Muka Shaqif monyok. Dia mendagu kepalanya sambil memandang Joey dan Mika.
"Huhu...sampai hati U curang dengan I, Mika. Selama ni I cuba beri kasih sayang lebih kat U. Tapi...sob sob." Ujar Sbaqif seorang diri.
Bos aku dah parah ni.
Joey menggeleng.
"Banyaklah kau dia curang. Aku belanja dia makan sebab hari ni dia tak makan pun lagi sebab sepupu kau tulah." Jelas Joey. Dia menyuap french fries ke dalam mulutnya.
"Apa? Baby Mika tak makan satu hari? Kenapa tak cakap dekat I. I boleh ajak U makan kat kedai mamak." Seloroh Shaqif.
Aku tercengang.
Sudah berI-U pulak...semalam abang. Memang tak betul bos aku ni." Desisku.
Shaqif memandangku lagi. Bercahaya matanya!
"Kejap, kenapa dengan sepupu aku tu? Dia ada buat masalah ke? Dia bagi kau dan Mika kerja banyak ke? Ke dia buli korang?" Amboi...banyaknya soalan. Joey menjeling.
"Kau ni tanyalah satu-satu. Sepupu kau tanya kau kat mana dan kenapa kau tak datang meeting tadi. Tu je. Merepeklah kau sampai dia nak buli aku dengan Shamika." Kata Joey. Kadang-kadang penat jugak dia layan kerenah si Shaqif. Kalau Shaqif dapat bukak mulut...tak usah cakap. Kau pun belum tentu ada chance nak bercakap. Mulut murai si Shaqif ni.
Apa yang diorang berdua labun ni? Sepupu? Siapa pulak sepupu bos ni? Takde siapa nak cerita dekat aku. Fine! Aku sedar aku siapa.
"Mujur kau cakap macam tu. Joey memang senior yang paling gempak sekali. Lepas ni kalau aku nak..."
"Kau jangan berangan nak lari dari meeting lagi. Kali ni je aku tolong kau." Celah Joey serta merta. Dia dah tahu sangat apa yang ada dalam otak si Shaqif ni. Tak lain tak bukan nak mengelat je kerjanya. Dia sendiri pun tak faham macam mana syarikat JoKing ni boleh maju dan popular.
"Hihi...kantoi pulak." Sengih Shaqif. Aku mengerut dahiku. Biar betul bos aku ni suka ponteng kerja? Habis tu apa agaknya yang selalu disibukkan kat dalam pejabat tu. Aku nak kena siasat ni.
"Shamika, kau tolong ubah sikit perangai bos kau ni. Tak pernah nak buat kerja dengan serius." Tambah Joey lagi. Aku segera mengangguk.
"Betul tu. Sejak saya kerja kat syarikat tu tak pernah pulak saya tengok bos sibuk buat kerja. Asyik-asyik dengan majalah mangganya tu. Tak mau pisah!" Sambungku.
Tiba-tiba Shaqif menjelingku. Aku tersentak. Dia marah aku ke? Habislah aku...
"Mika? Tak percaya pulak saya?" Katanya tiba-tiba. Aku berasa pelik. Apa yang tak percaya pulak ni?
"Tak percaya pulak saya selama ni awak perhatikan semua gerak geri saya. Saya...erm...terharunya!"
What?!
Garfu Joey terjatuh. Mulut aku pulak ternganga.
Apa pulak yang bos aku merepek ni?! Hish...sabar jelah Mika. Bukan pertama kali bos kau buat perangai.
Tapi...kuat sangat perah santannya! Sampai aku pun tak tahu nak menghadap macam mana.
"Shaqif...Shaqif..." sebut Joey sambil menggeleng. Agaknya manager Joey pun dah boring dengan perangai bos ni.
Shaqif tersengih seperti kerang busuk.
Selepas selesai menjamu selera, aku membelek jam tanganku. Dah pukul 8 malam. Mati aku dikerjakan mak.
"Bos, manager Joey." Panggilku.
"Ya?" Sahut mereka berdua serentak."Saya balik dulu. Dah lambat ni." Pintaku sebelum pulang.
"Okey. Hati-hati jalan sayang. Kalau jatuh roger je abang. Abang datang selamatkan. Haha!" Seloroh Shaqif.
Aku tersentak. Mujur tak jatuh terjelepok. Aku memberi senyuman paksa. Sah! Sewel bos aku ni.
"Dengar cakap 'abang' tu." Sambung manager Joey. Dia tersenyum sinis.
Manager Joey pun masuk air sekali? Sudah...baik aku balik cepat.
#suamikusengal
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif