Vrooooommm vrooommmmm
"Papa! Papa! Jangan bawak laju. Papa ni tadi kata nak bawak Hafiz makan. Sekarang kita nak pergi mana ni?" Tanya Hafiz bertubi-tubi.
Peliklah Papa ni. Tadi beria nak pergi makan lepas tu tertinggal wallet penyudahnya tak ambik wallet pun. Laju je bawak kereta. Papa kejar apa ni? Desis Hafiz. Papa dia ni sememangnya pelik tapi tak adalah pelik sampai nak bunuh diri ni. Bawaklah kereta tu perlahan sikit!!!
"Hahaha...tau tak apa. Mikael kita kan dari tadi asyik throwback zaman universiti tapikan kita nak makan kat mana ni?" Tanya Mika tiba-tiba. Tengah syok bersembang tiba-tiba muncul soalan maut pulak. Makan kat mana?!
"Ehem. Kita makan dekat...adalah." Mikael tidak mahu memberitahu Mika. Dia sengaja nak buat surprise untuk kawannya itu. Maklumlah dah lama tak jumpa kan.
"Ada-ada jelah awak ni. Makan kat mana tak penting. Janji awak tak suruh saya yang decide nak makan kat mana. Pergh...perempuan yang pandai pun tak boleh jawab soalan tu. Seram!" Tambah Mika kemudian mereka tertawa lagi.
Laju kereta Audi itu meluncur di jalan raya. Tidak lupa juga ada kereta Ford yang mengekori di belakang. Shaqif!
Hafiz berkali-kali menarik baju papanya itu. Papa ni memang pekak ke? Tak habis-habis diam je dari tadi.
"Hafiz jangan kacau papa. Papa tengah spy orang ni." Tekan Shaqif sambil memberi tanda tidak mahu diganggu.
Spy? Papa tengah spy orang? Papa jadi ejen rahsia ke sekarang ni? Macam M.I.B ke?! Wah....
Hafiz ooo Hafiz. Banyak sangat tengok movie dengan main game. Sampai realiti pun dah tak boleh nak bezakan.
"Papa jadi ejen rahsia ke sekarang ni? Hafiz pun nak join jugak." Teriaknya gembira. "Kalau Hafiz nak ikut papa jadi spy Hafiz kena janji dengan papa satu benda." Celah Shaqif sambil matanya fokus pada kereta Audi putih dihadapan mereka itu.
Mata Hafiz bersinar. Gayanya seperti baru sahaja dia kalahkan bos dalam game pada level yang paling susah.
"Apa dia papa?" Tanyanya dengan mata yang bersinar.
"Tolong diam."
Eee...papa ni!
--------
Setelah memandu beberapa kilometer dari pejabat akhirnya mereka tiba di sebuah kafe. Cafe Charlotte.
Mika terpegun dengan gaya rekaan hiasan dalaman kafe itu. Sangat menepati citarasanya.
"Lawalah kafe ni Mikael. Macam mana awak tahu ada kafe macam ni? Rasanya baru dua bulan awak balik Malaysia." Tanya Mika.
Yup. Sebaik sahaja mereka habis majlis graduasi Mikael terpaksa ke Kanada kerana mengikuti abangnya menjalani kursus disana selama setahun. Selama setahun jugaklah Mika menganggur di rumah.
Mikael tersenyum. Senyumannya kelihatan sangat manis dengan sepasang lesum pipit di pipinya. Rambutnya yang tersusun kemas menyerlahkan lagi penampilannya pada hari itu.
"Erm...selama dua bulan ni saya bukan duduk rumah saja. Mestilah ada keluar jugak sekali sekala kan?" Balas Mikael. Kemudian mereka mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan tingkap. Mereka mula memesan makanan masing-masing.
"Encik nak order apa?" Tanya pelayan kafe itu. Tiada jawapan. Hafiz memandang papanya.
Papa tak nak order ke? Desisnya.
"Aiskrim set kombo satu. Lepas tu nak burger lamb satu. Mayonis dengan cheese lebih tau. Untuk papa...kopi kosong je." Tanpa segan silu Hafiz terus memesan makanan yang diingininya itu. Shaqif pula tidak lekap dari memerhatikan Mika dengan Mikael sejak tadi lagi.
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomantizmDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif