Arissa

8.8K 241 1
                                    

Tap tap tap...

Aku menutup air shower di dalam bilik air selepas mendengar tapak kaki seseorang. Aneh...hanya aku seorang sahaja yang berada di rumah. Ada orang lain lagi ke?

Aku segera menyarung pakaianku. Risau juga jika bunyi tapak kaki itu milik pemecah rumah. Eee...takutnya aku! Mintak-mintaklah bukan.
..

Skreet...

Bunyi pintu bilik air dikuak. Aku keluar dari bilik air dengan berhati-hati. Aku memandang ke sekeliling kamarku.

Pap!

"Arghhhhh!!!!!" Aku menjerit sepuas hati.

"Mak! Tolong Mika! Ada orang nak rogol Mika!" Jeritku lagi. Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Badanku dipeluk dengan kuat oleh seseorang dari belakang. Aku memandang wajah orang itu.

Bos?!!!

Bos tersenyum meleret.

"Kau milik aku Mika." Ujarnya kemudian dia cuba untuk menciumku.

Tidak!!!!!

"Tidak!!!" Aku menjerit sekali lagi dengan sekuat hati.

"Mika? Kenapa ni?!" Jerit Shaqif. Aku terjaga dari tidur. Aku ternampak bos sedang memegang bahuku. Bos nak rogol aku ke?!

"Tolong!" Jeritku lagi.

"Mika! Bangun! Awak mimpi buruk ni!" Jerit Shaqif sambil cuba untuk menyedarkan Mika.

Aku mimpi buruk?

Aku terpinga. Betul ke aku mimpi tadi? Aku melihat ke sekeliling ramai staf sedang memandangku. Aku masih berada di pejabat?!!!

Tidakkkkk

Shaqif tersengih. Dia meletakkan sebungkus sandwic tuna di atas mejaku.

"Mika, Mika. Mika mimpi apa tadi? Nampak je abang terus menjerit." Sengihnya. Aku mencebik muka. Eee...sudahlah bos jadi pervert dalam mimpi aku. Tak sangka realiti pun sama?!

"Makan sandwic tu. Awak tertidur tadi sebab tak cukup tenagakan?" Arah Shaqif. Dia mendekatkan sandwic tuna itu dengan aku. Aku hanya memandang sandwic itu.

"Thanks bos." Ucapku.
"No prob my dear."bisiknya.

Eeee!!!!! Nak kena bos ni?!

Manager Joey mendekatiku. Dia tertawa seorang diri.

"Makin sweet nampak?" Tawa Joey. Aku tidak mengendahkan kerenah manager Joey itu. Baik aku fokus kat kerja.

"Kenapa kau menjerit tadi? Macam orang histeria tau tak?" Tambah Joey lagi. Histeria? Biar betul?!

Baru aku perasan. Tadi aku jerit kat pejabat?! Maknanya semua orang tengok aku memalukan dirilah tadi? Oh tidak....

Malunya!

Arissa menggengam buku limanya. Mahu saja dia menumbuk dinding yang keras itu. Kerana hatinya begitu sakit melihat kemesraan Shaqif dan Mika.

Selama ini Arissa senyap-senyap mengintai mereka berdua. Arissa ingin memastikan bahawa mereka berdua itu telah menipunya. Menipu dirinya untuk berkahwin. Tetapi tidak. Dia sendiri telah melihat Shaqif bertemu dengan ibubapa Mika.

Air mata jernih Arissa mula mengalir sedikit. Dia geram dan sedih kerana cinta pertamanya itu betul-betul telah meninggalkannya.

"Tak guna kau Shaqif. Kau dah sakitkan hati aku." Desis Arissa. Kemudian Arissa berjalan menuju ke lif. Dia mahu beredar. Dia tidak mahu melihat keakraban dua insan itu lagi. Hatinya sudah sakit.

"Nananana..." Joey sempat bersiul sebelum keluar dari pejabatnya. Dia mahu turun ke tingkat paling bawah untuk keluar makan tengahhari.

"Tunggu!" Jerit Joey sebelum pintu lif itu tertutup.

Arissa terkejut. Joey menaiki satu lif dengannya?!

Arissa segera menutup wajahnya dengan skarf lalu dia memakai kaca mata hitam. Semuanya untuk mengelak dia dari dikenali oleh Joey.

Joey memandang Arissa. Kosong. Kemudian dia kembali memandang ke hadapan sehinggalah pintu lif itu terbuka.

Joey keluar daripada lif terlebih dahulu. Arissa hanya memerhatikan gerak geri Joey. Selepas Joey tiada Arissa dapat menghembus nafas lega.

"Mujur dia tak cam aku." Bisik Arissa. Kemudian Arissa pun pulang ke rumahnya.

Ppang!

"Kau pergi mana tadi hah?!" Jerit Jimie. Dia menampar isterinya itu sehingga terjatuh. Dia sudah hilang kesabaran. Arissa menangis.

"Kau pergi jumpa laki tak guna tu lagi ke?! Dah berapa kali aku cakap jangan jumpa dia! Yang kau degil sangat tu kenapa?!" Marah Jimie lagi. Dia menarik-narik rambut Arissa dengan ganas. Arissa hanya mampu menahan sakit.

"Risa tak jumpa dialah!" Giliran Arissa membela dirinya. Dia sudah tidak sanggup diperlakukan seperti binatang oleh lelaki yang bergelar suaminya itu.

Jimie mula menjadi kaki pukul dan kaki botol selepas syarikat ayahnya muflis. Semua harta ayahnya disita termasuk kesemua hartanya. Hanya Arissa yang menyara keluarganya selepas Jimie muflis.

Setiap hari juga Arissa dipaksa oleh Jimie untuk membeli arak dan duit untuk judi. Arissa tekad. Dia mahu lari dari cengkaman lelaki durjana itu.

"Kau jangan tipu aku!" Jerit Jimie. Dia melayangkan sebuah lagi tamparan pada pipi Arissa. Arissa jatuh. Dia sudah tidak larat dengan kehidupannya yang sudah tidak bermakna lagi. Dia mahu keluar dan bebas dari Jimie. Si suami yang tidak pernah melayani dirinya seperti seorang isteri...


#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang