"Lalala..." di pagi hari yang indah ini dengan diselangi cuaca yang cerah dengan bunyi kokokan ayam di reban ayah. Aku memerhati ke luar jendela sambil menghirup udara pagi yang segar. Tiba-tiba aku teringat kisah lamaku sewaktu kecil dahulu di mana...
"Bos mesej! Bos mesej!"
Tak guna punya ringtone mesej fon aku ni. Terkejutlah!
Bos mesej aku? Dia nak apa pagi-pagi ni? Hari ni kan cuti. Aku baru nak relaxkan mata ni daripada tengok muka dia yang sengal tu. Dahlah tiap-tiap hari pulak tu. Pergh... seram sejuk pulak bila teringat muka bos ni. Lebih-lebih lagi senyuman herot dia yang gatal gila tu.
Argh!!! Kenapa aku terbayangkan bos ni?! Sumpahan bos memang ngeri boleh buat orang hampir nak gila walaupun bayangkan rupa dia je. Grrrr.....
-Baby Mika! Morning! Awak buat apa tu? Saya tengah gosok gigi ni. Mika pun gosok gigi jugak ke? Wah...kita ada jinx lah. Inikah yang dinamakan cinta....hati gembira rasa~~~oh Mika~~~~
Shut up! Shut up! Shut up!
Eee...bos ni memang buat aku jadi sewellah walaupun dengan mesej dia tu je. Gila apa aku ada jinx dengan bos? Takpe...biar aku balas. Hahaha!
-Saya tengah siram pokok bungalah bos. Mana ada gosok gigi. Nampak sangat kita TAK ADA JINXkan.
Hahaha! Rasakan. Bos ni tak boleh biarkan dia perasan nanti sampai sudah tak habis. Akulah yang akan jadi gioa nanti sebab melayan perasan dia tu. Kenapa? Kenapalah aku dapat bos yang macam ni? Nak menangis rasanya. Hari cuti pun nak kacau aku.
-----
Gosok jangan tak gosok. Gosok!
Dengan gigihnya si Shaqif menggosok giginya di depan cermin. Nama pun narsis sempat lagi dia terpegun dengan kekacakan wajahhya itu.
"Aku gosok gigi pun nampak macam model. Bolehlah aku jadi model ubat gigi Darlieee nanti. Wah...tak sangka aku sekacak artis Kpop. Hahaha!"
Habis sahaja dia memuji dirinya itu, mesej daripada Mika pun sampai.
"Mika balas! Mika balas!" Terujanya.
1,2, and ...3!
"Apa?! Kita tak ada jinx? Huwargh!" Baca saja mesej tu Shaqif terus meraung habis segala buih, ubat gigi dengan daki giginya tu tersembur keluar. Pengotor weh! Ini yang dikatakan macam artis kpop? Artis kepoh adalah.
------
Mika mengemas beg galasnya. Dia memasukkan barang-barang mekapnya dan barang keperluan lain. Hari ini dia bakal menjalani short trip dengan kawan-kawannya. Of courselah ada Mikael jugak. Habislah kau Shaqif. Cemburu buta yang menggununglah nanti.
Telefon Mika berbunyi dia segera menjawabnya.
"Mikael! Aku tengah siap-siap ni. Korang nak ambik aku pukul berapa?"- Mika
"Kitorang semua otw rumah kau ni. Kitorang dah ada kat simpang rumah kau ni. Kau dah siap prepare barang ke? Perjalanan kita panjang hari ni."- Mikael.
"Aku dah siap semua dah. Tinggal nak korang ambik aku je." -Mika
Selepas menyarungkan sneakersnya itu Mika segera berlari ke arah kereta Mikael. Terlihat kawan-kawannya yang lain juga berada dalam kereta itu.
"Mika! Kau duduk depan. Kitorang semua tak suka duduk kat depan." Arah Nora. Memang dari zaman universiti lagi kalau mereka semua ke mana sahaja mesti Mika yang akan duduk di hadapan sebelah pemandu.
"Kau tak suruh pun aku akan duduk jugak. Macamlah aku tak kenal kau." Balas Mika dengan nada menyampah. Hanya kedengaran suara tawa Nora di tempat duduk belakang.
![](https://img.wattpad.com/cover/68191236-288-k462271.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomantikDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif