Sejak dari kejadian Arisa mencuranginya, hidup Shaqif selalu tak tenteram. Otaknya bercelaru memikirkan pelbagai perkara. Sudahlah ketika itu kondisi syarikatnya masih tidak stabil. Datuk Khairi pula menarik semula pelaburannya menambahkan lagi masalah dalam hidup Shaqif. Arisa pula, masalah dengan dia masih belum selesai. Sudah berkali-kali Shaqif memujuk Arisa supaya pulang ke pangkuannya tetapi Arisa tetap enggan. Baginya, kemewahan lebih penting daripada cinta.
"Kalau kau bankrap siapa nak bagi makan minum aku? Aku ni perempuan." Lantang Arisa berkata sedemikian kepada Shaqif. Sedikit pun perasaan Shaqif tidak dihiraukannya.
Shaqif sedih. Hidupnya begitu malang bagai jatuh ditimpa tangga pula. Dia pasrah. Dengan berat hatinya dia melepaskan Arisa dari hidupnya. Dia mengaku. Mungkin pada waktu ini dia tidak mampu untuk menyara kehidupannya bersama Arisa tetapi Arisa langsung tidak memberinya peluang. Shaqif hanya mampu meredhakan semua ini.
5 tahun sudah berlalu, syarikat JoKing hasil titik peluh Shaqif selama ini akhirnya berbuahkan hasil. Syarikatnya itu menjadi salah satu syarikat paling berjaya di Malaysia.
-
Joey memandang Shaqif ketika mereka berdua melepak di sebuah kedai mamak.
"Ane! Teh tarik kaw satu!" Order Shaqif. Joey masih memandangnya.
"Kau ni dah kenapa pandang aku lama camtu? Tergoda tengok aku ye..." sakat Shaqif. Kemudian dia ketawa berdekah-dekah. Joey menjeling.
"Tak ada maknalah. Ni aku nak tanya kau sesuatu." Tanya Joey tiba-tiba dengan wajah yang serius. Shaqif terdiam. Kalau senior dia ni serius memang serius habis. Apalah benda yang nak ditanyakan tu. "Tanya jelah." Sambung Shaqif pendek.
Sebelum menanyakan soalan Joey menarik nafas dalam.
"Kenapa kau tak ada PA selepas kes Arisa tu? Kau trauma ke? Atau...kau still tak boleh lupakan dia?" Tanya Joey. Shaqif terdiam. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia tidak mahu menjawab soalan itu. Shaqif mencebik mukanya.
"Kau ni...tak ada soalan lain dah ke? Kenapa nak ungkit benda dah lepas." Shaqif rimas.
"Kau yang cakap tadi kalau nak tanya, tanya jelah. Sekarang kau salahkan aku pulak. Aku nak tahu jugak kenapa kau macam ni. Kita dah kawan lama bro. Takkan kau nak berahsia dengan aku lagi." Bebel Joey. Matanya sudah terkunci pada Shaqif.
Shaqif mengeluh. Senior dia ni memang jenis busy body sikit. Ada je benda yang dia nak tahu.
"Ok fine. Memang aku tak lupakan si Arisa tu lagi. Macam mana aku nak lupakan dia lepas apa yang dia dah buat kat aku. Tapi, aku berterima kasih jugak lah kat dia sebabkan dia aku dah success man~ Hahaha..." tawa Shaqif.
"Maknanya kau still sayangkan dialah?" Celah Joey. Shaqif berhenti dari ketawa. Tak lawaklah brader.
"Kau ni memang pandai kalau bab hentikan gelak aku. Aku tak sayangkan dialah. Gila apa nak sayangkan perempuan yang mentah-mentah tolak aku sebab nak kejarkan duit. Perempuan macam tu baik tak payah sukalah. Nasib baru seminggu je aku kahwin dengan dia. Mau dia tipu aku hidup-hidup lepas dah bertahun macam mana?" Marah Shaqif. Nampaknya hati dia memang tidak perlukan Arisa lagi. Akhirnya dia dah move on lepas 5 tahun dah berlalu.
-
1st day Mika bekerja sebagai PA kepada Shaqif.
-
Shaqif melihat jam di dashboard keretanya. Dia sudah lewat!
"Habislah aku. Baru nak tunjuk imej baik sikit depan PA baru hari ni. Haish...spoil!" Jerit Shaqif sambil meluncur laju dengan kereta Fordnya itu.
YOU ARE READING
Suamiku Sengal?!
RomanceDialah segalanya. Dialah raja. Dialah bos. Dialah suami. Dialah juga...yang selalu menyeksa aku tiap-tiap hari! "Saya hormat awak pun sebab awak tu bos saya." -Nik Shamika "Awak tak nampak saya ke atau pura-pura tak nampak?" -Muhammad Shaqif