Kembali

7.7K 296 5
                                    

Selepas dipaksa berkali-kali oleh bos yang sengal tahap gaban ni. Akhirnya aku mengalah.

"Yes!" Jerit Shaqif dengan gembiranya.

-

Aku memilih jubah biru gelap yang memiliki ciri-ciri moden itu. Kemudian aku padankan dengan selendang chifon blue pearl yang kelihatan ngam dengan jubah aku ni. Okey! Aku dah ready!

Aku mengambil kunci skuterku.

"Mika!" Jerit mak. Aku terkejut.
"Kenapa kamu naik skuter? Kamu dahlah pakai lawa-lawa lepas tu nak pergi majlis orang kaya takkan kamu nak naik skuter tu?" Tegur mak sambil mencekak pinggang.

Aku melihat diriku. Betul jugak cakap mak tu. Aku dah lawa macam ni tapi akhirnya naik skuter. Macam tak kena je. Aku mengalih pandangan ke arah mak.

"Habis tu Mika nak naik apa?" Tanyaku.

Tiba-tiba muncul abang aku yang baru balik dari cuti kerja di Johor Bharu. Setahu aku abang ada kereta Suzuki Swift. Hihihi...adakah?

"Nah ambik kunci ni. Jangan calarkan kereta abang." Abang melemparkan kunci keretanya kepada aku. Aku apalagi...

"Yahoo!"

Shaqif melihat skrin telefonnya berkali-kali. Tiada langsung panggilan dari Mika. Majlis sudah pun bermula tapi mana budak Mika ni? Joey mendekati Shaqif dengan teman wanitanya.

"Shamika tak sampai lagi ke bro?" Tanya Joey. Shaqif tersenyum. "Takpe...biar dia lambat sekarang jangan dia lambat time wedding aku dengan dia sudah." Balas Shaqif. Tetapi dalam nada serius.

"Kau serius bro?" Joey pulak yang rasa semacam. Yelah, dari cara budak ni cakap macam serius je. Bukannya bergurau macam selalu.

"Hahahhaha!" Letus Shaqif tiba-tiba. Telinga Joey bertukar merah. Pandai budak ni kenakan aku. "Dahlah, aku masuk dalam dulu." Pinta Joey sebelum meninggalkan Shaqif diluar pintu masuk dewan majlis itu.

Shaqif melihat jam di skrin telefonnya. "Mana Mika?" Bisiknya.

"Mana parking kosong ni?!" Jeritku di dalam kereta. Stresnya bila tak jumpa parking ni. Majlis dah bermula tapi aku pulak yang tak sampai lagi. Kesian bos aku. Mesti dia dah tunggu lama.

Shaqif masih lagi berdiri di luar menunggu Mika yang tak jumpa parking lagi. Dah dekat setengah jam jugak dia berdiri kat luar ni.

"Seorang je ke?" Tegur seseorang dengan tiba-tiba sambil memegang bahu Shaqif. Shaqif terkejut. Takkanlah Mika kot. Hish...dia budak baik. Dia takkan tegur aku macam ni. Desis Shaqif.

Dia berpusing ke belakang.

Shaqif terkejut. Sekujur tubuh yang langsing sedang tersenyum menggoda ke arahnya.

"Kau?"

"Awak..." panggil perempuan itu dengan bisikan yang menggoda.

Shaqif masih tidak percaya dengan apa yang dinampaknya sekarang ini. A...Arisa? Perempuan yang pernah bergelar isteri kepadanya suatu ketika dahulu.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Shaqif. Dingin. Arisa tersenyum kepadanya. "Saya rindukan awak." Balasnya lembut. Shaqif tersengih. "Kau rindukan aku? Buat lawak ke apa? Apa jadi dengan anak dato' Khairi yang kau selalu puja tu?" Perli Shaqif.

Dia tidak akan pernah lupakan sebab utama Arisa pernah tinggalkan dirinya dahulu. Semuanya kerana harta.

Arisa hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu menjawab soalan Shaqif mengenai suami barunya itu. Jimie.

"Dia? Dia ada je kat sini. Tapi, saya betul-betul rindukan awak, Shaqif." Bisik Arisa di telinga Shaqif. Shaqif menjeling tajamnya. Dia menolak Arisa jauh dari dirinya.

Shaqif tersenyum sinis.

"Kau ingat senang aku nak lupakan 'jasa' kau kat aku?" Tambah Shaqif lagi. Nadanya kedengaran sangat serius. Arisa tertawa kecil.

"Saya tahu yang awak tak pernah lupakan saya. Buktinya, awak tak pernah bercinta dengan siapa pun selepas saya. I know that, Shaqif." Bisik Arisa lagi. Tangannya mengusap pipi Shaqif yang lembut itu.

"Macam mana kau tahu aku tak sukakan siapa-siapa lepas kau? Kau salah." Tekan Shaqif. Dia memberi Arisa pandangan maut.

"Baby! Sampai pun awak akhirnya. Lama tau abang tunggu baby." Jerit Shaqif tiba-tiba kemudian dia mendekati Mika yang baru sahaja tiba di situ.

Arisa terkejut beruk. "Baby?" Sebutnya dengan geram.

Pulak? Bos ni kena sawan babi ke tiba-tiba je panggil aku baby. Terjerit-jerit pulak tu. Hish...malulah aku kat orang ramai yang tengah pandang kami ni.

Aku menutup mukaku dengan purse. Aku cuba mengelak dari bos.

"Baby, lama tau abang tunggu baby." Ujarnya sambil tersenyum lebar. Seronok nampak?

Tolong! Aku malu!!!

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now