Dengan berat hatinya ditambah lagi dengan berat kaki untuk melangkah ditambah lagi dengan hati yang dipaksa.
"Malasnya!!!!" Jerit Mika di dalam hati. Sabar jelah dapat bos yang menyampah ni. Semua staf ada 15 orang termasuk aku. Lepas tu boleh pulak bos suruh aku pergi belikan lunch untuk semua orang. Sorang-sorang pulak tu! Kena rasuk jin apa bos ni?!
Fikiran Mika bercelaru. Sudahlah badannya sendiri penat buat kerja yang banyak. Sekarang nak kena buat perkhidmatan pembelian makanan pula. Damn...
Mika menekan punat untuk turun pada lif itu. Dia mengeluh kasar. Hari ini betul-betul mencabar buat dirinya.
Tak lama kemudian pintu lif pun terbuka. Mika segera masuk ke dalam lif. Tiba-tiba muncul Shaqif di dalam lif itu. Mika terkejut.
"Bos nak pergi mana?" Tanya Mika. Ingin tahu. Shaqif memberinya senyuman yang paling nakal. Kemudian dia berbisik.
"Adalah..."
Kecik beso kecik beso je aku tengok bos ni. Dah kenapa main bisik-bisik ni?! Ingat sweet? Nasib baik nafas tu tak berbau.
Mika menjeling.
Tiba-tiba Shaqif meletuskan tawanya. Kuat pulak tu. Mika pelik.
"Takdelah sayang...abang nak keluar kejap ambil Hafiz. Kenapa? Nak ikut?" Tanya Shaqif. Dia sengaja membulatkan matanya kemudian dia tertawa lagi. Habis merah padam muka Mika dibuatnya. Malulah tu.
"Tak hinginlah nak ikut bos." Jeling Mika.
Amboi...jual mahal pulak dia.
Shaqif tersenyum lagi. Seronok pulak dia menyakat si Mika ni.
"Fine, kalau tak nak ikut. Tapi hati abang ni sentiasa terbuka untuk Mika. Bila-bila masa je Mika boleh datang kat abang. Okey?" Shaqif melemparkan lagi senyuman nakalnya itu.
Muka Mika memerah lagi. Bos merepek apa ni? Jangan sampao flying kick tu melekat kat muka tu karang.
Mika mendengus. Shaqif menyambung tawanya lagi.
Tin!
Pintu lif pun terbuka. Shaqif mendepakan tangan kanannya untuk memberi laluan kepada Mika supaya keluar dahulu. Maklumlah, lady first....
Shaqif tersengih lagi. Sepanjang berada dalam lif mulutnya itu tak lekang dari tersenyum. Seronok sangat menyakat Mika.
Mereka berada di basement. Shaqif mengeluarkan kunci keretanya begitu juga dengan Mika. Dia mengeluarkan kunci skuternya. Tetapikan...
"Eh? Ya Allah! Aku lupa yang hari ni abang hantar aku pergi kerja. Kunci skuter aku ada bawak tapi skuternya kat rumah!" Jerit Mika perlahan.
Dia menampar pipinya sendiri.
"Kalau macam ni macam mana aku nak beli lunch untuk orang lain?" Bisik Mika. Keliru habis dia. Macam mana dia selesaikan masalah ni.
Shaqif memusingkan badannya. Kenapa Mika cakap seorang diri tu? Ada masalah ke? Dia segera mendekati Mika.
"Kenapa ni? Ada prob ke?" Tanya Shaqif. Prihatin.
Nak cakap sikit ni. Sebenarnya si Shaqif ni licik tahu tak. Dia tahu yang Mika tak bawak skuter pergi kerja hari ni sebab pagi tadi dia ternampak Mika naik kereta dengan abangnya sebab pagi tadi hujan lebat. Melihatkan Mika sibuk sampai terlupa dia sengaja menyuruh Mika pergi belikan makanan. Lepas tu...kita tahu apa dia buatkan. Dia sengaja turun dengan Mika lepas tu gunakan Hafiz sebagai alasan. Padahal...
Mika mengetap bibirnya. Kenapa kejam sangat takdir ini. Kenapa kau menyeksa aku dikala waktu terdesak begini. Habislah aku...
"Erm...kalau tak ada apa, abang pergi dulu." Ujar Shaqif kemudian berpura-pura beredar dari situ.
"Bos!" Panggil Mika.
Dah tak ada orang lain dah kat sini. Bos je ada. Walaupun terpaksa jatuhkan ego sendiri. Itulah yang kau reject pelawaan dia awal-awal dia tu dah kenapa? Kan dah terkena batang hidung sendiri.
Dengan bangganya Shaqif memberhentikan langkahnya dan memusingkan badannya. Sempat lagi dia mengenakan kaca mata hitam. Lengan baju tu! Masa bila pulak dia lipat lengan baju sampai siku tu?!
Acah-acah hensem pulak.
Mika menundukkan kepalanya. Terpaksalah dia meminta Shaqif untuk menumpangnya. Tak ada pilihan lain dah.
"Err...bos...boleh...tumpangkan saya...tak?" Tergagap Mika. Nampak sangat hatinya dipaksa itu.
Shaqif mengawal senyumannya. Shaqif...jangan senyuman lebar sangat. Nanti kantoi yang kau plan semua ni. Nak senyum sikit je boleh.
"Erm.. rasanya tadi pelawaan kita dah kena reject. Kenapa ya?" Shaqif cuba bermain tarik tali dengan Mika. Jangan ingat perempuan je boleh jual mahal lelaki pun boleh tau.
Mika cuba memaksa dirinya untuk tersenyum. Memang dah level terdesak sangat ni.
"Saya lupa yang hari ni abang saya yang hantar saya pergi kerja. So, no scooter today. Jadi, boleh tak bos tumpangkan saya?" Pinta Mika lagi.
Shaqif terdiam. Sengaja dia melengahkan masa. Jahat kau Shaqif!
"Boleh. Siapalah saya ni kan untuk tidak menghiraukan orang yang berada dalam kesusahan. Memang tugas saya sebagai seorang majikan untuk menolong pekerjanya." Wah...ucapan mengalahkan presiden!
Tiba-tiba...
"Woi, Shaqif! Tumpangkan aku sat. Aku nak pergi bank." Jerit manager Joey dari jauh.
Masa bila pulak mamat ni ada kat sini?!
Shaqif terdiam. Dia melihat Mika yang sedang memberi pandangan yang agak pelik kepadanya.
Manager Joey sudah berada dekat dengan mereka berdua. Dia menarik nafas panjang sebab tadi dia berlari takut tak sempat pulak nak kerja Shaqif.
"Boleh tak aku tumpang kau?" Tanya Joey sekali lagi.
"Tak boleh!" Jerit Shaqif.
"Apa pasal pulak?" Tanya Joey tidak puas hati.
"Kereta kau mana?" Tanya Shaqif pula.
"Kat bengkel la." Balas Joey.
Tiba-tiba Mika mencelah.
"Bos tadikan bos cakap, tugas seorang bos adalah untuk tolong pekerjanya yang berada dalam kesusahan. Kan manager Joey ni tengah susah. Mika pun. Apakata kita bertiga pergi sekali je. Takdelah awkward sangat kan?" Ujarnya.
Shaqif terdiam.
"Betul cakap Mika tu. Jomlah cepat aku dah lambat nak bank in duit dekat mak aku. Jom! Jom!" Ajak manager Joey lalu dia menolak Shaqif ke tempat duduk pemandu.
"Tak guna kau Joey....habis rosak plan aku!" Getus Shaqif. Geram. Pasrah.
"Yeah...nasib baik ada manager Joey. Selamat aku." Bisik Mika.
"Ada apa-apa jadi ke antara diorang ni?" Joey pelik.
#suamikusengal?!
Comment
Vote
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif