Temuduga

12.4K 398 1
                                        

Mak mengurut bahuku. Nafasku tercungap-cungap. Lagak kitorang sudah seperti atlet gusti di dalam gelanggang pada waktu rehat.

"Tabah anakku. Kau mesti menang!" Ujar mak dengan penuh semangat. Aku mengangguk laju. "Ya! Mika mesti dapatkan baju kurung terbaru tu untuk interview nanti!" Aku menggagahkan diri untuk merenangi lautan manusia yang turut mempunyai cita-cita yang sama denganku. Iaitu untuk memiliki baju kurung rekaan terbaru pada harga murah!

"Tidak!!! Tu aku punya!"
"Aku dapat dulu!"
"Aku nampak dulu!"

Akhirnya..

Wajahku bertukar sayu. Bukan aku sorang je orang lain pun sedih jugak. Mana kitorang tak sedih, nak tahu siapa pemenang yang berjaya merampas baju kurung rekaan terbaru dan edisi terhad itu. Nak tahu siapa?

"Tahniah! Nek Bedah berjaya dapatkan baju kurung edisi terhad ini. Bla...bla...bla..." Nek Bedah membangga diri sambil ditemu bual oleh wartawan. Ceh!

Aku memeluk tubuhku. Nampaknya tak merasalah aku nak pakai baju kurung tu. Sudahlah edisi terhad murah pulak tu!

"Sabar anakku. Kita cari kat Jakel jelah. Kan ada promosi." Mak cuba memujukku dengan mengajak ke gudang pakaian terbesar di Malaysia. Jakel.

Aku melihat rekaan baju kurung yang terbaru di gudang itu. Semuanya lawa belaka.

Tapi...satu pun aku tak berkenan!

Mak memandangku sambil menunjukkan sepasang baju kurung moden yang agak cantik potongannya.

Akhirnya....aku kembali bernafas semula. Mujur ada mak yang setia disisiku.

"Mika ambik baju ni!" Selorohku. Apalagi, aku berjalan terkedek-kedek macam Pingu ke kaunter bayaran. Seronok sangat katakan...

"Semuanya RM100." Mahal jugak baju ni. Getusku sambil mengambil wang dalam poketku.

Tengah aku sibuk menyeluk duit muncul pulak diva mana entah langgar aku. Tak pasal-pasal aku tertolak ke tepi.

"Kira cepat I punya. I dah lambat nak pergi wedding bakal ipar I." Katanya. Aku menjelik muka. Tak guna betul diva ni. Suka hati je tolak aku ke tepi. Aku lesing baru tau!

"Sabar ye cik. Adik ni nak bayar dulu." Lembut je kakak kat kaunter tu bercakap. Bagus etika kerjanya. Utamakan yang mana datang dulu.

"Apa awak cakap? Awak pekak ke? Kan saya cakap saya dah lambat nak pergi wedding bakal abang ipar saya? Tak dengar ke?" Dia mula meninggikan suaranya.

Kakak di kaunter itu memandangku.

"Takpelah kak. Kira dia dulu. Saya boleh tunggu. Lagipun saya tak pergi wedding." Perliku. Hihihi biar padan muka dia! Berlagak sangat!

Cik diva menjelingku. Eleh, tak puas hatilah tu orang perli dia.

Setelah cik diva itu pergi aku pun mula membayar baju kurung yang dipilih tadi.

"Akak mintak maaf dik." Kakak di kaunter tu meminta maaf. "Takpe kak. Lagipun dia memang nak cepatkan." Balasku tenang. Malas nak cari gaduh. Mak memandangku dengan senyuman yang lebar.

"Bagus anak mak..."
Aku tersenyum sendiri! Hihihi...

-

Jantungku berdebar-debar saat menunggu giliran untuk ditemu bual. Harap-harap aku dapat kerja ni. Tak mau duduk kat rumah layan cik Tomot je. Duit tak masuk! Hihihihi....

"Cik Nik Shamika bt. Nik Aziz?" Namaku dipanggil.

Fuh! Berdebarnya!

Aku memasuki bilik temuduga itu dengan bacaan bismillah. Harap-harap tuah aku disini.

Aku mula duduk dikerusi yang disediakan. Baju kurung juga dibetul-betulkan sedikit. Aku memandang ke depan.

Mak aih! Lima orang sedang tengok aku?! Malunya...

Seorang lelaki yang berada ditengah mula bertanya.

"Kenapa awak nak kerja di syarikat ni?" Aku menarik nafas panjang. "Saya ingin bekerja disini kerana bersesuaian dengan Ijazah saya. Dan saya yakin tuah saya disini." Harap-harap jawapan aku ni membuahkan hasil.

Seorang perempuan yang berada disebelah lelaki yang menyoal aku tadi mula berbicara.

"Apa yang awak akan beri kepada syarikat ni?"

"Saya akan cuba untuk menaikkan imej syarikat ini dengan perkhidmatan saya 100%. Jika saya tak mencapai apa yang saya cakap sekarang ini saya mohon berhentikan saya." Fuh! Jenuh aku nak karang ayat. Ayat pulak macam poyo je. Hihihi...

"Saya suka keyakinan awak." Katanya. Leganya dia cakap macam tu!

"I'm coming baby!" Jerit seseorang dengan pintu terbuka luas.

"Mai dah..." bisik lelaki yang berada ditengah itu.

"Wahai warga Joker sekalian! Hamba datang nak buat spotcheck ni. Hahahah!" Selorohnya.

Keningku terangkat.

Siapakah?!

Suamiku Sengal?!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang