"Saya...suami dia."
Tittttttttt.......
"Tidak! Mika jangan tinggalkan abang!!!" Jerit Shaqif.
Semua orang yang berada di wad kecemasan itu memandang Shaqif dengan pelik sekali.
"Mama, kenapa pakcik tu jerit?" Tanya seorang anak kecil yang takut lalu berada dalam dakapan ibunya yang tercinta itu. "Salah hospital agaknya. Sepatutnya pergi hospital sakit jiwa." Balas ibunya. Selamba.
Semua ahli keluarga pesakit yang berada di katil sebelah itu memandang Shaqif. Rupa-rupanya bunyi mesin jantung itu datangnya dari katil sebelah tapi si Shaqif ni pulak yang over.
"Hihi...maaf." Tahu pun malu.
Shaqif memandang Mika semula. Selepas doktor memeriksa keadaan Mika dan beredar sebentar untuk memberi Mika masa untuk rehat, Shaqif setia menunggu di sisi Mika. Nak pergi toilet pun dia sanggup tahan sebab tak nak Mika keseorangan.
Sewel mamat ni. Nanti dia pulak yang masuk hospital sebab batu karang.
Tidak lama kemudian, datang seorang jururawat menghampiri katil Mika. Jururawat itu bertanya sesuatu kepada Shaqif.
"Encik ni ahli keluarga pesakit ke?" Tanya jururawat itu. "Ya, saya." Balas Shaqif. Sekejap. Bila masa kau jadi ahli keluarga Mika ni? Kau tu bos dia jela. Tunggu lagi seminggu baru boleh jadi ahli keluarga dia.
"Kalau macam tu encik ikut saya ke kaunter pendaftaran untuk daftar butiran peribadi pesakit." Pinta jururawat itu. Shaqif menggeleng. Kenapa pulak...
"Kenapa encik?" Tanya jururawat itu lagi. Shaqif mengalih pandangannya ke arah Mika yang masih tidak menyedarkan diri itu. "Saya...tak boleh tinggalkan dia." Sambung Shaqif. Selamba. Jururawat itu terkejut. Apa pulak yang mamat ni merepek?
"Err...encik. Sinikan hospital. Tiada siapa yang akan sakitkan pesakit di sini. Kami ada kawalan sekuriti yang ketat. Encik tak payah risau. Jadi, mari ikut saya ke kaunter pendaftaran." Ajak jururawat itu sekali lagi. Shaqif masih tidak mahu berganjak. Punggungnya seperti digam pada kerusi itu. Sedikit pun dia tidak mahu bergerak.
Jururawat itu mula berasa marah. Dia sudahlah kena periksa pesakit yang lain ditambah pula penjaga pesakit buat masalah. Contohnya, macam si Shaqif ni. Sengaja bagi angin orang naik mendadak. Jururawat itu cuba bersabar lagi. Dia berkata lagi kepada Shaqif.
"Encik, kalau encik tak nak isi butiran peribadi pesakit ni kami terpaksa memindahkan pesakit ni ke wad lain dan mendahului pesakit yang lain. Sebab bila encik isi maklumat pesakit kami boleh tahu pesakit alah terhadap apa bagi mengelakkan penyalahgunaan ubat. Please, ya. Ikut saya ke kaunter pendaftaran." Sekali lagi jururawat itu berlembut dengan Shaqif.
Shaqif berdehem.
"Tapi saya tak tahu dia alah pada apa. So, saya tak payah pergilah kalau macam tu, kan?" Balas Shaqif sambil diselangi senyuman manis di bibirnya. Senyuman manis t*** kau!
Jururawat itu mula hilang sabar. Kalau boleh nak je dia cucuk si Shaqif ni dengan ubat pelali yang doktor haiwan cucuk kat binatang liar tu. Biar lumpuh satu badan. Memang tak faham bahasa betul mamat ni. Sengaja nak naikkan darah orang lain.
Jururawat itu memandang Shaqif dengan pandangan yang amat tajam. Sehingga menampakkan urat darah pada bola matanya. Dah sebijik macam hantu jururawat tu disebabkan loyer buruk Shaqif.
"Ini hospitallah jangan main-main!" Jerit jururawat itu tiba-tiba. Shaqif terkejut beruk. Orang lain yang berada disekeliling mereka juga terkejut.
Shaqif akur akhirnya. Dia mengekori jururawat itu ke kaunter pendaftaran. Itulah, lain kali dengar cakap orang lain jugak. Jangan nak ikut hati sendiri je. Mika tu bukan boleh lari ke mana-mana pun. Dia duduk terbaring je kat situ. Usah risaulah.
"Nah! Isi borang ni dengan lengkap lepas tu bagi saya. No more question." Amboi...marah sangat tu kak. Rileks...rileks...
Lama Shaqif merenung borang itu. Bilakah tarikh lahir Mika? Apa nombor ic Mika? Apa alamat Mika? Jem....satu pun dia tak tahu.
"Apa ni? Kenapa aku tak tahu pasal ni? Sampai hati Mika tak bagitahu abang umur dia berapa. Tsk...tsk..." sudah...dia tersendu pulak. Ini bukan drama opera ya. Harap jangan salah faham.
------
Pandangan di sekeliling agak kabur. Mika cuba meraba-raba di sekitarnya. Dia terasa seperti berada di atas katil dan tidak lama kemudian pandangannya kembali jelas semula.
Mika terkejut. Dirinya berada di hospital? Apa yang dah jadi? Rasanya tadi dia berada di bilik air dan on the way nak muntah. Lepas tu...blank. Mungkin itu agaknya dia dibawa ke hospital. Tetapi, kenapa hanya dia seorang sahaja di hospital? Selalunya dalam drama tv korea ke melayu ke inggeris ke mesti ada orang teman kalau dimasukkan ke hospital. Tetapi ini tidak.
Mika memandang ke sekeliling. Tiada seorang pun yang dikenalinya. Tiba-tiba dia terdengar orang memanggil namanya. Perasaannya seperti kita mendapat nafas baru dan harapan yang tinggi seolah-olah dunia ini kita yang punya...
Ek?! Sekejap! Itu bos kan?
"Dalam banyak-banyak orang kenapa bos jugak yang teman aku kat sini. Haih...makin sakit aku dibuatnya." Keluh Mika dengan beratnya. Nampak sangat dia berasa tak selesa dengan kehadiran bos di situ.
Wajah Shaqif kelihatan sangat gembira. Bibirnya tersenyum lebar sambil dia berlari anak ke arah Mika. Yeay! Mika dah sedar.
Shaqif melabuhkan punggungnya di sebelah Mika. Dia memberikan senyuman manis dengan pandangan mata yang tampak sangat ikhlas. Bercahaya gitu. Tiba-tiba Mika terasa kekok dengan bosnya itu. Wajah bos kelihatan sungguh manis ketika itu. Mika boleh merasa kehangatan yang membelai jiwanya ketika itu. Tidak seperti yang disangkakannya, dia berasa sangat selesa dengan bos malah hatinya seakan-akan meminta bos untuk tidak beredar dari situ.
"Apa yang tak kena dengan aku ni?" Kata Mika tanpa sedar. Shaqif terkejut.
"Mika sakit ke?! Sakit kat mana? Doktor! Doktor!" Shaqif terus memanggil doktor sejurus Mika berkata sedemikian. Risau jika perkara buruk berlaku terhadap Mika.
Seorang doktor yang sedang membuat pemeriksaan kepada pesakit lain segera ke katil Mika. Mika terkejut selepas menyedari kehadiran doktor di situ.
"Cik ada rasa sakit kat mana?" Tanya doktor itu. Tiba-tiba Mika menjadi orang gagap ketika itu.
"Err...errr...sa..ya..." gagapnya.
"Bakal isteri saya cakap dia sakit kepala. Cuba doktor periksa." Celah Shaqif. Wajahnya bertukar serius dan nadanya juga kedengaran serius. Mika terpaku sebentar.
Bukan kepalanya yang sakit sekarang ini tetapi hatinya yang sedang bercelaru. Kenapa bos seperti orang lain? Satu sisi bos yang tak pernah aku lihat selama ni. Wajahnya berkerut melihat aku sakit dan terbaring di sini. Bos...
"Mika, are you okay now?" Tanya Shaqif lembut. Dia mengusap kepala Mika lalu memberinya senyuman yang lebar.
Se..ke..jap...
Kenapa bos sweet sangat ni?!!!
#suamikusengal?!
Comment
Vote
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif