak.
"Kalau papa dengan mama dua-dua sibuk. Siapa nak main dengan Hafiz?" Tanya Hafiz selamba.
Mata Shaqif terbeliak.
Betul jugak cakap si Hafiz ni. Kalau aku dengan Mika sibuk siapa pulak nak main dengan anak aku ni? Matilanak...nak jawab apa ni?!
Shaqif mengusap dagunya berkali-kali. Dia bingung. Jawapan apa yang paling sesuai dan bernas nak bagi kat Hafiz ni.
Ehem!
Shaqif berdehem. Dia menarik nafas panjang.
"Papa belanja game baru. Ok?" Balasnya dengan berdebar-debar.
Mata Hafiz membesar. Mulutnya ternganga.
"Game baru?!!!"
Yeah!!!!!!
Amboiiii...dengar je game terus hilang merajuk dia tu. Memang sah kaki game. Hafiz...oh...Hafiz...
--------
"Berapa harga bunga ni kalau sekuntum?" Tanya Mikael kepada pekerja kedai bunga yang dilawatinya itu, Monsieur flower.
"Oh, kalau untuk ros merah ni sekuntum RM 5 je. Tapi sekarang kami ada buat promosi beli 10 kuntum ros merah dengan harga RM45." Jelas pekerja kedai bunga itu tentang harga promosi.
Dengar saja ada promosi terus Mikael tersenyum. Langsung dia membeli 10 kuntum bunga ros merah itu.
Selepas membayar, Mikael pun beredar menuju ke keretanya dengan bibir yang tersenyum. Di tangannya terserlah sejambak bunga ros merah yang sudah dibalut kemas dengan kertas berwarna merah jambu. Warna merah jambu adalah warna kesukaan Mika.
"Kalau bukan hari ni, aku tak kan ada hari lain dah untuk beritahu Mika yang aku...sukakan dia." Bisik hati Mikael.
Selepas memasukkan gear, dia terus memandu keretanya ke tempat yang dijanjikan. Ya, Mikael dan Mika sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama di sebuah restoran yang dipilih oleh Mikael. Hari ini juga merupakan hari jadi Mika jadi dia ingin mengadakan sebuah kejutan untuk Mika.
"Mesti Mika suka surprise yang aku sediakan untuk dia ni." Ujar Mikael seorang diri sambil tersenyum manis. Hatinya cukup berdebar untuk berterus terang kepada Mika. Sudah lama dia memendam perasaan ini sejak mereka berdua belajar di universiti lagi. Alasan Mikael untuk tidak memberitahu Mika tentang perasaannya adalah kerana dia tidak mampu lagi pada waktu itu untuk menjaga seorang insan dan wanita yang dicintainya. Kini, Mikael cukup yakin bahawa dia sudah mampu dari semua aspek dan dia juga percaya bahawa dia dapat menjaga Mika dengan baik sekali.
----------
"Ish...mana pulak fon ni? Tadi aku letak kat atas meja sekarang dah hilang pulak. Aku dah lambat nak jumpa Mikael ni. Hurmmm...." Omel Mika seorang diri di dalam biliknya.
Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari. Tak lama lagi Mikael akan sampai dan membawanya makan tengah hari. Tapi....mana telefon ni?!!!
"Rasanya semua tempat aku dah cari ni. Mana pergi hilangnya fon aku ni? Aduh...stress." bebel Mika sekali lagi.
Pin! Pin!
Kedengaran bunyi hon kereta Mikael di luar. Mika menjadi kelam kabut. Mana tidaknya telefon pintarnya masih tidak dijumpai.
Akhirnya, Mika redha.
"Ibu! Kalau ada jumpa fon Mika nanti letak kat atas katil Mika tau. Mika nak keluar dengan Mikael ni." Jerit Mika dari luar. Ibu yang tengah memotong sayur segera menyahut.
"Yelah. Hati-hati bila keluar tu." Jerit ibu dari dapur.
Mika segera menyarung kasut tumitnya itu. Hari ini dia terasa seperti ingin bergaya lebih pulak mungkin sebab hari ni...hari jadinya tak? Hehehe...
"Mikael, kita nak makan kat mana ni?" Tanya Mika dengan terujanya. Dari tadi lagi dia tidak berhenti tersenyum. Seronoklah tu.
Mikael tersenyum kecil. Terserlah mata sepetnya tu.
"Hurm...adalah. Yang penting kar situ makanan dia sedap-sedap. Confirm tak kecewa punyalah." Balas Mikael sambil tertawa kecil.
Mata Mika membesar.
"You better right for this, Mikael. I won't forgive you if the food taste bad." Ugut Mika dengan jari telunjuknya itu.
Mikael tersenyum lagi tiba-tiba dia mengusap kepala Mika.
"Hei! Habislah rosak tudung Mika." Jerit Mika. Geramnya....
"Hahahahaha." Tawanya.
#suamikusengal?!
Vote
Comment
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif