Ancaman

8.3K 268 0
                                    

Badanku terasa lenguh-lenguh. Perut pun kosong. Badan aku ternyata langsung tidak bermaya. Mengalahkan orang mengandung berpuasa!

Aku terduduk di sofa panjang ini dengan keletihan selepas penat mengemas pakaian dan barang-barang di rumah baru ni. Aku terlihat Shaqif sedang sibuk dengan projek Taj Holdings tu. Hafiz pula tengah siapkan kerja sekolahnya. Tak silap aku tahun depan dia dah nak masuk darjah1. Besar dah budak ni. Comel pulak tu!

Tapi...kecomelan Hafiz tidak mampu mengenyangkan aku. Haih...dugaan berpuasa.

Aku melihat jam di dinding. Aduh...baru pukul 3?! Lambat lagilah jawabnya nak berbuka puasa.

Tiba-tiba aku didekati oleh Hafiz. Hafiz membawa iPad bersamanya. Jangan kata dia nak tunjuk game kat aku.

"Aunty..." panggilnya. Aku segera menyahutnya. "Ada apa?" Hafiz tersenyum. Kemudian dia menunjukkan aku sekeping gambar dalam iPadnya.

"Nak ini boleh?" Tanyanya. Aku tersenyum kecil. Ada saja permintaan dari budak kecik ni.

"Hafiz...jangan kacau aunty. Aunty tengah penat tu." Jerit Shaqif dari jauh. La...bos nampak rupanya. Ingatkan terlebih khusyuk buat kerja tadi.

"Mana ada Hafiz kacau saya. Saya memang tengah boring ni." Jerit aku pula. Hafiz tersenyum lebar.

"Boleh aunty buatkan?" Tanya Hafiz lagi. Aku mengangguk laju. "Yeah!!!" Jeritnya. Aku gembira melihat anak kecil itu melaung kegembiraan.

"Tapi, Hafiz..." kataku. "Ya?" "Aunty kena pergi kedai. Beli bahan untuk buat kek almond ni." Beritahuku. Pandangan Hafiz dikalih kepada papanya.

"Papa tak boleh ikut. Hafiz pergilah teman aunty ke kedai. Papa ada kerja banyak ni." Jerit Shaqif lagi.

"Yes!" Jerit Hafiz gembira. "Jom, aunty." Ajaknya sambil menarik-narik tanganku. Alahai...Hafiz oi. Kenapa kau comel sangat ni?!


30 minit kemudian...

Aku cuba memarkir kereta dengan berhati-hati. Satu persatu. Langkah demi langkah.

"Aunty tak pandai bawak kereta ke?" Tanya Hafiz tiba-tiba. Aku tersentak.

"Er...aunty pandailah bawak kereta. Cuma, ni kereta papa Hafiz. Kereta mahal. Aunty takut tercalar. Tu pasal aunty drive dengan berhati-hati." Jelasku. Eleh...budak kecik ni. Pandai-pandai je dia komen orang besar. Ni tak bukan mesti papa dialah yang ajar.

Selepas selamat kami memarkir kereta di parking kereta aku segera memegang tangan Hafiz menuju ke pasaraya Tesco. Nak cari bahan-bahan untuk buat kek almond permintaan Hafiz.

Kami berdua menuju ke bahagian bahan kering. Disini terdapat semua bahan-bahan untuk masakan dan bakeri. Dengan mudah aku menjumpai tepung kek di rak hujung.

"Hafiz, tepung kek dah ada. Lagi nak bahan apa?" Tanyaku. Hafiz lincah melihat senarai bahan-bahan dalam telefon pintarku.

"Kacang almond dan gula kastor yang tak jumpa lagi." Beritahu Hafiz. Aku tersenyum melihat telatahnya. Pandai juga dia menolong orang tua dalam bab shopping barang makan ni.

"Jom kita pergi sana." Ajakku sambil memimpin tangan Hafiz.

"Dah pandai ambil hati anak pulak." Tegur seseorang. Langkahku terhenti. Macam kenal suara tu. Tapi, siapa?

Aku memusing badan ke belakang.

"Arisa?" Sebutku. Terkejut der.

Arisa tersenyum sinis.

"Pandai kau bodek bapaknya sekarang ni anak dia pun kau nak jugak?" Sindir Arisa. Dia menyilang tangannya dihadapanku. Mengalahkan diva!

"Salah ke saya nak ambil hati anak saya. Saya dan Shaqif dah kahwin pun. So, rasanya tak salah saya nak bawak Hafiz pergi mana-mana pun." Balasku.

Agak-agaknya balasan aku ni boleh kasi dia sentap tak?

Arisa mencebik muka.

"Kau tak payah nak berlagak sangat dengan perkahwinan olok kau tu. Macamlah aku tak tahu korang berdua kahwin sebab nak jeleskan aku." Tambah Arisa lagi.

"Baguslah kalau kau dah tahu. Tak payahlah aku nak cakap lebih." Balasku. Malasnya nak layan diva ni.

"Jaga sikit mulut kau tu. I ni lagi tua dari kau. Hormat sikit!" Dengusnya.

Omo! Aku pulak dimarahnya. Apa pasal ni?!

"Cik Arisa. Tak payahlah nak tinggi suara kat sini. Tempat awam kan. Lagi satu ada Hafiz kat sini. Tak baik kalau budak-budak tengok." Tambahku lagi. Dia ni pulak dah kenapa nak jerit-jerit kat sini? Tak malu ke?

"Sekarang ni kau nak nasihat aku? Sepatutnya aku yang nasihatkan kau. Jangan nak gatal sangat rampas hak orang lain. Faham tu. Shaqif tu milik aku!" Tekannya lagi. Berkerut-kerut dahinya memarahiku.

Aduh....dia ni tak faham bahasa ke apa? Tak payahlah nak terjerit kat sini. Tak malu ke orang lain tengok? Rasa nak blah je dari sini. Alahai...nasib kaulah badan.

"Macam nilah cik Arisa. Cik nak saya cakap apalagi supaya cik sedar yang kami dah kahwin. Nak saya tunjuk sijil nikah ke?" Malasnya aku nak layan perempuan ni. Bilalah aku nak sampai rumah ni? Tiba-tiba pulak aku rindu dapur kat rumah tu.

"Amboi, pandainya kau cakap. Kau dengar apa aku nak cakap ni. Aku akan cari bukti yang menunjukkan kau dan Shaqif berkahwin hanya untuk mengaburi mata aku. Aku tahu korang kahwin olok-olok. Dan aku akan cari buktinya." Nada Arisa kedengaran dingin. Marah sangat.

Aku memegang tangan Hafiz lalu berlalu dari situ. Malas nak dengar songeh diva tu. Agaknya esok lusa belum tentu habis.

"Kau nak pergi mana tu?! Aku tak habis cakap lagi ni!" Jerit Arisa. Semua orang memandangnya pelik.

"Bai..." ucapku tanpa menoleh ke belakang.

"Jom Hafiz." Ajakku. Hafiz tersenyum lebar.

-

"Apa?!" Shaqif terjerit. Aku terkejut mendengar jeritannya itu semasa sedang sibuk mengacau tepung.

"Betuk ke apa yang Hafiz cerita kat papa ni? Serious? Hafiz tak tipu kan?" Tanya Shaqif bertubi-tubi.

Hafiz mengangguk laju.

"Betul. Aunty memang terer masa tu. Aunty spontan je balas kat makcik diva tu." Sambung Hafiz.

"Aunty cakap apa?" Tanya Shaqif lagi.

"Ehem! Kalau awak nak bukti saya boleh bagi." Ajuk Hafiz sambil meniru gaya yang aku lakukan tadi.

Amboi...seronok sangat anak beranak ni bergosip. Kalah aku dibuatnya.

Hurm....

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now