Isi Hatiku

8.3K 226 0
                                    

Shaqif menarik aku jauh dari geng kak Bidah. Aku terkejut dengan tingkah laku bos itu. Kenapa ni?

"Sorry ladies. I nak pinjam Mika kejap. Boleh?" Pinta Shaqif sambil mengenyitkan matanya kepada geng kak Bidah.

Kak Bidah cair!

"Boleh je bos. Ambik terus pun tak apa." Tawa kak Bidah. Kak Bidah menolak aku kepada bos. Kenapa dengan semua orang ni?

Aku memandang bos. Bos hanya memandang permukaan meja. Aku menanti penjelasan bos.

"Kenapa bos bawak saya ke sini?" Tanyaku. Tiba-tiba je bos bawa aku ke kafe klasik ni. Dari tadi makanan tak diorder. Datang sini bukan nak makan ke?

Shaqif menarik nafas panjang. Kemudian dia melihat jauh ke dalam mataku. Aku mula rasa semacam.

"Mika, saya nak perkahwinan kita ni berbaloi. Bukan sekadar gurauan atau permainan semata-mata. Saya mahu perkahwinan ni kekal selama-lamanya." Ujar Shaqif tiba-tiba. Aku terkejut beruk. Apa sebenarnya maksud bos ni? Aku tak berapa nak faham.

"Bos cakap apa ni? Bukan kita dah janji ke nak teruskan perkahwinan ni sebab Arissa. Sekarang ni bos nak kan perkahwinan ni berkekalan. Apa maksud bos?" Tanyaku. Sumpah. Aku betul-betul tak mengerti maksud disebalik setiap bait kata-kata bos itu.

Shaqif mengeluh.

"Mika, saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Saya tak mahu berpura-pura lagi. Saya mahu awak cintakan saya." Tambah Shaqif.

Aku terkedu. Cinta? Bos mahukan aku mencintai dia? Apa maksud semua ni?!

Aku bangun dari tempat dudukku. Aku memandang tajam Shaqif.

"Maaf, bos. Saya takkan sukakan bos. Tapi, saya akan teruskan perkahwinan ni sebab saya nak tolong bos. Jadi, saya harap bos faham saya dan takkan paksa saya lagi untuk cintakan bos. Saya cuma pekerja bos. Saya tak layak untuk jadi surihati bos. Maafkan saya." Aku meluahkan segala yang terbuku dihati ini. Aku tidak mahu menipu diri sendiri dan juga diri bos. Cukuplah aku menipu semua orang dengan perkahwinan palsu ni. Aku tak mahu melukakan hati bos. Bos merupakan orang yang paling aku hormati. Dan aku sentiasa menghormati keputusan bos.

Maafkan saya, bos....

-

"Huh..." keluhku. Aku berbaring di atas katilku yang empuk. Maklumlah baru beli kat kedai Dr. Spine.

Aku mengeluarkan kontrak perkahwinan aku dan bos dari laci. Aku meneliti setiap perkataan pada kertas putih itu.

Aku bingung. Patutkah aku meneruskan juga perkahwinan ni? Macam mana aku nak hadap muka bos setiap hari kalau aku tak cintakan bos? Aku dah tolak cinta bos mentah-mentah. Sepatutnya bos bencikan aku sekarang ni. Sebab aku...dah lukakan hati dia.

Pada malam itu aku terlelap selepas penat memikirkan masa depan aku bersama bos.

-

Tung! Tung!

Telefon Shaqif berbunyi. Dia segera menjawab panggilan itu.

"Hello my dear! How you doing." Shaqif tersenyum menjawab panggilan itu. Aku yang berad di hadapan bos hanya memandang kosong.

My dear? Bos aku ni ada skandal ke?

Aku memerhatikan bos lagi.

"When you gonna come back here? I miss you so much. Also our kid too. He miss you so much. He keep asking me about you." Kata Shaqif lagi.

Miss you so much? Eleh...bos ingat aku akan jeles ke kalau dia cakap macam tu kat aku. Humph! Sikit pun tak heran...

Selepas mematikan panggilan itu Shaqif meneruskan semula perbincangannya bersama aku mengenai persiapan majlis kahwin kami.

"Sorry about that Mika." Pinta Shaqif. Kemudian dia membaca katalog pakaian itu semula. Aku hanya memerhatikan bos. Biarpun janggal aku tetap berlakon seperti tiada apa yang terjadi diantara kami berdua.

Shaqif khusyuk membaca katalog itu. Tiba-tiba pulak aku rasa nak tahu sesuatu. Siapa yang telefon bos tadi? Perempuan ke? Hish! Apa yang kau fikirkan ni Mika. Suka hati boslah dia nak rindu siapapun. Kau tu tak ada hak pun.

"Saya nak tema hari perkahwinan kita tu ala-ala garden sikit. Boleh tak Mika?" Tanya Shaqif. Matanya masih tertumpu pada katalog itu.

"Erm...ok." balasku pendek.

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now