Kisah Lama

8.6K 281 0
                                        

Kerusi ditarik ke belakang. Aku memandang bos aku. Nak pergi mana pulak ni?

"Aku pergi tandas jap." Pintanya. Aku menarik nafas lega. Ingat bos aku nak blah tadi sebab terasa dengan soalan Aqil. Aku memandang wajah Aqil. Dia pun memandang aku.

Mata ke mata,
Hati ke hati,
Bibir ke bibir...

Jangan pasang lagu tu!

"Nak aiskrim?" Tanya Aqil tiba-tiba. Aku tersentak. Apalagi aku terus mengangguk kepala. "Aiskrim coklat, boleh?" Tanyaku pula. "Boleh saja..."

Aqil bergerak ke kaunter. Selepas itu dia menuju ke tandas. Hurmmm nampaknya ada sesuatu yang terjadi antara mereka. Biarlah...aku tak nak masuk campur. Tak pasal nanti aku kena pecat pulak. Sudahlah baru sehari kerja.

-

"Qif, kau still tak boleh lupakan dia ke?" Aqil mendekati Shaqif yang berdiri di hadapan cermin. Mukanya basah. Tetapi bukan peluh. Dia memandang Aqil.

"Aku tak boleh lupakan dia, bro. Semuanya terjadi sebab aku. Kalaulah aku tak drive hari tu..." kata-kata Shaqif terhenti. Air matanya mula mengalir. Aqil segera memeluk kawannya itu. Dia cuba menenangkan Shaqif. Peristiwa lima tahun lalu bukan mudah untuk dilupakan.

"Awak, saya nak pergi Bali dua hari. Ada meeting dengan klien kita kat sana." Arisa meminta izin kepada suaminya. Muhammad Shaqif.

Shaqif terdiam. Baru dua hari mereka bernikah. Belum sempat nak pergi honeymoon tetapi isterinya a.k.a PA kepada dirinya sudah pun sibuk.

Shaqif sebenarnya berat hati mahu melepaskan Arisa ke Bali. Ya, dia tahu semuanya kerana pekerjaan. Dan itu sumber rezeki mereka. Shaqif berat hari kerana dia tidak dapat mengikuti Arisa ke Bali. Semuanya kerana Shaqif sudah pun sibuk bekerja sebelum mereka berkahwin.

Nak tak nak Shaqif terpaksa membiarkan Arisa ke Bali seorang diri.

Enjin Ford itu dihidupkan. Shaqif sudah pun meletakkan bagasi isterinya ke dalam kereta. Kini, hanya mahu menunggu kelibat isterinya itu keluar dari rumah.

"Sorry, saya cari handphone tak jumpa pulak." Pinta Arisa sambil kelam kabut masuk ke dalam kereta.

"Semua dah ada ke?" Tanya Shaqif. Risau pulak bila dalam perjalanan nanti tiba-tiba pulak ada tertinggal barang. Arisa menggeleng. "Semua dah ada." Balasnya pendek.

Tanpa berlengah lagi mereka berdua segera bertolak ke KLIA untuk penerbangan ke Bali. Sepanjang perjalanan Arisa asyik bermain dengan handphonenya. Shaqif yang berada di sebelahnya sudah seperti patung cendana apabila tidak dipedulikan oleh isterinya.

"Awak, nanti kirim salam dekat Dato' Khairi tau. Kata kat dia saya bersyukur sangat sebab dia mahu melabur modalnya untuk projek syarikat kita." Ujar Shaqif.

"Ok." Balas Arisa ringkas.

"Awak kat sana nanti jaga diri. Kat Bali tu bahaya kalau awak keluar sorang-sorang. Ajak siapa-siapa yang awak kenal kat sana kalau awak nak keluar. Ok?" Shaqif memberi peringatan kepada isterinya itu. Dia tidak mahu benda buruk menimpa Arisa bila disana nanti.

"Yes, mr. Boss." Balas Arisa dengan senyuman manis dibibirnya. Shaqif tersenyum melihat Arisa. Wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Setibanya mereka berdua di KLIA, Shaqif menolong Arisa mengangkat bagasinya. Kemudian mereka membeli tiket di kaunter.

Jam 10 pagi penerbangan ke Bali akan bertolak. Arisa bersiap sedia dengan memastikan semua barang keperluannya ada. Tiada satu pun yang tertinggal.

Shaqif memeluk isterinya sebelum dia melihat Arisa menaiki pesawat. Tangan dihulurkan dan Arisa menyalam tangan suaminya yang hangat itu.

"Risa pergi dulu." Ucap Arisa sebelum menaiki pesawat.

Suamiku Sengal?!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang