"Mika, bancuh saya kopi." Suruh Shaqif sambil kedua-dua matanya fokus pada fail projek. Selepas mendapat arahan daripada bos aku segera keluar untuk membancuhnya kopi.
Aku sedikit terkilan. Sepanjang hari ni aku berdua dengan bos, tapi bos tak pernah pandang muka aku. Nampaknya bos betul-betul marahkan aku. Aku harus minta maaf. Ya! Dengan segera!
"Bos, ni kopinya." Aku mendekatkan cawan kopi itu kepada bos.
"Awak boleh keluar." Arah Shaqif. Aku tidak berganjak dari situ. Tidak kalau aku belum meminta maaf.Aku menolak cawan kopi itu kepada bos.
"Bos minumlah dulu kopi saya buat ni." Ujarku sambil mendekatkan cawan kopi itu kepada bos.
"Tak payah, Mika. Biarkan je kat situ. Nanti saya minum." Balas Shaqif dingin. Matanya masih tertancap pada fail projek.Aku tidak mahu berputus asa!
"Bos minumlah sekarang. Nanti kopi ni sejuk." Tekanku lagi.
"Tak apa Mika." Tolak Shaqif.
"Bos minumlah..."Ppak!
Aku terkejut beruk.
"Mika! Awak tak faham bahasa ke apa?!" Tengking Shaqif. Bajunya kotor akibat air kopi tadi tumpah atas bajunya. Aku terkejut beruk.
"Saya minta maaf bos. Saya minta maaf banyak-banyak!" Pintaku berkali-kali.
Shaqif mendengus. Dia menolak tangan aku daripada mengelap kemejanya yang kotor itu.
"Stop it, Mika." Katanya. Aku terdiam. Langkahku terhenti. Shaqif menolak tangan aku daripada menyentuhnya. Kemudian dia memandangku dengan pandangan maut.
Aku tertelan liur.
"Saya...nak...awak pergi sekarang." Arah Shaqif. Nadanya mendatar diselangi dengan bunyi hembusan kasar nafasnya. Aku tahu bos tengah marah sekarang. Tapi...niat asal aku hanya nak minta maaf je. Aku tak mahu semua ini berlaku. Aku mahu keadaan kembali seperti dahulu. Semuanya gembira. Tapi...
Shaqif membuka pintu pejabatnya untuk aku. Aku memandang bos dengan pandangan kosong.
"Sekarang Mika." Tekan Shaqif lagi. Pintu sudah terbuka luas. Nampak gayanya bos dah benci kat aku sampai dia nak halau aku sekarang ni.
Dengan berat hati aku pun keluar dari pejabatnya. Sebelum keluar aku sempat mencuri pandang bos. Wajah bos jelas kelihatan runsing. Mesti bos pening dengan projek kat Bangi tu. Sekarang ni aku pulak dah kotorkan baju dia. Aku memang ternyata bersalah. Betul cakap bos. Aku memang dah banyak susahkan dia.
Apa aku nak buat sekarang ni?
-
Seminggu kemudian...
Kompang dipalu...
Pengantin malu...
Duduk bersanding...
Aku pulak yang jeles...>~<Seminggu dah berlalu. Kini aku sah menjadi isteri kepada si jejaka yang bernama Muhammad Shaqif.
Insiden yang berlaku sejak seminggu lalu masih belum selesai. Walaupun aku kini ialah isterinya yang sah, tetapi bos masih belum mahu melihat wajahku. Aku sedih. Malah, teramat sedih.
Walaupun dia mengukirkan senyuman yang paling manis dihadapan khalayak namun aku tahu. Aku tahu benar isi hatinya. Dia masih belum mahu memaafkanku. Layanannya terhadapku juga selama ni tersangat dingin. Sepertinya dia sudah....bencikan aku.
"Aku terima nikahnya Nik Shamika binti Nik Aziz dengan mas kahwin sebanyak RM101 tunai."
Lancarnya dia melafazkan akad nikah. Biarpun hatinya masih marahkan aku namun dia tetap mahu meneruskan perkahwinan ini. Aku bersyukur yang amat. Saat ini merupakan saat terindah selama aku bernafas didunia ini. Biarpun Shaqif masih melayanku dingin tetapi aku tetap gembira kerana dia masih mahu menerimaku dalam hidupnya.
Dalam hati Shaqif...
"Yahoo! Aku dah kahwin!,-
"Shaqif, dah seronok kahwin tu meh sini. Tolong ayah cuci pinggan." Ajak ayah. "No hal, ayah! Benda kecik ni." Seloroh Shaqif.
Aku hanya memerhatikan jejaka yang kini bergelar suamiku. Muhammad Shaqif.
"Macam mana kamu dengan dia? Dah baik?" Tanya mak yang mendekatiku secara senyap-senyap. Aku mengeluh. "Belum mak."
"Seronok nampak?" Tegur seseorang. Aku dan Shaqif segera menoleh. Arisa?!
"Korang ingat dengan perkahwinan ni korang boleh tipu aku? Aku ni Arisalah. Aku tak mudah ditipu." Ujar Arisa sambil menjeling ke arah kami berdua.
"Kau nak apa?" Tanya Shaqif dingin. Tiba-tiba Arisa ketawa.
"Dah lama saya tak dengar awak berlawak Shaqif. But, both of you listen to me right now. Korang boleh tipu orang lain tetapi bukan aku. Faham?" Ujarnya sebelum beredar.Aku melihat wajah Shaqif yang tegang. Aku tahu, mesti dia tak senang melihat Arisa ada di sini dan semua rahsia pecah.
"Tak guna..." bisik Shaqif.
#suamikusengal
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomansaDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif