Jari jemariku lincah menaip papan kekunci. Mataku 100% tertancap pada skrin komputer riba milikku.
"Baby...jangan serius sangat." Ujar Shaqif sambil mengintai skrin komputer. Aku mencebik muka.
"Benda ni memang kena serius. Mana boleh buat main-main." Tegasku. Shaqif mengeluh. "Tak ke kontrak ni nampak macam strict sangat?" Luahnya. Strict? Aku rasa biasa jelah.
"Strict?" Sebutku. "Yup!" Balas Shaqif laju. Aku terdiam.
"Saya rasa biasa je. Tak boleh pegang-pegang kecuali depan Arissa je. Lepas tu bilik. Of courselah berasingan. Tak boleh suka hati redah masuk bilik aku." Sebutku satu persatu isi kandungan kontrak itu.
Aku memandang bos dengan kening terangkat. Shaqif berdehem.
"Okey, tambah kat dalam tu sikit. Saya nak majlis kahwin kita dihadiri semua pekerja kita. Lepas tu saya nak awak pergi kerja dengan saya tiap-tiap hari. Lepas tu saya nak hanimun kat Jepun. Erm...tulis apa yang saya cakap ni." Ujar Shaqif sambil memeluk tubuhnya. Wajahnya kelihatan...bajetnya!
"Bos nak buat apa hanimun? Kan kita cuma..." aku tak sempat nak menghabiskan ayat aku. Tiba-tiba je ada satu tangan panjang ni tekup mulut aku.
Hish...dah lah tangan bau kari. Ni mesti baru lepas makan.
Aku menjeling bos. Aku segera menolak tangannya daripada menekup mulutku.
"Apa bos buat ni? Mujur kat dalam pejabat bos. Kalau kat meja saya mesti staf lain dah nampak." Marahku. Shaqif tersenyum. "Biarlah diorang semua nampak. Kan awak bakal isteri saya..." bisiknya di telingaku sambil tersenyum meleret.
Aku geli geleman!
Aku menekan butang print dengan tetikus. Maka, dengan ini terprintlah kontrak yang menjadi pegangan dan janji kami antara satu sama lain. Aku dan bos mula menghitung hari. Menghitung hari...erm...hari...hish! Hari perkahwinan kitorang!!!
Strresss
Joey tersengih macam kerang busuk. Nampak gayanya ada lagi perkara yang kami masih belum buat. Tapi, apa ya?
Aku memandang wajah bos. Bod juga memandangku. Dengan senyuman gatal dialah!
Joey memegang bahu kami berdua. Dia menarik nafas panjang. Manager Joey nj dah kenapa pulak? Getusku. Peliklah!"Sob...sob...tak lama lagi dua orang kawan aku ni...nak...nak kahwin! Hahahha!" Tawanya berdekah-dekah. Aku menjelik. Bos pula terlompat-lompat sekali dengan manager Joey. Sejak bila pulak manager Joey pun 'sekepala' dengan bos? Dulu dialah orang yang terpaksa melayan bos.
"Aku dah nak kahwin!!!" Jerit Shaqif di dalam pejabatnya. Nasib baik kalis bunyi pejabat dia ni. Kalau tak petak aku jadinya.
"Bos..." panggilku dengan nada dingin. Bos pun satu. Boleh tak serius sikit tak habis-habis dengan sengal dia tu. Aku langsung tak boleh bayangkan kehidupan aku lepas kahwin dengan bos sengal ni. Tak ke nanti tajuk cerita hidup kitorang ni bertukar dari bosku sengal menjadi.......Suamiku Sengal?!
Aku tak boleh bayangkan!!!
Shaqif memandangku begitu juga dengan manager Joey. Mereka menunggu aku untuk membuka mulut.
"Ermmm...macam mana dengan family kita? Takkan nak kahwin macam tu je? Ekspresnya..." tambahku.
Kedua-duanya membatu. Seorang pun tidak membalasku. Apakah diorang...
"Hahaha! Habislah kau Shaqif." Tawa Joey sepuas hatinya. Shaqif termenung. Tiba-tiba pulak dia tak bergerak macam patung.
"Baby Mika?" Panggilnya. Aku segera menyahut. "Ya?" "Erm...ayah awak garang tak?" Tanyanya. Aku tergelak. Tersembur segala-galanya. Entah kenapa aku rasa lawak pulak bos aku ni.
Aku menggeleng kepala.
"Ayah saya okey. Abang saya pun okey. Cuma..." aku memberhentikan ayatku. Saja nak kasi bos aku takut sikit.
"Cuma apa?" Tanua Shaqif dengan hati yang berdebar-debar. Baru sekarang bos aku ni nak serius? Hurm...
"Mak saya paling garang." Balasku. Shaqif terkejut. "Awak kena pandai ambik hati mak saya tu. Mak saya cerewet orangnya. Dengan kakak ipar saya pun mahu banyak kali jugak dia pujuk mak saya. Kalau bos...saya tak tahulah." Tambahku lagi. Aku memandang bos dari atas hingga ke bawah. Dengan senyuman sinis.
Hahaha! Padan muka bos aku. Langsung cuak jadinya.
^0^!
#suamikusengal
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif