Salah Faham-1

8.3K 284 0
                                    

Aku menolong manager Joey untuk mengendalikan pc bagi slideshow untuk mesyuarat. Berdebar jugak aku apabila kena handle pc ni. Aku tengok kumpulan klien dari Taj Holdings tu. Semuanya berwajah serius. Macam ni rupanya keadaan berada dalam bilik mesyuarat. Tegang je. Aku memandang CEO syarikat Taj Holdings.

"Hensemnya..." getusku. Dari gaya dia duduk mengalagkan model! Tangan dia pulak lincah memutarkan pen. Mata dia usah cakaplah. Fokus kat depan je.

Manager Joey memberi isyarat mata kepadaku. Aku segera menukar slideshow yang seterusnya.

"Terima kasih banyak encik Tajul Hakimi. Saya harap pelancaran game kali ni berjalan lancar." Ujar manager Joey sambil bersalaman dengan Tajul Hakimi. "Saya pun harap macam tu jugak. By the way, kenapa Shaqif tak datang mesyuarat hari ni?" Tanya Tajul sambil tangan dimasukkan ke dalam poket. Pekerjanya yang lain sudah beredar terlebih dahulu.

Joey tersengih.

"Biasalah, dia lambat pergi sekolah tadi. Tahu-tahu jelah." Balas Joey sambil tertawa kecil. Tajul juga tersenyum.
"Nampaknya dia ada masalah dengan tuan kecik." Tambah Tajul. Mereka berdua tertawa di luar bilik mesyuarat itu.

Aku mengintai mereka berdua. Staf lain dah balik ke rumah. Tinggal aku sorang je kena kemas bilik mesyuarat ni.

"Galaknya bersembang." Bisikku.

"Okeylah, aku gerak dulu. Kirim salam dekat Shaqif. Dah lama aku tak jumpa dengan anak buah aku." Pinta Tajul sebelum beredar. "Boleh saja bro. Hati-hati jalan." Joey melambai tangannya sambil tersenyum. Kemudian dia menjenguk aku ke dalam bilik mesyuarat.

"So, macam mana meeting pertama kamu?" Manager Joey menolong aku mengemas air minuman di atas meja. Aku menarik nafas panjang.

"Not bad. Mula-mula gelabah sangat. Lepas tu dah boleh move on sikit." Aku melemparkan senyuman kepadanya.

"Baguslah tu. Oh ya? Awak tak makan lagi kan?" Tanya Joey. Seluruh bilik mesyuarat sudah siap dikemaskan. Aku mengangguk. Bila teringat balik pasal nasi tomato aku tadi datang balik rasa lapar aku. Manager Joey ni pun satu. Jangan diingatkan pasal makanan.

"Kalau macam tu saya belanja awak makan." Ajak manager Joey. Aku terkejut. "Jangan salah faham. I treat you as a co-worker. Boleh?" Tanyanya. Aku tersenyum. Baik hati jugak manager Joey ni. Mula-mula jumpa waktu interview hari tu punyalah garang macam serigala sampai naik meremang bulu roma aku.

"Okey." Balasku pendek.

Shaqif melihat jam dinding. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Shaqif memandang Hafiz yang sedang khusyuk bermain dengan ps3nya. Dia segera mengambil kunci kereta lalu menghidupkan enjin keretanya. Hafiz tidak mempedulikan lagak ayah angkatnya itu.

Mana tidaknya. Ayahnya itu mana mahu duduk di rumah saja. Asyik-asyik nak keluar. Sampaikan Hafiz pun sudah terbiasa.

Aku memandang wajah manager Joey. Khusyuk betul dia makan chicken chop tu. Macam orang sehari tak makan pun ada. Aku menyuap spageti ke dalam mulut sambil memandang manager Joey.

"Manager Joey tak makan langsung ke hari ni? Yalah, dari tadi melahap je sampai tak tengok kiri kanan." Tegurku sambil tersenyum sinis. Tiba-tiba manager Joey tersedak. Pulak dah...

Aku segera menghulurnya air kosong. Selepas meneguk air kosong barulah manager Joey dapat bercakap. Mujur...tak pasal-pasal nanti aku pulak yang dipersalahkan.

"Sorry, Shamika. Memang hari ni saya tak makan lagi. Sebab busy prepare untuk meeting hari ni. Baru sekarang dapat penuhkan perut." Balasnya. Aku mengangguk kepala. Memang hari ni semua orang sibuk. Bos pulak tengah hari dah hilangkan diri. Bukannya nak bagi sokongan kat aku. Penat betul aku kerja hari ni.

Bagi sokongan dekat kau, Mika? Jangan mimpilah...

"No way..."

Aku dan manager Joey terkejut. Suara seseorang melenyapkan keharmonian antara kami berdua. Yelah tu...acah-acah je.

"No way! Korang berdua dating ke? Mika...sampai hati awak buat macam ni kat saya." Ujar Shaqif sambil mengambil tempat duduk diantara mereka berdua.

Aku terkejut. Masa bila pulak bos ada kat sini?!

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now