"Tak! Tak! Semua ni dusta belaka. Tak mungkin bos cintakan aku. Bos buat semua ni sebab nak bagi Arissa cemburu. Itu je. Entah-entah bos terlalu khusyuk membawa watak kot. Iyelah, kitorang kan nak berlakon depan Arissa je sebagai pasangan yang sedang hangat bercinta. Itu je tak lebih dari tu." Bebel Mika.
Nora yang dari tadi asyik memerhatikan Mika membaling bantal sehingga terkena kepala Mika.
"Kau ni dah kenapa Nora? Kepala aku tengah kusut ni." Tekan Mika. Orang tengah stress dia nak cari gaduh pulak. Nora mencebik mukanya.
"Sepatutnya aku yang marah kau, bukan kau yang marah aku. Tadi tu drama apa? Kau nak kahwin? Dengan mamat hensem dan kaya tu? Mika, how dare you don't tell me about this. Kita ni kawan ke lawan?" Suara Nora kedengaran lantang sedikit. Mika terhenti dari melipat kain bajunya. Dia menoleh ke arah Nora. Wajahnya masam mencuka. Ada seorang lagi nak cari gaduh ni.
"Nora, apa kau cakap ni? Of courselah kita kawan. Lawan apa bendanya yang kau merepek ni." Balas Mika malas. Mata Nora membulat.
"Sampai hati kau cakap macam tu? Mika, mamat hensem dan kaya tu sepupu akulah!" Jerit Nora tiba-tiba. What?! Sepupu?! Biar betul?!
Mika membulatkan matanya. Dah macam mata kera duku aku tengok. Nasib kera duku comel. Haha!
"Sepupu kau cakap?! Nora seriuslah kau tak tipu aku kan." Tanya Mika. Dia sangat tidak percaya apa yang diadengarinya itu. Bos tu sepupu Nora? Kalau kau cerita benda yang sama dekat satu syarikat JoKing tu confirm semua orang tak percaya. Kenapa aku tak tahu selama ni?
Nora menarik nafas dalam. Dia cuba menenangkan dirinya.
"So, Mika tell me the truth. Betul ke kau nak kahwin dengan Shaqif?" Tanya Nora serius. Nora tahu nama bos? Well, memanglah dia tahu dah diorang berdua tu sepupu. Mika, aku tahulah otak kau tengah bercelaru sekarang ni kalau ya pun jangan sampai dah tak boleh berfikir dah. Take note, ok?
"Err...aku sebenarnya bukan nak kahwin dengan bos aku tu pun. Kami terperangkap dalam satu situasi yang tak boleh nak dielakkan. Itu je." Jujur Mika. Nora berasa pelik. "Situasi apa?" Tanyanya. Mika terdiam. Dia teringat dalam kontrak tu sesiapa pun tak boleh tahu niat sebenar perkahwinan tu. So, Nora tak boleh tahu.
"Argh! Aku peninglah!" Jerit Mika tiba-tiba. Nora terkejut.
Sementara itu...
Bibir Shaqif tersenyum lebar. Dia berasa seronok selepas melihat reaksi Mika terhadap luahan hatinya itu.
"Muka Mika comel gila time tu. Hahaha!" Tawanya lagi. Hafiz memandang ayahnya itu. Sah angau!
Sedang mereka berdua leka berehat tiba-tiba pintu bilik hotel mereka diketuk. Shaqif bangun dari tempat duduknya lalu membukakan pintu.
Mikael? Apa dia buat kat depan pintu hotel aku malam-malam ni? Desis Shaqif. Shaqif menggaru kepalanya sambil membuat loyer buruk di hadapan Mikael. Nampak sangat kebencian dia tu kat Mikael.
"Ada apa jumpa aku tengah malam ni?" Tanya Shaqif serius. Mikael menghela nafasnya. "Aku nak tahu perkara yang sebanar." Jawabnya ringkas. Perkara sebenar? Perkara aku dengan Mika ke?
"Pasal aku dengan Mika ke?" Tanya Shaqif pula. "Apa hubungan kau dengan dia yang sebenarnya? Betul ke korang nak kahwin? Tetapi kenapa?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Mikael. Nampaknya Mikael tidak setuju hubungan Shaqif denga Mika. Tetapi kenapa ya?
"Sebelum aku jawab semua soalan kau tu aku nak tanya sikit. Kenapa kau nak tahu?" Tanya Shaqif sekali lagi. Ada yang tidak kena dengan budak Mikael ni. Mikael terdiam. Dia menggosok-gosok pipinya yang kemerah-merahan itu. Shaqif setia menanti jawapan daripada Mikael.
"Aku nak tahu sebab...aku dah lama sukakan Mika. Sejak kitorang dari kolej lagi. So, itu sebab kenapa aku nak tahu hubungan kau dengan Mika. Sekarang kau jawab soalan aku." Balas Mikael dengan jujurnya. Betul. Selama ini dia memang ada menaruh perasaan kepada Mika. Tetapi dia takut nak meluahkannya. Sekarang dia takut jika Mika jadi milik orang lain.
Shaqif terkejut. Dia tidak menyangka jawapan daripada Mikael itu. Dirinya terasa sedikit tercabar. Mana tidaknya, berbanding dis dengan Mikael sudah pasti Mikael lebih rapat dan mesra dengan Mika. Aku? Hanya tahu bagi Mika sakit hati je. Tapi aku but semua tu sebab aku cintakan Mika. Aku saja je nak tengok reaksi dia bukan betul-betul nak sakitkan hati dia.
Shaqif memandang Mikael.
"Sorry bro. Tapi kau dah terlambat. Aku dan Mika nak berkahwin dah pun minggu depan. Aku harap kau boleh terima." Shaqif cuba berterus terang. Wajah Mikael kelihatan hampa. Dia tidak mahu mengalah secepat ini.
Dia bercadang selepas pulang dari luar negara dia mahu melamar Mika tetapi ini pula yang terjadi. Mika hampir menjadi milik orang lain. Walaupun mereka belum sah menjadi pasangan suami isteri dia tidak mahu merosakkan rancangan mulia mereka itu. Dan dia tahu bahawa Mika juga tidak mahu dia merosakkan perkahwinan mereka itu.
Wajah Mikael muram. Dia pulang ke bilik hotelnya dengan perasaan yang berbaur. Sedih dan kecewa. Tidak menyangka peluangnya untuk memiliki Mika terhapus begitu saja. Dia bercadang untuk memberitahu Mika tentang perasaanya di akhir short trip mereka ini. Tetapi, hari pertama sudah tiada peluang baginya. Mikael sungguh berasa kecewa.
Shaqif menutup pintu biliknya itu. Dia bersandar sebentar pada belakang pintu. Kemudian dia meraup wajahnya dengan diselangi bunyi keluhn yang berat.
"Maaf, Mikael. Aku tak sangka hal ni akan terjadi. Tapi, aku betul-betul ikhlas cintakan Mika. Aku hanya bagi alasan tentang Arissa supaya aku dapat cepat kahwin dengan Mika. Biarlah Mika fikir aku hanya main-main tetapi aku ikhlas dan perasaan aku terhadap Mika adalah benar. Aku tidak pernah tipu tentang perasaan aku terhadap Mika. Mika, I hope you can love me as well..."
Pada malam itu, pelbagai perkara terjadi diantara mereka semua. Percutian pendek itu akhirnya terpaksa dibatalkan. Mika dan Shaqif pulang semula ke KL pada keesokan harinya.
Mikael pula terpaksa menghapuskan perasaan cintanya kepada Mika. Wanita yang pernah bertakhta di hatinya hampir 3 tahun itu terkubur begitu sahaja. Namun, Mikael redha dengan apa yang terjadi. Mungkin dia dan Mika tiada jodoh.
Hati Mika juga keliru ketika ini. Benarkah perasaan bos terhadapnya? Kata-kata bos ketika itu juga kedengaran sangat ikhlas. Mika betul-betul keliru. Hatinya sebenarnya untuk siapa?
#suamikusengal?!
Comment
Vote
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif