Shaqif menutup mukanya dengan majalah mangga. Dia takut. Takut dengan seniornya itu.
"Yang kau tersorok-sorok tu kenapa? Takut?" Dengus Joey. Dia mencekak pinggangnya melihat Shaqif.
Rasa nak smackdown je budak ni! Getusnya.
Shaqif tersengih.
"Saja je." Balas Shaqif pendek. Joey menjelingnya tajam.
"Sekarang ni aku nak tanya kau. Apa jadi dengan plan kita?" Tanya Joey. Geram pun ada dengan si Shaqif ni.
"Plan? Plan apa?" Tanya Shaqif pula. Joey menepuk dahi.
"Amboi...sejak dah kahwin ni kau terus hilang ingatan ya?" Tekan Joey. Dia memulas-mulas buku limanya.
Shaqif tertawa kecil.
"Nak buat macam mana? Aku tak boleh tahan tengok Mika yang comel tu. Plus, dapat tengok hari-hari pulak tu. Kalau aku layan dia macam nak tak nak je aku juga yang rugi." Tambah Shaqif. Dia membuat wajah tidak bersalah.
Joey terdiam sebentar. Kemudian dia mengeluh.
"Habis tu? Plan kita terbatal lah?" Tanya Joey. Dia mengangkat keningnya.
"Entahlah." Balas Shaqif pula.
"Kau ni pun satu. Dia dah suka kau ke belum?" Joey menyilang tangannya. Wajahnya serius.
Tiba-tiba Shaqif mengeluh.
"Itulah...aku pun tak tahu lagi." Sambungnya. Joey menepuk dahinya.
"Apa masalah kau ni? Bini sendiri pun tak tahu?" Bebel Joey. Kenapalah hari ni dia hangin sangat dengan si Shaqif ni?
Shaqif tersengih.
"Haha...rilekslah bro. Tapikan, aku dapat rasa sesuatulah." Duga Shaqif. Dia membelai janggut tiga helainya itu. Eleh...eksyen macam orang budiman!
"Akhirnya...apa yang kau rasa?" Tambah Joey. Dia pun nak tahu jugak.
"Mika sekarang ni dah boleh go on dengan aku. Apa yang aku buat dia diam je. Tak ada nak bising-bising kecuali masa aku sakat dia." Beritahu Shaqif.
Tiba-tiba Joey mendengus. Dah kenapa?!
"Tak payahlah nak cakap dekat aku yang sekarang ni korang tengah sweet. Annoying tahu tak?" Bebelnya. Shaqif meletuskan tawanya.
"What?! Tak sangka abang Joey yang romantik ni pun boleh jeles dengan aku. Nampaknya
aku dah...""Dah apa pulak?" Celah Joey. Penasaran.
"Dah maju! Kikiki..." tawanya. Sinis. Joey menjeling!
Mereka berdua terdiam sebentar. Selepas penat berdiri lama Joey pun segera mendekati Shaqif.
"Kau bangun jap." Arah Joey. Shaqif terpinga. "Kenapa?" Soal Shaqif pula. "Kau bangun jela. Aku dah penat berdiri ni. Kasi aku duduk pulak." Tambah Joey.
Shaqif yang tengah blur itu pun segera bangkit dari tempat duduknya.
Dalam sekelip mata Joey sudah pun terduduk selesa di bangku Shaqif. Shaqif yang melihat hanya tertawa.
"Wahhh...macam ni rasanya bila kita duduk kat kerusi CEO ya..." seloroh Joey. Biarkan dia seronok sendiri di situ.
Shaqif menarik kerusi tetamu ke mejanya. Lalu dia melabuhkan punggungnya.
"Silakan duduk puas-puas." Sindir Shaqif.
"Shaqif." Panggil Joey. Shaqif segera menyahutnya. "Yes, boss."
"So, sekarang ni plan kita dah terbatal dengan rasminyalah?" Tanya Joey. Dia memandang Shaqif. Shaqif terdiam.
"Nampak gayanya...ye kot?" Balas Shaqif. Ringkas.
"Kot kau kata?" Joey mula neninggikan suaranya. Shaqif terkejut.
Skreet....
"Plan apa yang dah terbatal ni?"
Suara seseorang itu mengejutkan mereka berdua. Shaqif terkaku!"Mi...Mika?" Panggilnya.
#suamikusengal
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif