Tamak

2.4K 80 6
                                    

Ppang!

Bunyi pinggan terjatuh membingitkan ruang dapur itu. Arisa menahan dirinya. Dia cuba untuk bersabar.

"Woi, perempuan! Aku kata malam ni aku nak makan lauk daging. Yang kau masak telur dengan sayur je apahal?!" Marah Jimie dengan kasarnya. Dia tidak kisah Arisa itu isterinya lagi. Yang penting keinginannya dipenuhi. Arisa geram.

"Ingat senang ke nak dapat daging hah?! Sekarang ni kita tak ada duit nak makan, bayar bil dan rumah ni tak lama lagi nak kena sita tau tak! Semuanya sebab awaklah!" Arisa menengkingnya semula. Tak tahan diperlakukan sebegitu.

Ppang!

Tanpa berlengah lagi Jimie terus menampar Arisa. Arisa terjatuh dan kepalanya terhentak di sinki.

"Sakitnya..." Arisa mengerang kesakitan. Dia sudah tidak larat lagi untuk diperlakukan seperti binatang. Dia mahu hidupnya seperti dahulu di mana kekayaan dan kesenangan mudah diperoleh. Dia mengahwini Jimie pun kerana kekayaan dan kesenangan.

Mungkin ini balasan buat dirinya. Dosanya terhadap Shaqif akhirnya terbalas. Kini hidupnya dikelilingi hutang suaminya dan syarikatnya pula tidak lama lagi akan bankrap.

Lihatlah kehidupan Shaqif sekarang. Dulu syarikatnya kurang berjaya kerana masih baharu lagi dan tidak terjamin akan masa hadapan syarikatnya itu. Kini, syarikatnya merupakan salah satu syarikat yang berjaya di Malaysia.

Arisa menundukkan kepalanya. Betapa berdosanya dia kerana meninggal dan menipu Shaqif dulu. Shaqif patah hati kerana dia dan bangkit juga kerana dia.
Arisa ingin...kembali ke pangkuan Shaqif.

-

Shaqif terkejut.

"Apa Arisa buat kat sini?" Desisnya lalu Shaqif menurunkan cermin keretanya.

"Shaqif, boleh kita bercakap sekejap tak?" Pinta Arisa. Wajahnya sayu. Entah kenapa Shaqif kasihan melihatnya.

"Masuklah. Kita sembang kat tempat lain." Balasnya acuh tak acuh. Arisa tersenyum. Nampaknya Shaqif masih mahu menerima dirinya.

Mereka tiba di sebuah restoran yang pernah dikunjungi oleh mereka itu. Kemudian mereka mengambil tempat duduk yang sama.

Arisa berasa kekok. Kerana...

"Duduklah." Arah Shaqif.

Selepas memesan makanan mereka pun mula bersembang.

"Shaqif, sebenarnya saya..."
"Awak ingat lagi tak?" Kata-kata Arisa itu diputuskan oleh Shaqif. Arisa tersentak dengan soalan Shaqif itu.

"Dulu kat sinilah saya melamar awak dulu untuk kahwin dengan saya. Dekat meja yang sama kita duduk ni." Sambungnya. Arisa hanya mengangguk.

"Tahu tak kenapa saya masih ingat semua ni?" Shaqif bertanya dengan sengaja. Arisa menarik nafas dalam.

"Sebab awak tak boleh lupakan saya?" Duga Arisa. Tiba-tiba Shaqif tertawa kecil. "Betul. Saya memang tak pernah lupakan awak. Dan takkan lupakan awak." Tekan Shaqif lagi. Dia tersengih lagi.

Mendengar kata-kata yang keluar sendiri dari mulut Shaqif itu Arisa tersenyum sendiri. Nampaknya Shaqif masih mencintai dirinya.

"Saya..."
"Saya tak pernah lupakan perbuatan keji awak tu dekat saya. Dan saya akan ingat sampai bila-bila disebabkan awaklah saya berjaya hari ni. Saya kerja tanpa henti semata-mata nak buktikan dekat awak yang saya lagi berjaya dan kaya daripada Jimie tu. Buktinya sekarang ni awak sendiri boleh tengokkan." Shaqif berpuas hati. Sangat berpuas hati kerana dapat meluahkan segala isi hatinya yang terpendam selama 5 tahun ini.

Suamiku Sengal?!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang