Aku memegang perutku. Jam sudah 2 petang. Lapar usah cakaplah. Aku tengah menahan lapar ni. Kenapalah aku cakap dekat bos aku nak rehat pukul 3. Hish...bodoh betul aku ni.
Aku melihat ke sekeliling. Pejabat memang kosong waktu macam ni sebab semua pekerja keluar makan tengahhari kecuali aku dan bos. Jugak...
"Shamika, bagi saya fail projek JoKer tu. Cepat sikit." Minta Joey. Tergesa-gesa nampak.
Aku mencari fail yang diminta oleh manager Joey tu. Rasanya tadi lepas bos sain fail tu aku letak kat celah-celah fail kosong. Tapi mana ya...
"Jumpa pun." Bisikku. Aku segera memberikan fail itu kepada manager Joey. "Kau tak rehat lagi kenapa?" Tanya Joey sambil memeriksa fail itu.
"Saya rehat pukul 3 nanti sebab bos ada kat dalam lagi. Kalau saya rehat sekarang nanti takde siapa nak tolong bos." Jelasku.
Bos ni pun satu. Tiap jam tiap minit mesti dia seru nama aku kecuali waktu rehat. Itu pasal aku kena rehat sama waktu dengan bos. Susah betul jadi PA ni. Keluhku.
Joey mengangguk.
"Pukul 3 baru rehat? Tak lapar ke?" Tanyanya lagi. Nak je aku mengangguk tapi...
"Tak lapar pun." Balasku dengan tawa kecil. "Ok thanks. Bagi fail ni." Ucapnya sebelum beredar. Sibuk jugak manager Joey ni.
Maklumlah deadline untuk pelancaran game baru dah nal dekat. Semua orang masing-masing sibuk termasuklah aku.
Kcak!
Aku terdengar bunyi pintu pejabat bos dikuak.
Bos nak rehat ke? Getusku.
Aku memusing ke belakang. Memang tepat tekaanku. Tapi, bos nampak kelam kabut. Macam terkejar sesuatu.
"Mika, hari ni saya half day. Tolong bagitahu Joey. Kata kat dia saya suruh dia handle meeting petang ni. Okey?" Arah Shaqif. Dia membetul-betulkan tshirt putih yang dipakainya itu. Kemudian dia menyarung jaketnya.
"Aku dah lambat ni. Habislah..." bisik Shaqif.
"Pelik pulak aku tengok bos ni. Tadi manager Joey yang kelam kabut ke sana sini. Sekarang ni bos pulak. Kerja half day pulak tu hari ni. Pening aku dibuatnya." Bisikku.
Bos dah takde. Apa aku tunggu lagi? Perut dah menyanyi lagu black metal ni. Sabar ya perut...
-
Mukanya bengis. Dia memandang Shaqif dengan pandangan maut!
"Ayah minta maaf. Ayah janji takkan lambat lagi." Rayu Shaqif kepada anaknya. Anak angkat. Dia menghulurkan lolipop kepada anaknya itu.
"Lolipop? Ayah biar betul." Ujar Hafiz dingin. Dia masih memandang ayahnya dengan pandangan maut.
"Okey, ayah tahu ayah dah lambat. Hafiz maafkan ayah boleh?" Pinta Shaqif sekali lagi. Hafiz memeluk tubuhnya. Dia mencebik mukanya.
"Hafiz nak makan aiskrim baru Hafiz maafkan ayah. Humph!" Shaqif terkejut. Panas baran jugak anak angkatnya itu.
Shaqif tergelak. Senang betul mahu Hafiz memaafkannya. Belanja sahaja aiskrim. Pelik budak-budak sekarang ni. Shaqif menggeleng. Dia mendukung Hafiz yang baru berusia 6 tahun itu.
Di empayar Iceland...
"Hafiz nak aiskrim apa?" Tanya Aqil sambil mengenyit matanya. Dia suka sangat mengusik budak-budak. Tetapi...wajah Hafiz sedikit pun tidak senyum.
"Ayah, uncle ni buat lawak eh? Dia kenyit mata kat Hafiz!" Ngadu Hafiz sambil tergeliat badannya.
Senyuman Aqil langsung hilang. "Susah betul nak ambik hati budak-budak sekarang ni." Keluh Aqil. Kemudian dia memberikan Hafiz set aiskrim giant. Biar budak tu makan puas-puas. Jangan sampai muntah sudah.
"Thanks bro." Ucap Shaqif. "No hallah." Balas Aqil ringkas.
Aku menenung papan hitam itu. Banyaknya jenis makanan! Rambang mata pulak.
"Tapau nasi tomato satu!" Aku makan makanan bungkus je lepastu makan kat pejabat. Aku nak kena tolong manager Joey lagi. PA dia, kak Sha cuti bersalin. Nak tak nak aku kena tolong dia jugak. Ringan sikit beban aku sebab bos half day hari ni. Fuh...lega.
Aku memandang nasi tomato yang dibeli tadi. Sedapnya...
"Bismillah..."
"Mika!" Jerit seseorang. Hish...siapa pulak panggil ni. Aku baru nak suap.
Aku memusing ke belakang.
"Manager Joey? Ada apa?" Tanyaku.
"Mika, awak makan kejap lagi boleh? Klien kita dah sampai. Awak bawak fail penting ke bilik mesyuarat. Saya tunggu kat sana. Cepat sikit tau." Arahnya.Aduh...perut dah meraung macam T-Rex. Ada meeting pulak. Sepatutnya klien tu datang lagi sejam. Kenapa sampai awal sejam ni?!
"Suka hati akulah. Aku yang tulis cerita ni. Kau tu cuma watak je." Aza Mia. Hihihi...
Yalah cik penulis oi!
Aku segera mengumpul fail-fail yang diminta oleh manager Joey dan bergegas ke bilik mesyuarat.
Nafasku tercungap-cungap sebaik saja sampai ke bilik mesyuarat. Semua staf dah ada cuma klien dalam perjalanan lagi.
Aku mencuri pandang manager Joey. Sibuknya dia. Bos pulak hilang waktu macam ni. Macam tak patut pulak...
Pintu dibuka. Manager Joey segera menyambut klien yang datang dari syarikat Taj Holdings. Mereka berlima orang kesemuanya.
"Selamat berjumpa encik Tajul Hakimi. Saya Joey. Saya akan menggantikan encik Shaqif pada meeting hari ni." Ujar manager Joey penuh yakin.
CEO Taj Holdings hanya mengangguk. Wajahnya kelihatan sungguh serius. Seram pulak aku memandangnya.
"Kita akan memulakan mesyuarat pada hari ini."
-
#suamikusengal

YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif