Setelah kejadian berhutang tadi perangai Shaqif berubah 360 darjah. Dia langsung tidak melayan Mika dan Hafiz. Sepanjang hari itu juga dia hanya berdiam diri dan mengunci dirinya di dalam pejabat. Langsung tiada khabar berita tentangnya selama satu hari. Senyap. Sangat senyap.
Mika risau. Kenapa bos tiba-tiba je berperangai begini? Apa dah jadi? Sejak balik dari kafe tadi bos asyik senyap je. Kenapa ya? Takkanlah disebabkan hal bos berhutang dengan Mikael tadi? Bos kan kaya bila-bila je dia boleh bayar balik. Tapi kenapa dengan bos?
"Eee...bos ni buat aku risau pulak. Sudahlah suruh tangguh semua meeting dan apointment dengan klien." Keluh Mika sendirian di meja kerjanya.
Kring...kring....
Telefon yang sedang berdering itu segera dijawabnya.
"Mika, Shaqif ada kat pejabat tak? Suruh dia stand by untuk meeting petang ni." Ujar manager Joey di telefon.
"Sorry, manager Joey. Tapi bos tak nak jumpa sesiapa pun hari ni. Semua meeting pun dah cancel." Jelas Mika. Nadanya kedengaran suram.
Joey terdiam. Apahal mamat ni cancel semua meeting? Siap tak nak jumpa sesiapa lagi. Buang tebiat ke?
"Oh, ye ke. Kalau macam tu takpelah." Balas manager Joey lalu mematikan panggilan.
Mika cuba mengintai ke dalam pejabat Shaqif. Dia ternampak bosnya tengah terbaring di atas sofa dengan muka ditutup dengan sapu tangan.
Bos tidur kot. Getus Mika. Kemudian dia terus memerhati bosnya itu sehinggalah...
"Argh!!!! Malu sial!" Jerit Shaqif. Dia terbangun dari sofa kemudian bergegas ke mejanya lalu dia menghidupkan laptop. Mika terkejut apabila Shaqif tiba-tiba sahaja menjerit. Pergh...scary gila muka bos!
Wajahnya kelihatan bengis seperti marahkan sesuatu. Telinganya juga kemerah-merahan. Mika segera menutup mulutnya dari menghasilkan sebarang bunyi. Dia tak mahu Shaqif perasan akan perbuatan mengintainya itu.
"Mana dia nombor akaun bank aku. Mana pulak kertas mamat tu bagi. Jangan ingat kau senang je nak pijak maruah aku depan Mika. Siap kau! Aku bayar kau balik 3 kali ganda. Hairan apa aku. Aku kan kaya. Hahahaha!" Omel Shaqif seorang diri.
Wah...sebijik macam watak orang psiko dalam movie tu. Mana taknya mata dia sahaja dah terjegil macam nak bunuh orang dengan taip keyboard laju-laju pulak tu.
"Kenapa bos macam tu? Dah macam pembunuh bersiri je." Bisik Mika.
Setelah membuka akaun bank miliknya di atas talian Shaqif segera menaip nombor akaun bank Mikael untuk membayar semula wang yang dipinjamnya tadi.
-----
"Tak apa biar saya bayarkan."
Shaqif terkejut beruk. Damn...
Lelaki tu nak tolong bayarkan? Memang taklah. Jangan ingat maruahku senang dijatuhkan. Tidak sama sekali!
Akhirnya...
"Nah, ini nombor akaun saya. Nanti awak bank in je duit yang saya pinjamkan tadi. Saya minta diri dulu." Pinta Mikael sebelum beredar. Dia memberi Shaqif nombor akaunnya supaya senang nanti Shaqif nak bayar semula duitnya. Tapi...tidak untuk Shaqif. Baginya, maruahnya telah dipijak oleh sang lelaki yang cuba merampas Mika daripadanya.
------
"Oh...jadi nama penuh kau Mohd Mikael Adam ya? Siap kau nanti aku jumpa kau balik maruah kau pulak aku pijak." Api kemarahan Shaqif menyala-nyala setiap kali dia terfikirkan Mikael. Lelaki yang telah dilabel perampas olehnya. Eleh...padahal Mikael dan Mika kenal dulu sebelum kau Shaqif.

ANDA SEDANG MEMBACA
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif