Bos anak yatim?
Betul ke apa yang aku dengar ni? Manager Joey tak tipukan? Sumpah! Aku langsung tak dapat nak percaya yang bos aku ni anak yatim piatu. Patutlah bos monyok je. Kesian bos aku...
Aku bermain dengan pen. Memikirkan bos aku yang seorang ni. Macam mana aku boleh tak tahu pasal ni? Aku tengok bos ni periang dan aktif orangnya. Jadi langsung tak terlintas di kepala otak aku ni bahawa bos aku seorang anak yatim.
Mesti bos dah banyak lalui pengalaman yang sukar. Ketiadaan ibubapa di saat sukar amat memeritkan. Aku kasihankan bos.
Tuk! Tuk!
Bunyi pintu diketuk."Masuk jelah." Jerit Shaqif dari dalam. Aku segera membuka pintu. "Bos, ni laporan yang bos nak kan tu." Aku memberinya sebuah fail. Bos hanya mendiamkan diri. Aku terus memerhatikan bos.
Bos tengah rajin bekerja. Dia memeriksa semua fail yang ada di atas mejanya. Sikit pun bos tak pandang aku. Bos terasa ke mak tanya pasal ibubapa bos?
Aku tak pernah nampak bos kerja kuat macam ni. Mungkin bos nak hilangkan tension kot. Nak lupakan perkara tadi dengan sibukkan diri dengan kerja yang banyak. Aku kasihan tengok bos. Kenapa semua ni terjadi kat bos?
Shaqif seorang yang sangat ceria dan selalu mengambil berat tentang orang di sekelilingnya. Tetapi, tidak semua yang tahu mengenai dirinya. Termasuk aku. Biarpun bos mesra dan ambil berat tentang mak dan ayah aku tetapi aku tak pernah ambil berat pasal diri bos. Aku memang tak guna.
Bos memandangku.
"Kenapa Mika ada kat sini lagi? Nak tanya apa-apa ke?" Tanya Shaqif. Aku tersentak.
"Ada. Saya ada nak tanya bos ni. Bos nak saya buatkan air tak?" Tanyaku pula. Bos tersengih. Bos aku tersengih! Akhirnya...
"Erm...saya nak lain sikit hari ni." Ujarnya. Lain? Apa yang lain? "Bos nak air apa?" Tanyaku.
"Air yang selalu Mika minum tu. Air apa ya?" Bos terlupa nama air yang aku selalu hirup tu. Air apa? Ada banyak jenis air yang pernah menggelongsor masuk ke dalam tekak aku. Pergh...tak boleh blah ayat. Hihi...
"Ala...air tu. Awak takkan tak ingat. Ada sekali awak minum sampai tersedak tu." Tambah Shaqif lagi. Aku menggaru kepala. Tiba-tiba...
Aku dah ingat!
"Ooo...air nestum ke yang bos cakap ni?" Tanyaku pula. "Hah! Yang tulah." Jerit Shaqif sambil tersenyum lebar. "Sekarang jugak saya pergi buat." Sambungku sebelum pergi membuat air.
Aku menunggu air panas untuk masak. Sambil-sambil tu aku teringat pasal aku dan bos sebentar tadi. Akhirnya bos kembali normal selepas aku tawarkan diri untuk membuatkan bos air. Hahaha! Selalunya aku paling malas nak bancuh air bos. Tapi kali ni aku yang tawarkan diri.
Yalah, aku tak sanggup nak tengok bos monyok. Hati ni rasa tak tenteram! Tak tahulah kenapa?
"Berangan!" Jerit Joey.
Aku terkejut beruk. Melayang sudu yang aku pegang tadi.
"Opocot mak aku!"
Aku memandang manager Joey. Sejak bila pulak manager Joey ni macam bos. Suka terkejutkan orang pastu gelak-gelak macam orang gila.
Aku mencebik. Aku segera mengutip sudu yang terjatuh di atas lantai tadi. Aku membasuh sudu itu.
Manager Joey ni sengaja je nak bagi aku kerja banyak kali.
"Bancuh air untuk bakal suami ke?" Tawa manager Joey. Aku mencebik muka. "Jangan sibuklah." Marahku. Manager Joey masih dengan tawanya.
Selepas air panas siap mendidih aku segera membancuh air nestum untuk bos.
"Hati-hati jalan. Nanti tumpah kena buat lagi." Usik manager Joey. "Yalah." Balasku pendek.
Sori...lately ni lmbt update bab baru. Sya sibuk dgn form6 ni. Maklum le nk jd bdk skolh blek. Hahaha...apa2 pun truskn baca Suamiku Sengal.
#suamikusengal
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif