Shaqif mengurut kakiku. Tiba-tiba je tumit aku rasa pedih sangat. Macam rasa dicucuk pun ada. Aduh...perit!
Dahi Shaqif berkerut. Kasihan dia melihat keadaan isterinya yang sedang kesakitan itu. Kalau boleh dia mahu kesakitan Mika itu dipindahkan kepada dirinya. Dia tak sanggup.
"Sayang...sakit sangat ke?" Tanya Shaqif lembut. Aku mengangguk perlahan dengan mata yang terpejam. Kenapalah tumit aku sakit macam sakit gigi. Sakitnyeeeee
"Sayang lapar tak? Kalau lapar abang pergi masakkan bubur." Pelawa Shaqif.
Aduhai...suamiku. Itulah perkataan yang paling baik aku pernah dengar dari suamiku. Selalunya dia akan menyusahkan aku. Tapi kali ini....awok terharu!
"Boleh jugak tapi..." kata-kataku terhenti. Tak larat nak sambung. Huhu...
"Tapi apa?" Tanya Shaqif risau. Aku memejamkan mataku.
"Tak nak bubur nak kueteow goreng. Boleh abang masakkan?" Pintaku. Sejak tak dapat murtabak hari tu aku punya mengidam dah tukar kepada kueteow goreng. Alang-alang boleh rasa air tangan suami. Kiki!
Shaqif terdiam. Lidahnya terkedu seketika.
"Ku...kueteow?" Katanya. Aku mengangguk laju. "Please..." aku cuba membuat reaksi paling comel untuk membodek bos. Bukan selalu...
Hati Shaqif tergoda. Tergoda dengan reaksi Mika yang belum pernah dia lihat.
Bini aku ni dahlah badan kecik. Pendek pulak tu. Boleh lagi dia buat muka comel? Eee...geramnya! Detus hati Shaqif.
Ehem!
Shaqif berdehem."Demi isteri abang yang tercinta abang sanggup berbuat apa sahaja. Setakat kueteow goreng yang berwarna coklat tu hal remeh je. Lepas petik jari dah siap. Abang sebenarnya terer memasak tau. Jaguh kat sekolah dulu."
Amboi...berlagaknya!
Aku tersengih. Hilang sekejap rasa sakit tadi.
"Yelah tu juara. Nanti kueteow tu rasa tak sedap siap abang Mika kerjakan." Balasku. Saja nak ugut bos.
Shaqif terdiam. Kemudian dia berdiri di sebelahku.
"Ooo...Mika tak percayakan abang ya. Tak apa, nanti kalau abang masak sedap abang taknak masak untuk Mika dah. I merajuk!" Rajuk Shaqif. Hump! Kemudian dia beredar dari bilik tidur.
Aku menggeleng kepala. Ada saja bos ni. Sekejap ok sekejap emo. Dah macam perempuan aku tengok. Patutlah manager Joey tanya soalan tu hari tu.
Sementara itu di dapur...
Jeng! Jeng! Jeng!
Shaqif mendepakan tangannya luas. Dia terpejam mata. Bibirnya memgukir senyuman yang lebar. Hatinya puas.
"Yeah! Aku berjaya!" Teriaknya di dapur.
Astaghfirullah al azim!
Aku terjaga dari tidur selepas terdengar bos menjerit. Dapur aku terbakar ke? Mintak-mintaklah jangan...
Aku bergegas ke bawah.
Lalala...
Shaqif menyedok kueteow goreng yang dimasak dengan jayanya itu. Dia sendiri tidak percaya dapat memasak kueteow yang kelihatan sedap itu.
Kembang kempis hidung Shaqif menghidu bau aroma dari kueteow itu.
"Eh! Jangan hidu melebih namti batal puasa." Tuturnya sendiri. Kemudian Shaqif membawa kueteow itu ke arah meja makan. Jam di dinding dikerlingnya.
Sudah jam 7 malam. Tak lama lagi nak berbuka. Baik aku cepat papah Mika turun bawah.
Desisnya. Shaqif segera mendaki tangga untuk ke kamarnya."Apahal sakit sangat kaki aku ni?" Bisikku sambil berpaut pada dinding. Tak boleh jadi ni. Kalau aku tak turun sekarang habis terbakar dapur aku dibuatnya.
"Sayang!" Jerit Shaqif tiba-tiba. Opocot mak kau! Terkejutlah...
"Kenapa awak jalan sendiri ni? Kaki tu tak baik lagi kan? Nanti jatuh macam mana?" Kelam kabut Shaqif jadinya.
Aku tersenyum sambil berpaut pada bahu Shaqif. Shaqif memimpin aku dengan berhati-hati menuruni anak tangga.
Hari ni aku akan berbuka puasa dengan Shaqif sahaja. Hafiz pula ada majlis berbuka di rumah anak yatim dimana Shaqif pernah mengambil Hafiz di situ.
Aku menenung kueteow goreng yang dimasak oleh Shaqif itu.
"Amacam? Sedap tak?" Tanya Shaqif.
Aku menjeling.
"Rasa pun belum lagi." Balasku. Shaqif tertawa.
"Sayang, sebelum kita berbuka kan abang nak cakap sesuatu." Ujar Shaqif tiba-tiba. Aku terdiam.
"Erm...cakap jelah." Balasku.
"Apa pendapat Mika kalau kali ni episod terakhir kita?" Tanya Shaqif serius. Aku mengerutkan dahi. Episod terakhir?
"Mak...sud abang?" Tanyaku pula.
"Erm...yalah. Arisa dah tak kacau kita dan kita dah pun berkahwin. Jadi abang rasalah. Apa agaknya penulis kisah kita nak buat? Mesti dia akan tamatkan cerita ni kan?" Jelas Shaqif. Aku bersetuju dengan bos.
"Tapi bang...kalau boleh Mika tak nak kisah kita ni tamat sekarang. Kalau boleh nak tamat lepas tujuh keturunan kita. Barulah kisah kita ni ada happy ending." Aku memberi pendapat.
Wajah aku dan Shaqif sugul.
"Tapi sayang. Kitakan dah bahagia. That's mean there is happy ending for us. Don't be sad cuz I'm sad too." Ujar Shaqif lembut. Dia mengusap pipiku. Tiba-tiba saja air mataku mengalir. Aku segera mengesatnya.
"Abang." Panggilku. "Ya?" Sahut Shaqif.
"Sedaplah kueteow ni." Beritahuku. "Ya. Abang tahu." Balasnya perlahan.
Shaqif terkejut.
"Bila masa Mika makan ni?" Jerit Shaqif. Aku meletuskan tawaku.
"Sejak azan maghrib berbunyi tadi." Sengihku.
Shaqif menarik muka.
"Masa bila pulak dah azan?" Tabya Shaqif kelam kabut. Dia segera menuang jus oren ke dalam gelasnya.
"Abang." Panggilku. Shaqif berhenti dari minum.
"Yes sayang." Sahutnya. Lembut. Dia dah belagak romantik!
"I love you." Ucapku.
Shaqif ternganga. Kemudian satu senyuman nakal terbit dibibirnya.
"I love u too sayang, baby Mika, my sunshine and my teddy bear ketot." Ucapnya dengan senyuman herot.
Jantungku berdegup kencang!
Tamat
#suamikusengal?!
Babai!!!
Peace!
Kalau ada masa saya update special episode k.
Tanks kepada reader yang setia dengan cerpen saya ni. Saya nak ucap tanks bebanyak kat reader yang vote dan komen dan setia tunggu saya update stiap episod.
I love u guys!
(Walaupun kita tak pernah jumpa.♥)
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif