Kahwin?

10.3K 312 6
                                    

"Ni tunang saya. Bulan depan kitorang dah nak nikah." Selamba je Shaqif berbicara. Aku terkejut beruk.

Apa?! KAHWIN?!!!!

Aku menarik bos jauh dari perempuan yang macam diva itu. Aku memandang bos.

"Kahwin? Bos hilang akal ke? Masa bila pulak saya nak kahwin dengan bos ni?" Aku menahan sabar. Wajah Shaqif mendung. "Sorry, Mika. Tapi semua yang saya cakap tadi ada sebabnya." Jelas Shaqif. Dia meraup wajahnya.

"Sebab apa?" Tekanku.

"Sebab saya cintakan awak."

Tump!
*bunyi kilat berdentum

Aku terkaku. Tidak mungkin bos bergurau lagi.
Aku meletuskan tawa.

"Arisa, ni tunang saya. Shamika." Shaqif memperkenalkan aku sebagai tunangnya kepada cik diva itu.

"Tu...tunang?" Arisa cuba mengawal dirinya. Dia langsung tidak percaya bahawa Shaqif menjumpai penggantinya. Dia yakin bahawa Shaqif tidak pernah melupakan dirinya. Dia mengetap bibirnya.

Di meja makan...

Aku melihat hidangan yang bertaraf hotel lima bintang yang terhidang di atas meja. Aku menelan liur. Mesti sedap.

Tapikan...

10 minit yang lalu.

"Bos, tolong jelaskan kat saya drama apa tadi tu?" Pintaku. Yalah, tak pasal-pasal aku jadi tunang bos ni. Sejak bila pulak tunang ni?

Shaqif menarik nafas panjang. Kemudian dia mengeluh.

"Saya tak tahu pulak yang perempuan tu ada kat sini. Kalau saya tahu saya suruh Joey je yang datang." Balas Shaqif. Aku menggeleng. "Tak faham."

"Okey, Mika. Cerita sebenarnya macam ni. Perempuan tadi tu bekas isteri saya. Dia tinggalkan saya sebab harta. Lepas tu pulak dia nak saya balik sebab sekarang saya dah kaya. Lepas tu ada ke dia cakap saya tak pernah lupakan dia sebab selama ni saya tak pernah suka kat sape-sape. Macam mana dia tahu? Selama ni saya suka Nelydia Senrose cuma dia je yang tak tahu. Jadi, saya nak awak berlakon jadi tunang saya. Buat sementara waktu ni. Sebab saya nak bagi dia sedar yang saya tak suka kat dia dah. Tu je. Anda faham?" Bebelnya panjang lebar.

Apa bos aku cakap ni? Bos tengah kasi kat aku idea nak tulis cerpen ke? Erm...bagus jugak idea bos tu.

"Awak faham tak Mika?" Tanya bos apabila dia melihat aku termenung. Aku tersedar. "Tu kisah benar ke atau bos reka cerita?" Aku cuba mengolah ayat bos tadi.

Shaqif menepuk dahinya.

Dia kata aku reka cerita?

Shaqif mengumpulkan semula nafasnya. Apalagi dia nak cakap kat Mika bahawa semua ni adalah betul-betul bukannya cobaan. Mungkin sebab aku selalu merepek pastu dia ingat aku merepek lagi tak.

Tahu pun...

"Mika, saya tak tipulah." Suara Shaqif bertukar serius. Aku tersentak. Jadi...betullah apa yang bos cakap tadi?

"Bos serius ke nak saya menyamar jadi tunang bos?" Tanyaku. Tiba-tiba badan rasa terketar-ketar pula. Seram!

Shaqif mengangguk.

Aku mengambil garfu di atas meja lalu menyuap spageti bolognese yang dihidangkan ke dalam mulut. Sambil-sambil tu aku memerhati meja sebelah. Meja dimana cik diva tadi duduk.

Aku macam pernah nampak je ex wife bos tu. Kejap...bagi aku ingat semula.

Aku dah ingat! Ex wife bos tulah cik diva yang pernah tolak kau masa kau nak bayar kat kedai Jakel hari tu. Pergh...kuat ingatan kau ya Mika. Desisku.

Arisa sedang memerhatikan mereka berdua dari meja sebelah. Jimie yang duduk di sebelahnya cuba memegang tangan Arisa. Tetapi ditepis oleh Arisa.

"Kenapa ni U?" Tanya Jimie risau. Arisa berasa geram. Geram melihat Shaqif yang sudah mempunyai tunang itu. Semua dugaannya terhadap lelaki itu selama ini salah rupanya. Dia masih mengharapkan cinta Shaqif.

"Psst...Mika." bisik Shaqif. Aku segera merapatkan telingaku dengan bos. "Saya buat lawak pastu awak gelak tau. Tapi gelak manja jangan gelak macam puntianak pulak." Arahnya. Aku mengangguk. "Ok bos." Sahutku.

Joey dan teman wanitanya dari tadi asyik memerhatikan mereka berdua. Asyik berbisik je dari tadi.

"Baby Mika, nanti wedding kita saya nak kek bentuk durian boleh?" Shaqif cuba merepek lagi. "Durian? Hahaha...kelakarlah awak ni." Aku cuba tertawa manja. Aku pun cuba jugak berlakon sebaik mungkin.

Awak? Wedding? Apa ni?! Masa bila pulak si Shamika ni panggil Shaqif dengan gelaran awak? Apa dah jadi antara diorang ni? One more? Wedding siapa pulak ni? Getus Joey sambil keliru melihat keadaan dua orang itu.

*geleng kepala

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang