Tak Mau Prepare!!!

8.9K 258 1
                                        

Aku mencebik muka. Perlu ke aku buat semua ni? Masalahnya, aku bukannya nak kahwin betul-betul dengan bos. Semuanya terpaksa sebab seseorang tu gertak bos dan aku.

"Malasnya..." bisikku.
"No Mika. Awak tak boleh malas dalam hal penting macam ni. Awak tak suka ke kahwin dengan abang yang macam model ni? Semua orang tergilakan abang cuma Mika je tak. Ke...Mika ni lesbi?" Shaqif tersengih. Dia menutup mulutnya dari tertawa. Aku menjelingnya tajam. Mau mati ka?

"Lesbi? Bos nak kena sepak ke?" Marahku. "Okey, okey. Sorry...tak sengaja." Pinta Shaqif. Kemudian dia kembali menolak troli barang itu.

Kenapalah mak suruh aku pergi cari barang hantaran dengan bos? Sepatutnya aku tak boleh pergi dengan bos. Kenapa mak beriya sangat ni?!

"Mika, kamu tu cubalah rapat sikit dengan Shaqif. Mak tengok kamu berdua macam kurang rapat je." Tegur mak. Aku mengeluh. Tak mau prepare untuk wedding!

"Baby, cantik tak baju bayi ni? Comel pulak abang tengok." Seloroh Shaqif. Dia menguis-nguis bahuku. Aku tersedar dari lamunan.

Kejap.

Masa bila aku sampai kat tempat pakaian kanak-kanak ni?! Aku memandang bos. Bos sedang memegang sepasang pakaian bayi lalu ditunjukkan kepada aku.

Kenapa dengan bos ni?! Dah berangan nak ada anak ke?! Huwargh!!!

"Err....cantik sangat." Pujiku. TAK ikhlas!

Bos tersenyum lebar kemudian dia meletakkan baju bayi itu ke dalam troli.

Eh?! Nak buat apa dengan baju tu?!!!

"Kenapa bos ambik baju bayi tu?" Tanyaku. "For our future kid. Kan Mika kata lawa tadi." Sengihnya.

Aku ternganga. Biar betul bos ni!!!

Bos mula menolak troli ke hadapan. Aku segera menahannya daripada berjalan. Bos tersentak.

"Ada apa Mika?" Tanyanya. Bingung. Aku menarik nafas panjang. Bos kena sedar jugak situasi sekarang ni.

"Bos, kita kan pura-pura kahwin. Bos janganlah serius macam ni. Lagipun majlis kahwin tu kan kita dah janji nak buat kecil-kecilan." Beritahuku. Bos terdiam. Kemudian dia terus berjalan ke hadapan tanpa menghiraukan aku.

Jangan kata bos merajuk?!

Selepas teguran aku tu bos langsung tak nak bukak mulut. Diam je. Ni yang buat aku rasa bersalah. Akhirnya kami beli barang yang diminta oleh mak je. Barang lain yang sepatutnya dibeli kami tangguhkan dulu.

Seriously. Aku rasa bersalah sangat!

Dalam perjalanan pulang bos tetap macam tu. Senyap. Yang kedengaran hanya bunyi radio. Aku memandang bos. Aku harus meminta maaf dengan segera.

"Bos, saya nak..."
"Mika, awak memang tak sukakan saya ke?" Celah bos. Aku terdiam. Apa bos cakap ni? Aku memandang bos lagi.

"Saya ingat selama ni awak pun sukakan saya sebab awak layan je kerenah saya." Tambah bos lagi. Aku masih mendiamkan diri.

"Awak tahu tak? Hati saya berdegup kencang bila awak setuju nak kahwin dengan saya. Biarpun kita hanya berpura-pura. Tapi, saya tak pernah anggap perkahwinan ni sebagai olok-olok. Saya nak Mika...cintakan saya." Ujar Shaqif. Suaranya kedengaran sayu. Walaupun dia sedang fokus memandu tetapi luahan hatinya benar-benar menusuk kalbu.

Selama ni bos sukakan aku?!

Aku terdiam. Aku tiada jawapan untuk luahan hati bos itu. Aku setuju berkahwin dengan bos pun sebab aku nak tolong bos bebas dari cengkaman bekas isterinya, Arissa. Bukan atas sebab cinta. Tetapi, lain bagi bos. Kedengarannya bos betul-betul ikhlas mencintaiku.

Apa aku nak buat sekarang ni?!


#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang