Sengal

8.7K 244 3
                                    

Aku tertelan air liurku. Kalau boleh nak telan semua air liur yang ada ni. Kenapa bos cakap macam tu?!

"Kenapa awak terdiam, Mika? Menyesal ke?" Tanya Shaqif. Kakinya disilang macam orang kaya. Matanya tajam melihatku. Bibirnya mengukir senyuman yang paling sinis. Keningnya sengaja diangkat-angkatkan untuk menampakkan lagi sisi kemiangannya.

"Tak!" Jeritku. Shaqif terkejut.
"Apa yang 'tak' Mika?" Tanya Shaqif lagi. Risau melihat aku tiba-tiba saja menjerit.

Aku menggeleng kepala.

"Saya tak pernah lupa pasal kontrak tu. Saya cuma..."

"Cuma apa? Awak dah tergoda dengan ketampanan dan muscle saya ke? Ni baru pakai singlet belum tanggal lagi." Sengih Shaqif. Wajahnya tiba-tiba berada sangat hampir dengan wajahku. Aku terkedu.

Pandangan bos terhadap aku sekarang ni amat lain. Tetapi masih seram!

Aku menoleh wajahku daripada terus memandang bos.

Kenapa ni?

"Ma...mana ada! Dahlah ketiak bos berbulu! Bergumpal kiri kanan." Sergahku. Shaqif ternganga. Mulutnya melopong luas.

"You mean this?" Kata Shaqif. Kemudian dia mengangkat kedua-dua belah tangannya tinggi ke atas seperti mahu menjunjung sesuatu.

Mataku berair. Sangat berair. Kenapalah aku ditakdirkan untuk melihat panorama yang amat mengusik jiwa ini?

"Turunkan tangan tu!" Jerit aku lagi. Aku menutup kedua-dua mataku.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi Shaqif ketawa. Makin lama makin lantang. Hish...tiba-tiba pulak hati ni rasa sakit.

Bos memang terer bab menyakitkan hati orang!

"Sayang~ bukalah mata. Abang ada sesuatu nak tunjuk ni." Ujar Shaqif dalam nada menggediknya itu. Sempat lagi dia menarik tanganku daripada terus menutup mata. Tapi, aku tetap berkeras mahu menutup mataku.

Selepas berkali-kali berusaha menarik tangan aku daripada menutup mata akhirnya Shaqif mengalah.

"Fine! I nak mandi." Ujarnya lalu beredar selepas mengambil tuala.

Aku mula membuka mata perlahan-lahan...

"Boo!"

"Huwargh!!!!"

-

Aku terdengar bunyi derapan kaki orang berlari di dalam rumah. Tiba-tiba pintu bilik diketuk kuat dari luar.

"Kenapa Mika?! Kenapa terjerit tu?!" Panggil mak dari luar. Aku dan Shaqif terkejut.

"Kenapa Mika jerit?" Bisik Shaqif. "Boslah puncanya. Kenapa bagi orang terkejut." Marahku.

Kami berdua buntu. Mak masih mengetuk pintu dari luar.

Shaqif membuka pintu. Aku terkejut. Apa bos nak buat ni?!

"Hihihi...mak. Mak buat apa kat sini?" Tanya Shaqif sambil menggaru kepalanya. Mata mak menjeling.

"Kenapa Mika jerit tadi?" Tanya mak pula. Shaqif terdiam.

Giliran aku pula tersengih.

"Tadi Mika ternampak lipas. Dia terbang atas kepala Mika. Tu yang Mika menjerit tadi. Tak ada apalah mak." Tipuku.

Padahal...

Ini semua salah bos!

-

Shaqif tertawa. Kalau ketawa sikit tak apa. Tapi ini!

"Atas lagi. Itulah pendek lagi. Kan dah tak sampai." Ejek Shaqif. Aku mengetap bibir. Nak kena bos ni!

"Kalau bos tinggi sangat kenapa bos tak kait buah pelam tu?!" Dengusku. Shaqif ketawa lagi. Tapi kali ini makin lantang.

"Sebab...saya nak tengok awak terlompat-lompat macam kangaroo bila nak kait buah pelam tu." Tawanya.

Telingaku memerah. Menyirap semua darah ke kepalaku bila dengar alasan bos yang tersangatlah tak masuk akal tu.

"Jangan marah sayang." Pujuk Shaqif. Tiba-tiba tangannya laju mencubit pipiku.

"Sakitlah." Aduku.
"Alolo, tomeinya isteri titew." Seloroh Shaqif. Aku segera menepis tangannya daripada mencubitku. Aku menjeling bos tajam.

"Janganlah marah sayang. Abang cuma nak bergurau je. Takkan tak boleh?" Shaqif memuncung bibirnya. Dah macam mulut itik!

Aku mendengus kasar. Rasa nak sula je bos pakai galah ni.

"Bak sini."

Shaqif mengambil galah itu dari tanganku. Lalu dia cuba mengait sebiji pelam. Aku terkaku. Kedudukan aku dengan bos sekarang ini sangat rapat. Sehingga tiada langsung ruang diantara kami berdua. Aku dapat mendengar nafasnya dari belakangku.

"Abang minta maaf. Bukan sebab abang nak tengok sayang jadi kangaroo ke apa. Tapi, sayang betul-betul nampak comel bila terlompat-lompat macam kangaroo." Bisiknya.

Apa?!

"Argh! Sakit!"

Shaqif menjerit kesakitan apabila telinganya dipulas oleh aku.

"Lain kali kutuk lagi. Minta maaf cepat!" Arahku. Badan Shaqif menggeliat bila telinganya dipulas.

"Mika! Kamu buat apa kat laki kamu tu?!" Jerit mak.

Aku terkejut.

"Mak?!"


#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now