Helaian majalah mangga itu diselaknya satu persatu. Ikutkan itu sudah kali kelima dia membaca majalah itu berulang kali.
Shaqif bosan. Walaupun kerjanya berselerak di atas mejanya tetapi dia tetap bosan. Bosannya...
Dia merenung ke tingkap. Hari kelihatan suram dengan awan yang mendung. Tak lama lagi nak hujan ni. Bisiknya. Kemudian dia berjalan keluar dari pejabatnya. Mencari mangsa untuk menghilangkan kebosanannya. Siapa lagi...kalau bukan baby Mika!
Pintu pejabatnya dibuka.
"Mika..." panggilnya. Kepalanya terkeluar sikit di celah pintu. Nak kasi surprise katanya. Buka sahaja pintu dia hampa.
"La...baby Mika ke mana pulak ni? Merayap pulak budak ni." Shaqif merengek. Dia berjalan pula ke arah ruang rehat. Mesti dia ada kat situ tengah bancuh air. Duganya.
Dugaannya tepat. Memang Mika ada di ruang rehat. Tapikan...
"Seriously?! Betul ke apa yang Mika dengar ni? Manager Joey tak tipukan." Tanya Mika untuk mendapat kepastian. Joey mengangguk. "Iya...tak percaya sudahlah. Nanti Mika tengok sendiri." Balas manager Joey. Mika terus tertawa kerana tak dapat dia nak menahan gelak sebab cerita yang manager Joey ceritakan tu memang kelakar habis.
Shaqif memasamkan mukanya. Dia mencebik melihat kemesraan Mika dan Joey. Siapa tak jeles weh kalau crush kita rapat dengan lelaki lain. Tak boleh jadi ni. Shaqif mesti buat sesuatu.
"Hahaha!" Tawa Mika dan Joey.
"Mika!" Tiba-tiba Shaqif menjerit. Mau tak terkejut si Mika dan Joey tu. Apahal mamat ni tiba-tiba je menjerit?
"Kau dah kenapa, Qif?" Tanya Joey. Penasaran, risau pun ada. Betul ke tidak budak ni?
Shaqif tidak menjawab pertanyaan Joey itu.
"Bos, ada apa?" Tanya Mika pula. Seram dia tengok muka bos tu. Mata terjegil macam nak terkeluar je.
"Siapa suruh awak lepak kat sini? Meja saya bersepah tu. Tolong pergi kemas." Arahnya dengan tegas. Mika hanya menuruti arahan bosnya itu. Bos ni kalau meja tak bersepah satu hari memang tak sah. Mana taknya dokumen bersepah sampai ada yang terjatuh kat lantai. Hurm...siapalah yang bakal jadi bini bos ni. Memang tak menang tangan dibuatnya. Desis Mika.
Tanpa membuang masa Mika pun ke pejabat bosnya.
Shaqif memandang Joey dari atas hingga bawah. Dengan pandangan tajam!
"Kau kenapa doe?" Tanya Joey. Terasa terancam pun ada dengan pandangan mamat ni. Shaqif tidak membalas lagi pertanyaan Joey itu.
Sekejap. Sekarang ni aku hantu ke apa? Dia memang tak nampak aku ke atau memang tak nak layan? Desis Joey. Bingung.
Shaqif terus ke pejabatnya. Dia tengah marah dengan Mika tu. Haha! Shaqif ooo Shaqif...
Mika terkejut. "Ni pejabat ke tempat pelupusan sampah? Bersepahnya." Ujar Mika. Wah...perlukan tenaga lebih untuk kemaskan semua ni.
"Kemas meja tu bagi bersih dan teratur. Lepas tu jangan lupa lap meja tu kasi wangi sikit. Then sapu lantai tu. Berhabuk." Arah Shaqif lagi sambil menyilang tangannya. Sempat jugak dia menjeling Mika.
Sudah! "Bos hangin ke sebab aku gelak-gelak dengan manager Joey tadi? Bos pun satu siapa suruh tulis surat cinta kat Nelydia Senrose. Tiap-tiap bulan pulak tu. Bos ni aku tengok perangai macam budak-budak je." Bisik Mika perlahan. Dia menyambung kerja mengemasnya tu.
"Apa baby Mika cakap tadi? Saya macam budak-budak?" Tanya Shaqif tiba-tiba. Mika terkejut beruk. Bos dengar ke apa aku cakap tadi?! Mampus aku nak jawap apa ni?
Mika menoleh. Tanpa dia sedar Shaqif sudah pun berdiri hampir dengannya. Shaqif mengangkat keningnya. Menanti jawapan dari Mika.
Mika tersengih. Hihi...
"Bos...saya ada cakap apa-apa ke tadi? Rasanya saya menyanyi tadi." Balas Mika. Menyanyi?! Kau gila ke cakap kau tengah menyanyi tadi. Terang-teranglah kau tengah mengumpat bos tadi. Dahlah takde bunyi irama langsung. Bos tu bukannya budak kecik untuk kau tipu hidup-hidup.
Auch!
"Mika...saya ni bukan budak kecik untuk awak senang nak tipu. Baik baby Mika jujur dengan abang sekarang. Baby Mika...tergoda dengan ketegasan abang tadi kan? Hahaha! I knew it." Tawa Shaqif berdekah-dekah.
What the heck?!
Mika menepuk dahinya. Aduhhh.. makin parah penyakit narsis bos ni. Tak habis-habis ingat aku tergoda dengan dia. Memanglah bos ni ada rupa tapi perangai tu. Perangai tu! Tak boleh blah lah......
Pasrah Mika dibuatnya.
Tidak melayan kerenah bosnya itu lagi Mika segera mengemas meja itu dengan lebih cepat. Tak nak dia duduk dalam pejabat Shaqif tu lama-lama. Bos ni mana boleh percaya sangat. Nanti ada je benda berbahaya yang dibuatnya. Eee...seram!
Sepanjang Mika mengemas pejabat Shaqif itu, Shaqif tak lekang dari memerhatikannya. Dia tersenyum sendirian. Wanita cantik dan rajin itu siapa yang tak suka. Shaqif bertambah suka apabila Mika sering ke pejabat dengan berbaju kurung. Nampak ayu sangat. Tanpa sedar Shaqif terasa kekosongan dalam jiwanya selama ini. Sudah agak lama dia tidak bercinta. Kali terakhir pun dengan Arisa. Tetapi Arisa telah memberinya parut yang sangat dalam. Tidak mungkin dia akan mencintai wanita itu sekali lagi.
"Mika..." panggil Shaqif. Mika yang sedang vakum lantai itu tidak berapa dengar panggilan Shaqif kerana bunyi vakum yang agak bingit itu.
"Will you marry me?" Sambung Shaqif. Walaupun Mika tidak mendengarnya. Itulah luahan sebenar hatinya ketika itu.
Sudah sebulan Mika bekerja sebagai PA dirinya. Sebulan juga perasaan suka Shaqif terhadap Mika menggunung tinggi. Dia tidak pernah merasakan perasaan yang begini dengan perempuan lain. Tetapi dengan Mika dia berasa sangat tenang. Walaupun Mika kadang kala berkasar dengannya. Itupun disebabkan lawaknya yang tak boleh diterima akal.
Mika menutup suis vakum itu.
"Bos ada panggil saya ke tadi?" Tanya Mika sambil menggulung wayar vakum untuk disimpan. Shaqif tersentak. Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Malunya...
"Ehem! Masa bila saya panggil baby Mika? Ramai lagilah orang dalam pejabat ni saya boleh panggil. Joey ke Kak Sha ke? Bukan awak je tau. Humph! Ok bai." Dengan membebel benda yang tak ada kena mengena Shaqif pun segera beredar dari pejabatnya. Malulah tu.
Shaqif menuju ke keretanya. Sudah jam 12 tengah hari. Masa untuk ambil monster kecik tu dari taska.
Enjin kereta berbunyi.
"Malunya aku kalau Mika dengar aku melamar dia tadi. Jatuh saham aku sebagai abang macho." Bebel Shaqif sendirian.
Tuk! Tuk! Tuk!
Seseorang mengetuk cermin kereta Shaqif. Shaqif segera melihat ke luar.
"Shaqif!" Panggilnya.
Shaqif terkejut.
Arisa?!
#suamikusengal?!
Comment
Vote
ANDA SEDANG MEMBACA
Suamiku Sengal?!
Roman d'amourDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif
